.: COUNTLESS THANKS TO :.

Thursday, August 13, 2009

SI BONGOK VS SI SANTEK

Wah... Kepala aku sarat dengan idea. Dada aku rasa nak pecah pasal cuba membendung segala keterujaan untuk berkongsi kisah kali ini. Aku pun tak pasti kenapa, cuma yang aku tau, aku rasa perlu untuk aku kongsi perkara ni.

Cerita ni bukanlah apa sangat pun. Cuma aku terasa perlu untuk diceritakan. Sebab aku rasa banyak masalah timbul kerana orang ambil mudah perkara sebegini.

Macam ni,... aku selalu bengang kalau ada orang pandai-pandai jawab telefon aku dan macam tak salah je beri alasan-alasan yang sengal, bila aku tanya kenapa jawab telefon tu.

Bukan aku tak bersyukur bila orang dah tolong, tapi agak menyusahkan juga bila dah dia berani jawab telefon aku [tak kisahlah samada kebetulan berada dekat dengan meja aku ataupun 'tarik' call tu], tapi tak berani pulak bertanggungjawab atas maklumat yang diberikan.

Kalau dah berani jawab telefon tu, kenapa tak berani pula jawab pertanyaan yang diajukan oleh pemanggil, masih juga nak tanya-tanya aku, terpanggil-panggil dari jauh masa aku tengah sibuk mengadap mesin fotostat ataupun tengah sibuk mengadap benda lain?

Lainlah kalau aku sendiri yang minta tolong kau tarikkan call tu, atau jawabkan.

Dah tau tak yang kau belum tentu tau apa nak dijawab dan tau cara nak melayan panggilan, yang gatal pegi jawab jugak call tu kenapa?

Pastu tak habis-habis menyalak kat aku. Nampak aku je cakap, orang ni telefon. Banyak kali dah. Siap marah-marah, pesal aku tak jawab-jawab call.

Boleh tak profesional sikit jawab telefon tu [memandangkan kau gatal sangat nak jawab telefon kan, perasan cam kau bagus sangat sampai semua call orang pun kau nak jawab - lama dah buat keje operator tak bertauliah ni?] - cakaplah apa yang patut - jangan cakap 'tak tau Kimi gi mana...' 'tah la dia takde kat tempat dia' 'tak taulah cik, kena tanya dengan Kimi pasal Kimi tu P.A. dia'... Takkan itu pun aku nak ajar juga?

Kalo setakat jawab tak tau je - baik tak payah jawab telefon. Pastu kacau hidup aku pulak.

Nate mu.


Panggillah aku apapun, aku tak de hal. Yang penting, aku tak kacau hidup orang walaupun orang suka sangat kacau hidup aku dengan menambahkan lagi masalah dengan ketidak pandaian dorang dalam cuba menunjukkan fungsi dan keperluan mereka supaya aku kekal nampak buruk dan jahat di mata orang lain.

Apa kau dapat ah?

Tapi kalau aku jadi pemanggil, aku akan sound tepek balik - dah tau awak bukan P.A. officer tu, yang awak pegi jawab telefon ni dan jawab tak tau je, buat apa? Mendatangkan marah orang je!

Tapi tulah. Aku bukan pemanggil tu. Dan aku pun tak sebengong orang yang konon cam nak membantu tapi menyusahkan aku je balik tu.

Pegimatilah.

Mungkin aku nampak jahat, tapi aku tak busuk macam kau yang nampak je macam baik.

Busuk ati. Busuk mulut. Busuk kaki. Busuk p@#!.


2 comments:

sherin said...

mak aii..dasat tull.. marah tul dik som ne.. aiii..sabar la sayang...dalam dunia ne mcm2 ragam manusia.. dan yg banyak nya ialah manusia yang xsedar diri.. so kita yg agak2 sedar ne sabar jelah..

ada org nak tlg tp xtau camne nak tlg.. ada org xnak tlg tp buat2 nak tlg.. huh!....tolongla.. x payah tolong boleh tak?

hehehehe.. leks kay..

k1m1_KaeMoS said...

hi kak...
hahahahah...
tak marah, geram jek
daripada terlepas kat orang tu [kang kecik ati plak kang, ai taknak bertanggungjawab walaupun orang tu yg cari pasal/mulakan dulu, ok], baik lepaskan di sini

dah luahkan tu ok dah

apapon thanks for the advice!