.: COUNTLESS THANKS TO :.

Friday, August 7, 2009

WHEN BETTER IS NOTHING, WHEN GOOD IS NOT ENOUGH

Aku terkenang 2 3 kejadian yang taklah menjejaskan sebahagian besar hidup aku. Tapi tipulah kalau aku kata, yang aku tak terasa apa-apa pun bila mengetahui perkara tu.

Takdelah apa sangat. Cuma adalah, 2 3 orang dok mengaku yang dorang rasa aku ni tak seperti yang dorang sangka ataupun lihat dari segi luaran.

Ada yang kata, aku masih terlalu kasar dan perlu di tone down. "Lembut skit, Kimi," "Cuba cam, manja-manja sikit, kan comel tu..." [wadefak?]

Siap cakap aku macam gengster. Jalan macam jantan. Suara takde lembut. Cakap kasar. Bahasa main lepas je. Muka langsung tak mesra alam. Senang cerita, langsung tak macam perempuan.

Lantas aku bertanya, apa,... ada satu garis panduan ke yang tercipta yang sememangnya perlu dipatuhi oleh semua perempuan, selain daripada yang digariskan oleh Al-Quran & Hadis?

Sebab daripada jawapan-jawapan yang aku terima tentang garis panduan berkelakuan yang 'sepatutnya aku buat' tu daripada orang-orang yang mengeluarkan komen tentang aku, membuatkan aku terbayangkan imej perempuan-perempuan yang, aku memang tak suka dan rasa mustahil pula aku nak terbuat.

Dah kalau aku tak suka, takkan pula aku nak buat benda yang aku tak suka, betul tak?

Rasa kelakar bila orang mengatakan aku langsung tak macam perempuan, sedangkan aku dressing macam perempuan, kalau aku berseluar dan berbaju-T pun aku masih bertudung dan berkelakuan macam perempuan juga, takdenya macam orang lelaki pun. By the way, ada ke orang lelaki bertudung, kalau nak kata aku macam lelaki hanya kerana aku berseluar panjang dan berT-shirt je manjang?

At least aku masih ada rasa nak tutup aurat dan rasa lebih selesa kerana menutup aurat, walaupun tidaklah sampai ke tahap bersarung lengan bila berbaju lengan pendek ataupun semedang bersarung kaki tiap kali nak pakai kasut tinggi yang agak mendedahkan kulit kaki.

At least aku masih ada rasa segan dan kekok bila pakai baju yang agak jarang hingga mendedahkan susuk badan hingga aku belajar pakai kain dalam dan tak lupa pakai singlet. Walaupun pakai kain belah, aku akan kecikkan langkah supaya tak tersingkap luas sangat, sampai ternampak segala celah bedah dalam kain aku. Kalau tak pakai kain dalam pulak, aku akan pakai baju yang kainnya agak tebal supaya tak mudah see through ataupun buat kain selisih depan [lipat batik], supaya bahagian depan kain aku tebal sikit, at least tak mudah ternampak dek orang 2 batang drumstick aku bila aku terpaksa berjalan di tempat yang terang.

At least aku akan make sure bila aku pakai blaus berbutang depan, bahagian antara butang tu takkan ternganga-nganga sampai boleh orang nampak, warna apa, renda apa, bunga apa pada *ehem2* tu. Tak macam ada perempuan yang aku tengok, konon bukan main sopan-santun lemah-lembut tapi bila berbaju tetap macam bogel!

Konon bertudung berlilit-lilit, tapi baju ketat ikut badan. Seluar plak boleh nampak VPL dan camel toe. Lagi seram kalau yang pakai petticoat seluar sebagai satu pakaian luar [outer wear].

Celah butang boleh nampak dia pakai bra kaler apa, cutting apa, saiz apa [ye jangan terkejut! Aku pernah tengok orang pakai salah saiz lagi!]. Bila pakai kain belah, jalan terus terkangkang besar-besar sampai boleh nampak celah peha.

Belum lagi yang konon cam sopan tapi bila bercakap tak reti perlahan, tak reti adab, tak reti tempat dan tak kira pulak dengan siapa, main cakap je apa dia nak cakap. Dan yang tanpa segan-silu bercerita tentang hal bilik tidur celah kangkang dalam kelambu mereka kepada orang yang bukan sahaja tidak berkenaan, malah kepada orang yang berlawanan jantina dan yang mereka tahu, akan menyebarkan pula kepada orang lain [sex sells, I know, but this ain't Hollywood ok?]

Jadi adakah ini 'garis panduan' menjadi perempuan yang patut aku ikut untuk mengesahkan bahawa diri aku ni perempuan?

Kelakar kan? Menyedihkan pun ya jugak. Tu lah jadinya kalau perasan diri tu baik sangat, sedangkan sendiri pun belum tentu ikhlas melaksanakan perintah agama. Baru bertudung dan tutup aurat sikit, dah perasan dah alim sangat.


