.: COUNTLESS THANKS TO :.

Monday, August 3, 2009

CENDOL

Ada satu hari dalam minggu lepas, aku teringin makan cendol. Tah kenapa, aku asik terbayang-bayang rasa lemak masin santan dan manis gula merah beserta dengan ais hancur...

Selepas aku suarakan pada Mr. S yang rupa-rupanya memang dah merancang nak bawa aku ke satu tempat untuk makan cendol [eh, instinct kah ini?] pasal dia teringin nak bawa aku ke satu tempat yang kawan pejabat dia rekomenkan sebelum ini di Seri Rampai, Setapak, kami pun pergilah...

Restoran Wahab's - pergilah try!

Macam-macam cendol pun ada - cendol tapai, cendol pulut, cendol sagu, cendol buah, cendol durian, cendol aiskrim, cendol blended, cendol roti pun ada... Hilang akal tengok menu dia - tu baru cendol dia, yang ABC tak tengok lagi, huhuhu...


Menunye...

Memandangkan kami pergi pun dah malam [jam 10 lebih baru sampai kat kedai tu], cendol tapai memang takde la. Last2 Mr. S amik cendol bandung dan aku plak, cendol roti. Makan lak, dia nasi ayam dan aku, char kuey teow.

Keputusannya?

Cendol bandung biasa je - takde rasa air sirap bandung pun. Cuma ada cendol hijau dan cendol merah.

Cendol bandung & cendol roti...

Cendol roti - heaven! Santannya yang dah sedia rasa lemak masin menjadi lagi lemak dan masin sebab ditambah rasa lemak masin pada roti potong yang dicubit-cubit ke saiz yang lebih kecil [bite size].

Yang best pasal cendol Wahab ni, tak berapa manis jadi kepada yang tak gemar sangat manis-manis, memang akan suka cendol ni.

Nasi ayam dia not bad. Tapi sos cilinya tak pedas.


Char kuey teow plak kureng... Aku jadi tak berapa suka sebab tukang masak pi tabur lada sulah kat kuey teow tu... Rasa cam kejadahapatah. Tabes langsung.


Bab harga - agak, boleh tahan kot [biasala mamak]. Cendol bandung dalam RM2.40 ke. Cendol roti RM3.10. Nasi ayam RM4.50 dan char kuey teow dalam RM4.50 juga rasanya. Tah aku pun ingat-ingat lupa dah. Yang aku paling ingat, cendol roti tu - fuh!

First time aku suka sangat makan cendol... Heheh...

Sebelum ni kalo nak makan cendol, kitorang sekeluarga biasanya akan singgah di pekan Banting sebelum sampai ke kampung, tiap kali raya. Adalah satu gerai ni, sekarang dah jadi restoran ko... Dasat tak dasat la...

Yang tu cendol dia memang superb. Sume ada - kacang merah, jagung, kacang tanah, cincau, gula merah, santan, ais dan cendol.

Kedua ter-best aku rasa masa di Penang la tu ari, gerainya di luar Pasar Chowrasta. Isi kandungan cendol tu macam yang kat Banting tu.

Di Wahab ni pada aku, ketiga ter-best la... Cuma cendolnya basic sangat - santan, cendol, gula merah dan ais. Benda-benda lain tu takde, sebaliknya jadi menu berbeza.

Tak kisah la apapun - lain kali aku nak pegi dengan Fizah dan Kak Sherin pulak la!

Terima kasih kerana membaca catatan cendol ini...

*terliur...*



No comments: