.: COUNTLESS THANKS TO :.

Monday, August 3, 2009

JELAK

Kalau nak berbaik dengan aku,
Atau tiba-tiba mengaku perlukan aku,
Kerana nak gunakan aku,
Kerana apa yang aku ada,
Kerana apa yang boleh aku beri,
Kerana aku tak sampai hati kalau tak bagi

- TAK PAYAHLAH PURA-PURA PEDULI -

Cukup-cukuplah jadi plastik
Bila nak apa-apa mengayat bombastik

Cukup-cukuplah jadi tokey tebu
Bila nak apa-apa mulalah tanam di bibir beribu-ribu

Cukup-cukuplah jadi orang berhati babi
Belum dapat, jangankan semut, gajah pun tak mati

Cukup masa dapat apa yang dihajat di hati
Terima kasih jauh sekali, silap-silap aku dicaci!

Jelaklah aku begini
Kisahnya sama berulang-kali
Masanya saja bertukar-ganti
Ayat sama walaupun idea dah basi

Takkan tak ada rasa sedar diri
Mahupun rasa rendah hati
Atau memang tak ada langsung rasa simpati
Pasal pada kau, aku sendiri yang serah diri?

Janganlah berhati dan berperangai setan
Bila Tuhan dah jadikan kau tu, orang
Sedap-sedap kau perlaku dan pergunakan
Bila rasa perlu, baru aku dicari dan dijulang?

1 comment:

Anonymous said...

betul tu org mcm ni patut di buang jauh2 jangan pedulikan lah org mcm ni buat aper buat sakit hati je dan satu lagi kalau boleh kau ambik pisau godok je atau bg racun kan org mcm ni jgn bagi dia hidup dalam dunia ni supaya dia tahu langit tu tinggi ke rendah kalau boleh kau jumpa face to face kau sepak terajang dan pijak2 dia sampai mampus