Walaupun aku kurang gedik, kurang manja, kurang sopan-santun dan tak lemah-lembut serta jauh sekalilah lemah-gemalai, tapi aku masih perempuan yang Mak aku ajar selalu supaya berpakaian sewajarnya ikut majlis, beradab sepatutnya ikut tempat dan boleh bertanggungjawab menggantikan tempatnya di rumah dalam hal-hal menjaga adik-adik, masak-memasak, membasuh pakaian, mengurus keperluan sekolah/kerja adik-adik dan Abah, sekiranya Mak kena berpergian.

Dah banyak kali aku terkena reaksi yang menyakitkan hati, seolah-olah aku ni teruk sangat, macamlah aku terus lupa diri aku siapa, qada' dan qadar Yang Maha Kuasa, hakikat sebenar kewujudan aku ni apa tujuannya, hanya kerana aku ada sifat kelelakian dan kurang kelembutan perempuan?

Tak kurang juga yang pandai-pandai nak tunjuk pandai pada aku tak memasal. Maunya aku kata tak memasal - benda-benda yang aku memang dah tahu dan tak perlu tanya orang selok-beloknya macam cuci berak budak, ganti lampin [bukan Pampers tau, lampin kain yang 4 segi tu!] dan macam-macam lagi urusan rumahtangga yang banyak Mak & Abah dah ajar aku sedari umur aku boleh diajar tentang tanggungjawab - pun orang nak ajar aku, boleh?

Bukanlah aku tak boleh ditegur dan memang bukan semua orang tahu pasal diri kita, tapi biarlah ada cara menegur. Ni tak, main hentam je tak kira kat mana dan siapa yang mendengar. Mungkin aku kasar dan tak seperempuan yang ko nampak, tapi aku masih ada muka dan perasaan malu, ok? Don't la go around and drop people's water face as if you are so damn clever!

Tapi dalam banyak-banyak orang yang kata macam-macam kat aku seolah-olah nak menjatuhkan keyakinan diri aku dalam melaksanakan perubahan ke arah yang lebih baik, ada juga yang dengan ikhlas mengatakan aku sudah jauh lebih baik daripada masa mula aku masuk sektor G ni dulu.

Mereka pun macam ralat juga bila aku ceritakan betapa aku masih tidak cukup perempuan di mata yang mengata aku macam-macam.


Aku tak peduli sangat pun sebab tak pernah lagi ada orang yang mati hanya kerana diumpat dikata dicerca orang lain, cuma bila nak jadi lebih baik pun dikondem, camana kita nak betul-betul boleh menjadi antara yang terbaik?

Ni lah dia PHD orang kita. Pencapaian terbesar dalam sejarah manusia, ok. Boleh dianggap sebagai penemuan terhebat dalam sejarah ketamadunan manusia sejak berlakunya teori Big Bang yang orang putih tak habis-habis kaji sedangkan peristiwa tu, dah dicatatkan dalam Al-Quran jauh lebih awal lagi sebelum ianya berlaku. Orang kita memang pakar bertaraf pemenang Anugerah Nobel lagi bila tiba bab 'pelaksanaan hasad dengki' ni. Tak sedar langsung salah silap kurang diri sendiri. Ada yang sampai ke tahap Permanent Head Damage lagi - dah terang lagi bersuluh dia yang salah, boleh pulak ditudingnya jari kepada orang lain, macamlah dia tak ada otak sangat yang boleh digunakan untuk berfikir sendiri buruk-baik segala maklumat yang diterima daripada orang lain.

Sedangkan diri sendiri pun tak betul, sibuk cuba betulkan orang lain, pe kes?

Aku bukannya manusia sempurna, aku tau.

Tapi bila guru kencing berdiri, takkan boleh diharap yang murid takkan kencing berlari?

2 comments:

sherin said...

just b proud 4 who we are not wat we are..

org lain xkan senang bila tgk kita berjaya, bergaya...

pedulikan la mereka.. kalo nak pk apa yg dorang cakap kita plak yg makan hati.. lagipun selama ne bukan duit dorang yg membesarkan kita.. lantak la... mak bapak kita pun x complen pepe.. n ur hubby pun ok jek.. yang penting u happy..

k1m1_KaeMoS said...

thanks K. Sherin - your words really soothed my wounded, but not yet broken soul.

masa tu kenapa tah, sy sangat geram.

tu pasalla ada luahan sebegitu.

memang sy tau siapa sy dan betapa sy patut bersyukur kerana dikurniakan segala macam anugerahNya, tapi sy masa tu sangat geram dgn hakikat betapa mudahnya menjadi orang yg menyakitkan hati orang lain, walaupun mungkin kita rasa, apa kita cakapkan tu takde niat yg merosakkan pun.

pelik bila org yg sy tak berminat pun nak amik tau, tapi suka sangat masuk campur hal saya, dari sekecik2 benda sampailah sebesar2 duduk perkara.

nyampah.