.: COUNTLESS THANKS TO :.

Monday, July 6, 2009

ADEH TERINGIN LA PULAK!


Adunan cekodok yang mengarut...

Dalam minggu lepas, aku ada buat cekodok mengarut yang aku rasa, sedap sangat walaupun macam mengarut... Apa daa yang aku ngarutkan neh...

Masa tu malas nak makan nasi malam-malam, tapi lapar la pulak! So, apa yang ada kat dapur tu aku olah untuk buat cekodok neh...

Cicah pulak dengan sambal sardin - fuhhh - makan tak pandang kiri kanan lagi dah la pastu!


Ni cekodok nasi. Pertama kali aku buat, selepas terlalu lama terfikirkan tentangnya semenjak pertama kali aku terdengar daripada seorang pegawai kat tempat aku ni [sekarang puan ni dah jadi bos Zura - heheheh]...

Pegawai neh memang suka memasak dan akan gunakan apa je bahan yang ada di dapurnya. Tu yang muncul idea cekodok nasi neh - daripada dia lah!

Walaupun aku rasa cam kelakar tapi memang sedap rupanya... Tapi tak taulah mana silap aku cekodok tu tak berapa nak lembut - dek lapar punya pasal, habis juga kitorang berdua makan!

Paling best pasal cicah lak dengan sambal sardin - pergh... Wa cakap lu...




Terima kasih kerana sudi membaca catatan tengah lapar aku ini!

2 comments:

sherin said...

Fuh!!.. nampak cam sedap jek.. erm... baru semalam akak masak cekodok goreng biasa jek la.. n xpernah makan nasi cekodok goreng.. camne la rasanye ek?

k1m1_KaeMoS said...

hahah k. Sherin - bukan nasi cekodok goreng la... tapi cekodok nasi.

cane rasanya?

aaaa,... kalo cekodok biasa kan gigit2 ada rasa tepung, ikan bilis [kalau guna ikan bilis la, yg ni saya guna udang geragau], bawang besar, tapi ni gigit2 jumpa la butiran nasi heheh...

masa tu nasi sejuk banyak tapi macam tak cukup nak buat nasik goreng... makan gitu je dah tak lalu... terus saya rendam dalam air dan campak je dalam tepung cekodok, habis cerita...

tapi agak mencabar juga lah pasal nasi kan berkanji, rasa cam likat lebih cepat la tepung dia...

try la buat kak!