.: COUNTLESS THANKS TO :.

Monday, July 6, 2009

FRANCISSCA PETER - SEKADAR DI PINGGIRAN

Tiada guna kau berpatah arah
Jika niat mu menyambung kasih
Apalah ertinya di sebalik
Tangisan atau rintihan

Untuk apa kau kembali lagi?
Sekadar hanya untuk menyakiti?
Cukuplah sudah, di sini saja
Biar aku pendam, duka...

Hati sedih, hati pedih
Mengenangkan keindahan
Bersamamu...

Tidak ku sampai ke puncak sana
Apalah daya, bertahan cuma
Di pinggiran
Yang memilukan...

Jauh sekali di sudut hati
Menyimpan dendam
Yang amat mendalam

Akan ku sahut
Nama mu oh sayang
Sewaktu ku kesunyian...

Lenyapkanlah kisah,... pilu...

[Album : Sekadar Di Pinggiran 1986 ]

Salah satu lagu lama yang cukup aku suka dan masih kekal dalam ingatan aku sepanjang aku hidup ni...

Abah cukup suka lagu ni kalau aku nyanyikan tiap kali kami karaoke di pejabatnya, dulu-dulu...

Bukan lagu ni saja yang aku suka, malah kebanyakan lagunya sebab penyanyi keturunan Serani - Cina ini memang berbakat dalam bidang seni suara. Suaranya yang unik dan tersendiri telah banyak kali kedengaran di radio dan televisyen.

Lagu ni sangat terkesan di hati aku terutama sekali kerana ia merupakan pemenang anugerah Juara Lagu pertama iaitu pada tahun 1986.

Komposer lagu ni adalah Manan Ngah dan penulis liriknya adalah Lukhman S.

Aku ingat lagi dulu-dulu masa nak pukul 12 tengah malam [sebelum habis siaran TV] mesti ada lagu patriotik Setia yang disiarkan di RTM. Francissca Peter lah yang akan menyanyikan lagu tu...

Yang lagi kelakar masa 'konvokesyen' Tabika Kemas aku [masa tu tahun 1987], aku kat atas pentas nyanyi lagu Setia tu dengan penuh selamba aku - tapi aku ingat Abah boleh tergelak-gelak sampai nak keluar air mata sambil tergeleng-gelengkan kepalanya bila tengok aku menyanyi.

Hmm,... kenangan dulu-dulu...

Terima kasih kerana sudi membaca entri yang mungkin juga membawa anda kembali ke memory lane anda sendiri...


4 comments:

sherin said...

huhuhuhuh.. sadis som... akak pun teringat zaman dulu2 kalau terdengar lagu ne.. time tu rasanya zaman sekolah rendah.. mmg top gle..

kalau sekarang dengar balik n hayati kata2 dia.. touching la jugak som..

k1m1_KaeMoS said...

k. Sherin - thanks sebab sudi layan...

memang la touching kak... lagu touching la yg best kan?

Zura Hilman said...

a ah.... dan ko menyanyikan lagu ni dgn bagus skali... hehe.. bile nak rb lagi neh ek... hihi..

k1m1_KaeMoS said...

hi Zura - thanks singgah sini & for the compliments [kan tak pasal je spender aku koyak - ish ko neh!]... nk rb lagi tu, tah ek... nanti2la...
aku pun nak gak test lagu lain - terima kasih banyak la pada korang pasal lepas karoke tu ari aku rasa lagi open la nak try sebarangan lagu pun pasal seblom ni aku milih sangat...
thanks again :) !