.: COUNTLESS THANKS TO :.

Friday, August 14, 2009

EMBUN TERBAKAR

Semalam ada cerita ni kat saluran 105 di Astro. Cerita Melayu yang mengisahkan seorang anak yang lupa diri dan lupa asal-usul diri. Cerita Tanggang moden. Tanggang versi perempuan. Lakonan Jue Aziz sebagai Tanggang perempuan tu, bernama Siti Norain yang berjaya menjadi model terkenal [dalam cerita tu lah...]. Yang jadi maknya, Wan Nor Azlin.

Aku tolak tepi kontroversi yang pernah melanda dua orang perempuan ni, terutama sekali Wan Nor Azlin. Aku layankan saja cerita ni, sementelah itu saja yang ada dan terlayankan di kaca TV. Semalam banyak pulak cerita yang menjejaskan selera makan aku. Tu yang aku layankan saja cerita ni.

Wan Nor Azlin tetap dengan lakonannya yang aku kira, masih macam dulu, cuma sekarang dia dah bertudung [alhamdulillah]. Teringat plak aku cerita yang dia berlakon jadi ibu juga, apa tah tajuknya, yang ada lagu Siti Nurhaliza jadi lagu temanya, pun sedih gak cerita tu [kenapalah cerita Melayu ni banyak yang sedih ya? Tapi takpelah, kalau asik seronok je pun tak munasabah dan menjelikkan la pulak nanti...]

Walaupun jalan ceritanya yang agak longgar, skrip yang agak kelakar dan kurang munasabah, jalinan jalan cerita kurang kemas dan kurang kukuh [faham-faham jelah cerita Melayu sekarang, susah nak cari yang benar-benar mantap & menyengat] - tapi tetap menyentuh perasaan sebab, perkara paling pokok yang diketengahkan dalam drama tersebut adalah kepentingan bagi seseorang anak itu menghormati dan menjaga perasaan seorang ibu, kerana ibulah insan paling berharga yang patut diangkat darjah kemuliaannya dalam hidup seseorang insan.

Tanpa ibu, mustahil kita lahir, melihat dunia dan berjaya mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba [ya ampun, skemanya aku tetiba, cam karangan SPM pula].

Tanpa ibu dan restunya, mustahil kita akan berjaya mengharungi apapun dugaan dalam dunia ini.

Dulu-dulu masa budak, kita mungkin tak nampak benda-benda sebegini.

Ada yang berkata, bila dia sendiri dah merasa jadi seorang ibu, baru dia sedar betapa berdosanya dirinya kerana sering melukakan hati dan perasaan ibunya semenjak dia sudah pandai berjalan dan berkata-kata.

Ada yang bercerita, bila dia sendiri dah merasa kesakitan melahirkan anak, baru dia sedar betapa besar pengorbanan yang ibunya lakukan untuknya sedari dia masih di dalam kandungan ibunya dulu.

Aku sendiri, tak perlu tunggu jadi seorang ibu dan melalui semua itu pun aku sedar dengan realiti sebenar kehidupan, selepas 'terpisah' daripada Mak dan menjalani kehidupan sendiri.

Baru aku tau tinggi rendah langit tu.

Ya Maha Esa, Kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku dan peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa kecil, jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa beringat serta sentiasa berusaha untuk menjadi anak yang soleh/solehah kepada kedua ibu bapaku, dalam usaha untuk aku mencapai matlamat menjadi insan yang baik di dunia dan akhirat kelak, amin.

2 comments:

sherin said...

Aminnn.. setuju gak ngan pendapat awak tu.. tanpa ibu bapa kita siapa la kita ne.. dgn didikan mereka inila kita yg skarang ne.. cuma kita ne slalu lupakan mereka.. lukakan hati mereka selalu... akak.. xperlu dah kawin n ada anak pun di usia sebegini.. terasa pengorbanan dorang... terasa rindu pada mereka walaupun selalu jumpa.. tah la.. takut satu hari nanti bile dorang dah takde.. sapa lagi yg tinggal untuk akak ne..

so the best is hargai mereka sementelaah dorang masih ada... buat dorang happy..

k1m1_KaeMoS said...

tq kak sudi singgah lagi heheh...

memang betul, tak perlu jadi mak lagipun dah boleh rasa betapa besar dan takkan dapat terbalas pun pengorbanan serta kasih sayang seseorang ibu kepada kita kan, yg selalu benar lupa pada hakikat bahawa kita sering benar melukakan hati dan perasaannya...

padahalnya dulu, hati tu juga yg sering menggembirakan kita dengan segala gerak hati dan perasaannya.

ya ampun, ampunkan dosaku yg slalu lupa ini, amin...