.: COUNTLESS THANKS TO :.

Monday, August 3, 2009

CEKODOK & SAMBAL SARDIN

Sape sangka dua makanan yang nampak biasa sangat, serta berbau kurang best ini [sardin tu lah...], akan boleh menjadi makanan yang cambest sangat, hingga dorang yang laris dulu?

Ceritanya cani - 31 Julai 2009 [Jumaat] sudah, kat opis aku ada jamuan makan pagi. Lama dah pun kami tak buat jamuan.

Ada pulak yang request nak makan cekodok bilis cicah dengan sambal sardin. Mujur request tu datang bersama sedikit sumbangan. Bukan aku berkira ok - tapi kirim air liur, dapatla air liur, ye tak? Money talks, bullshit walks, man...

So, walaupun penat pindah umah tak habis lagi, dek tak nak menghampakan kengkawan, nak-nak pulak yang tengah berbadan dua - aku pun buatlah.

Nilah yg berbadan dua tu - Jue... Kemain teruja lagi dia makan ek?

Segan juga aku mulanya. Yelah, cekodok dengan sambal sardin je beb... Apalah sangat nak banding dengan orang lain punya sumbangan. Tapi aku wat muka cekodok je - tawakkaltu 'alallah, bak kata Mak selalu. Lagipun, mungkinlah cekodok tu tak secantik mana, tapi sape tau rasanya lebih baik daripada rupanya? Aku pun letaklah, 2 bekas aiskrim penuh cekodok bilis kecik-kecik bersebelahan sambal sardin di atas meja hidangan, bersama dengan hidangan lain.

Spageti dan sos pasta yang sangat sedap, hasil tangan Cik Sal, sumbangan bersama Watie.

Dari atas, kiri ke kanan : Spageti, sos pasta, kuih apam manis [ye kot, aku pun bedal jek hehe], karipap, sambal sardin dan cekodok bilis.


Kek kukus, karipap pusing, kuih koci pulut hitam bersantan [sangat-sangat sedap!] dan deretan makanan di pantri - menunggu untuk dibaham... Nyum3! [Berbaju biru : Kak Syikin]


Ada yang sumbangkan soya kotak, buah mata kucing [tah berapa banyak kucing yang dah buta dikerjakan oleh penyumbang], pisang, bungkusan mee dan mihun goreng dari gerai Hj. Hamzah...

Memang dapat perhatian - semua lalu-lalang pun pasti bertanyakan tentang cekodok dan sambal sardin tu... Ada yang seronok sakan dan tak kurang juga yang rasa hairan, cekodok makan dengan sambal sardin? Bia betik, kata meka... Aku cakap, cuba dulu baru tau... Jangan pandang takde mata tau tak...

Malas nak cakap banyaklah - bila semua orang mula makan, tu yang habis dulu. Sayang, aku tak teringat nak amik gambar sebelum dan selepas, sebagai bukti, hehehe...

Bukanlah aku nak eksyen dengan makanan aku yang serba sederhana tapi sedap tu [ni orang puji - aku tak cakap apa pun tau? heheh]... Aku bersyukur apa aku buat orang suka makan sehingga licin dikerjakan. Memang puas ati. Bak kata Amy Search - berbaloi-baloooiii...

Segala titik peluh dan tenaga yang keluar malam sebelumnya untuk menyediakan cekodok dan sambal sardin serta bangun awal pula sebab nak goreng cekodok tu keesokan harinya terasa begitu, berbaloilah...

Terima kasihlah kepada orang-orang opis aku yang sudi rasa dan hargai hasil tangan aku dan juga kepada korang, kerana sudi membaca kisah ini.

InsyaAllah aku akan buat lagi pada masa akan datang, untuk melunaskan janji-janji pada kawan-kawan yang belum sempat aku berikan lagi cekodok dan sambal sardin! Ampun maaf dipinta ya...

No comments: