.: COUNTLESS THANKS TO :.

Thursday, August 6, 2009

TERINGIN

Haaa jangan nak spekulasi apa-apa ok - mak rimas ok?

Heheheh... Waktu Maghrib adalah dalam 2 jam lagi lebih kurang, dari waktu entry ini ditaip. Tapi aku dah terfikir-fikir apa yang aku nak makan untuk berbuka nanti.

Sebagai seorang yang ada gastritis, aku tak boleh terus makan nasi selepas seharian perut aku kosong. Ditambah dengan hakikat bahawa aku dengan mudah terkena migrain kalau aku main minum je sebarangan air atau makan je sebarangan makanan. Cabaran eh?

So, aku ingatlah ada baiknya aku buat air teh o panas-panas dan sediakan air masak yang tak sejuk. Goreng scallop ayam dan fries. Buat telur dadar ke, boleh makan dengan roti dan sos ataupun lada sulah cap Ajinomoto [aiyak abis la gugur lagi rambut gue...]. Ok gak tu kan?

Ok lah, baik aku berangkat pulang. Sebelum Mr. S datang dan tertunggu-tunggu pulak kat bawah opis nanti...

Terima kasihlah sudi membaca entri yang kalau aku tak warning korang awal-awal, mesti korang akan spekulasi macam-macam kan? Babap kang baru tau! *hep!*

No comments: