.: COUNTLESS THANKS TO :.

Monday, August 3, 2009

SO LITTLE TIME, SO MUCH TO DO...

Banyak masa aku terisi kebelakangan ini dengan membuat kerja-kerja mengemas rumah selepas hampir kebanyakan benda yang perlu aku gunakan tak dapat aku jumpai dengan mudah... Pendekata, atas dasar terpaksa.

Tapi takpelah, dari satu sudut lain, rumah semakin kemas. Nak cari apa pun jumpa. Nak bergerak ke sana-sini pun takdelah tersinggung apa-apa. Pastu kalo nak berjalan ke langit ijau sekalipun, takpelah juga. Pasal urusan rumah banyak dah makin selesai.

Astro dah siap pasang Jumaat sudah. Lega. Pasal bleh tengok TV clear. Lebih penting lagi, dekorder baru memang hensem habis... :)

Yang paling penting, Internet. Line telefon masih belum boleh disambung. Atas alasan kabel hilang. Apalah bangang. Kalo dah tau ilang, tau la ganti balik cepat-cepat. Apa, pasal orang curi langsung satu blok takleh masuk telefon kat umah? Hapekejadaharamnye pulak ni?

Lantaklah - janji bukan salah kitorang.

Tapi takpat la nak Facebook. Kat opis? Dalam seribu tahun cahaya lagi pun belum tentu boleh.

Nak demand lebih-lebih pun tak boleh. At least, boleh blog dan check email serta guna Google pun dah cukup baik. Bersyukurlah sikit...

Petang Sabtu kami balik ke rumah Mak. 7.30 petang merangkak-rangkak di depan Angkasapuri. Aku yang sakit kepala sempat terlelap-lelap dalam kereta. Tapi macam tak sudah-sudah pulak rasanya traffic jam tu. Orang lain yang pandai sangat pegi tunjuk perasaan sampai tergendala segala urusan orang lain, orang lain pulak yang kena tanggung akibat.


Langit petang, sebelum kami gerak ke pusat bandar. Subhanallah!

Tak pasal kitorang sampai umah Mak dalam pukul 8.30, selepas sejam lebih terperangkap di NPE hingga ke Bangsar... Seksa!

Tension dengan sakit kepala yang berpunca daripada kepandaian diri sendiri pergi minum air jambu batu yang sejuk berais di tengahari panas sebelumnya, aku legakan dengan membaling dart di garaj Abah, beberapa round. Lepas sikit tension. Aku pun lama tak main. Bolehlah 2 3 kali tu baling memang best. Dah kurang dah melalut-lalut ke dinding atau ke lantai. Hahaha...


Gambar 1st: Ini aku baling sendiri tau... Kui kui kui... Abaikan yang terkeluar tu - tengok yang lagi 2 kat tengah tu...

Gambar 2nd: Berapa punya susah tau, nak buat 3-3 dart masuk kat tempat yang sama semuanya, haaa... Lenguh-lenguh gak tangan aku main dart...


Yang aku rasa ralat skit, aku tak sempat catch up finale CSI:Crime Scene Investigation walaupun hujung minggu dihabiskan di rumah Mak. Banyak pulak kerja nak kena buat, yang kalau aku biarkan, mesti susah pulak orang kat rumah tu nanti...

Bukanlah apa sangat pun, cuma mengemaskini fail-fail di komputer dan laptop. Pasal serabut sangat dah, terutama sekali di laptop. Tapi tetap memakan masa juga. Pasal nak tengok, game mana satu bleh main lagi dan game mana yang patut dibuat uninstall. Alang-alang dah dapat tengok game tu, haruslah aku tak main sekali kan, heheeh... Mana tak makan masa?

Bilik jin bertendang, tempat letaknya komputer kat umah.

No, seriously - memang banyak makan masa sebab terpaksa check satu-satu. Budak-budak ni pun satu hal juga, dah aku ajarkan macam-macam tapi masih juga tak terbuat. Dulu aku rajin maintain kedua-duanya sambil ajar sekali adik-adik aku caranya, serta akibat yang perlu ditanggung kalau malas nak maintain komputer dan laptop.

Tapi tulah, mungkin mereka takde masa kot. Lantas menjadikan komputer dan laptop tu kekal serabut, selagi aku tak balik rumah Mak la, kaedahnya.

Hai lah badan! Hai lah nyawa!

Malamnya kami pergi ke Seri Rampai, Setapak untuk makan cendol di Wahab's Cendol - The Best Cendol in Town... Memang best, suka betul Abah dapat layan cendol...


Mak makan cendol aiskrim keladi share dengan Adiba, Abah cendol kacang merah, Mr. S cendol jagung manis dan aku plak, cendol pulut. Hangin satu badan pastu - hamik kao!

Hari Ahad lepas aku dah tolong kemaskinikan folder dalam komputer dan laptop, aku transfer pulak lagu-lagu kat N95 Abah. Pukul 9 kitorang gerak balik umah dan aku sempat layan cerita Dr. Seuss's Horton Hears A Who kat Star Movies, kul 10 malam sambil gosok baju - memang best!

Terima kasih kerana membaca kisah hujung minggu ku yang sibuk sangat [kononnya] ini...

No comments: