.: COUNTLESS THANKS TO :.

Friday, July 31, 2009

BERKIRA-KIRA NAK BERKIRA

Aku jenuh betul dengan segala kepuraan ini.

Kenapa bila dah tersepit, baru nampak aku?

Ataupun, bila-bila rasa macam perlu, baru cari aku?

Aku bukan manusia berkira, tapi bila orang tak peduli nak bertimbang rasa dan bertimbang tara, aku jadi, well, berkira.

Mestilah aku gitu - sebab yang dorang pun berkira juga dengan aku, pehal?

Padahalnya boleh dikatakan orang yang buat aku gitu, adalah orang yang cukup serba-serbi dari segi tenaga kerja dan sumber.

Tapi cari aku juga, macamlah aku ni yang patut jadi pencacai.

Aku tak marah. Aku cuma bosan dengan keadaan macam ni. Macam, nampak sangat diskriminasi dan penganaktirian.

Lagi satu perangai suka cakap last minit. Well, mungkin aku ko rasa sebagai lupa diri selepas bertaraf, tapi jujur cakap, aku pun manusia juga macam ko dan orang lain.

Ada tanggungjawab lain. Ada hal lain. Ada hidup sendiri. Ada famili, ada laki. Walaupun belum ada anak, tapi aku tetap ada hidup aku sendiri. Bukan macam masa bujang dulu - anytime ko nak aku stand by, anytime je aku stand by.

Walaupun aku tengah tido kat umah ataupun pada hari minggu - tak kira pukul berapa ko suruh aku akan bersedia.

Tapi itu dulu. Masa yang lain tak ramai lagi. Masa aku boleh buat hari-hari dan jadi mewah setiap bulan kerana OT.

Itu dulu. Sekarang dah tak boleh lagi.

Seperkara lagi, ini bukan lagi soal berkira, tapi soal timbang rasa dan timbang tara yang adil dan saksama.

Kalau aku tolong ko, ada ko tolong aku?

Tolak tepilah yang wajib ko tolong - yang lain-lain tu, ada ko amik kira?

Jangan tanya apa bendanya - tak payah buat-buat tanya macam peduli sangat nak amik tau. Sedangkan ko tak peduli pun nak tau. Yang penting apa ko nak ko dapat.

Ada yang kata aku tak bersyukur sebab dah dapat berada di sini dalam situasi begini dengan keadaan sebegini, sedangkan ramai yang minta kerja di sini tapi tak dapat - excuse me ya, aku bukan tak bersyukur atau tak nak bersyukur, tapi aku pun manusia beb. Ada suara dan perlu bersuara sekiranya aku dipijak tak pasal-pasal. Macamlah aku ni tak ada baiknya pulak.

Kerah aku cukup-cukup. Dikudakan sehabis-habis. Tapi habis dibawa angin lalu je. Macam takde makna apa.

Cukup-cukuplah yang sudah-sudah. Aku malas nak bercakap, nanti ko kata aku apa pulak, sedangkan aku usulkan idea/cadangan untuk percepatkan kerja pada orang-orang berkenaan dengan bahasa paling baik/lembut aku boleh beri pun ko kata aku kurang ajar.

Aku malas nak cakap. Tapi jangan ingat aku senyap aku terima je apa pun. Tiba masa aku tak bleh blah, aku blah je.

Memang tu bukan penyelesaian paling cemerlang yang patut dibuat. Tapi bila dah dimaklumkan secara lisan pun tak dilayan, terima jelah bila aku buat ini jalan.

Dan memang ko pun takkan pernah heran. Pasal pada ko, aku cuma salah sorang pencacai ko. Aku mudah diganti. Easily replaceable. Takkan ada masalah, asal orang yang ko dapat tu tau je nak guna PC/laptop . Pasal pada ko bukan aku sorang je yang bleh guna PC/laptop. Pada ko aku ni bukan sesape pun yang perlu ko fikirkan kewujudannya, jauh sekalilah kepentingan aku pada ko.

Aku tau aku tak penting. Fungsi utama aku hanyalah untuk ko perkotak-katikkan dengan mudah dan sesuka hati bila-bila ko rasa perlu.

Cukuplah - aku tak mampu. Carilah orang lain yang memang selama hari ni ko pandang tinggi dan jauh lebih baik daripada aku.

Terima kasih kerana sudi membaca kisah yang dah lama sangat aku diamkan je sampai sudahnya sendiri sakit hati padahal hal tak setel-setel juga ni.


Thursday, July 30, 2009

SELAMAT TINGGAL

kepada 15A Blok A Kg. Kerinchi.

Mudah-mudahan segala yang lebih baik dan dirahmatiNya akan bermula di F-05-13 PPR Seri Cempaka Pantai Dalam, selepas ini.

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat, secara langsung mahupun tidak, terutama sekali kepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak membantu kami memulakan hidup di tempat baru.

Juga kepada adik-beradik dan saudara-mara yang telah sudi menghulurkan bantuan dalam segala bentuk bantuan yang boleh diberikan, mengikut kemampuan masing-masing.

Terima kasih kerana membaca kisah tentang perpindahan yang meletihkan jiwa dan raga ini, walaupun dalam lingkungan geografi yang sama dan masih dalam Parlimen yang sama, ia tetap memberikan kesan mendalam kepada emosi dan fizikal kami.

Tuesday, July 28, 2009

2 3 BELAKANGAN INI...

Aku sibuk dengan FB.

Aku sibuk dengan urusan pindah.

Aku sibuk dengan urusan mengemas barang.

Aku sibuk mengerjakan tempat baru supaya siap.

Ah letihnya...

Aku takkan minta dalam sehari kita ada 25 jam, jauh sekali 30 jam.
Aku takkan mahu hari-hari aku jadi semakin panjang, sedangkan nyawa aku belum tentu berkurang pendeknya.
Aku tak fikir pun bila hari semakin panjang, kerja-kerja makin berkurang jumlahnya.

Tapi tulah, aku rasa kalau ada 25 atau 30 jam dalam sehari, mau keje aku makin bertambah banyak.

Pasal aku main pun sama banyak dengan rehat, waktu untuk keje dah kurang, heheh...

Talk about procrastination - I may not be the expert, but I'm quite good at it...

Dayyymmmnnn!!!

Baru tadi keje aku bertambah tak pasal-pasal.
Sebab mengantuk sangat.
Padan muka aku juga, pasal aku tak tutup ketat botol air aku tu. Amik lak pegang penutup je. Kalau Mak ada kat sini - sure aku kena marah punya. Pasal suka sangat pegang botol atau bekas makanan kat bahagian penutupnya je.

Degil. Buat lagi. Padan muka!

Huh, mujur juga air masak, dibuatnya air Nescafe?

Habis basah karpet, meja aku dan keyboard... Nasib baik - diulangi - nasib baik la cuma air masak je...

Terima kasihlah sebab sudi baca tentang coretan aku di kala aku mengantuk tak beragak ni - cepatlah rehat, nak tido!


Monday, July 27, 2009

HANYUT

Aku baru-baru ni hanyut dalam sebuah tempat yang baru sahaja aku terokai segala kelebihan dan keseronokannya.

Malang sekali ia membuatkan aku terlupa langsung nak update blog ini.

Malah portal Jiwang yang selalu aku lawati dulu sehingga berjaya mendapat ranking Die Hard Fan pun telah aku lupa sama sekali.

Semuanya kerana dia - aku hanyut kerana dia - aku tak bersalah ok? *muka kesian minta simpati*

Jadi maafkanlah aku kepada kawan-kawan yang sudi membaca, kerana aku tidak berdaya mengemaskini blog ini kerana cengkaman benda yang menghanyutkan aku tu, jauh lebih kuat daripada kudrat aku yang tak berapa nak ada ni...

Tambah-tambah pula feedback2 yang diterima memang secepat mungkin dan ini membuatkan aku lebih liat untuk keluar, sehingga aku terasakan seolah hidup aku tidak lengkap, seperti seorang Melayu tipikal yang tidak dapat nasi seharian pasti akan rasa sewel - begitulah juga aku...

Terima kasih kerana membaca tentang kehanyutan ku di dalam bidang per-Facebook-an dalam beberapa kebelakangan ini...

Hehehee...


Friday, July 17, 2009

LAGI YANG MANA SATU...

Lagi yang mana satu yang lebih elok. Jangan marah ek...

Bukan apa, bukan aku tak yakin pada diri sendiri. Cuma sesekali aku tertanya juga, apa agaknya pendapat orang tentang penampilan aku.

Ok, mana lebih elok - tudung cream colored with yellow hue [gambar kiri],...



atau tudung off-white [gambar kanan - tolong abaikan mekap aku yang tak seberapa itu, ok?]

Aku masih belum berpeluang lagi mencari tudung yang lebih sesuai untuk baju kain kapas yang ramai kata, comel rupanya ini...

Kalau dah jumpa yang lebih sesuai, aku akan paste di sini heheh...

Terima kasih kerana membaca & memberikan pendapat!

JUMAAT YANG,...

Pagi-pagi lagi aku dah kena...

Nak cerita pun malas... Pasal tak ke mana juga sudahnya...

Pi mai tang tu juga...

Pelik kadang-kadang bila kita kena jawab benda yang tak kena-mengena sangat dengan kita...

Kalau tak nak tanggungjawab - janganlah terima tanggungjawab tu at the first place!

Apapun aku tetap rasa aku macam yang kucing ni nyatakan...

Kalau tak, kenapa orang2 sebegitu asik cari aku atas kepincangan mereka kan?
[Selain daripada fakta bahawa mereka memang nakkan aku juga yang mereka boleh salahkan lah...]

Ngaku je lah korang rasa aku gini [ahaks!]

Terima kasih kerana membaca kenyataan perasaan di hari Jumaat ini...

Thursday, July 16, 2009

SIGNAL DUDE, SIGNAL

Hari Selasa [140709] baru ni kita dikejutkan dengan berita sebuah bas Rapid KL terjunam ke lorong motorsikal di Lebuhraya Persekutuan yang menghala dari Petaling Jaya ke Kuala Lumpur.

Tipulah kalau aku kata yang aku tak terasa bimbang kalau-kalau aku akan terjejas dalam apa-apa aspek pun sepanjang melalui perjalanan pulang ke rumah, petang Selasa tu.

Mujur juga rupanya aku tak melalui jalan itu pun, sebab kemalangan terjadi di sebelah highway sana - jalan menuju ke rumah aku adalah dari arah bertentangan.

Tak kiralah - tapi ia tetap membuatkan aku rasa cuak sebab betapa mudahnya kemalangan berlaku.

Atau dalam kes ini - kesialan, adalah lebih tepat.

Maaf kalau ada yang tak suka bahasa aku ni - tapi itu saja yang cukup sesuai menggambarkan betapa merbahayanya sikap kurang ajar apabila berada di jalan raya, tak kiralah apa pun kenderaan kita.

Sebab tu aku sendiri pun memang tak segan-silu nak honkan pemandu yang tengah sedap bercakap di telefon sambil memandu. Atau yang tak reti nak guna signal, macamlah bila nak nyalakan signal tu, sampai nak kena keluar daripada kereta, yang macam susah sangat.

Bukan tak pernah aku jeritkan pemandu yang kurang ajar - tiba-tiba je keluar daripada laluan tanpa bagi signal, ataupun baru je bagi signal dia terus je keluar daripada laluan dan yang memandu macam tengah sedap buat benda tak senonoh dengan pasangan mereka sampai terhoyong-hayang kereta.

"SIGNAL DUDE, SIGNAL!" *pin pinnnnnnnnnnnnnnnnn!* [biasanya disertai dengan berbakul sumpah-seranah dan sesekali, penumbuk ataupun lagi best, jari tengah]

Kenapa aku marah?

Sebab aku naik motor, dude.

Kalau aku kemalangan disebabkan engkau, polis akan tetap salahkan aku sebab pada dorang - yang naik motor ni semuanya Mat Rempit perangai haram!

So kalau kau nak mati sangat pasal tak takut langsung drive sambil SMS @ bergayut di telefon SILAKAN... Tapi jangan dekat-dekat dengan aku...


Ok, berbalik kepada cerita kemalangan menakutkan tu tadi...

Malam tu lepas Maghrib aku tengok berita di TV1 dan TV3 yang mengatakan bahawa kemalangan berpunca akibat seorang pemandu kereta Satria @ Wira biru gelap yang tiba-tiba menukar laluan daripada kanan ke kiri apabila memasuki persimpangan berlampu isyarat selepas keluar daripada Lebuhraya Persekutuan.

Kereta yang menghala dari Petaling Jaya itu dikatakan telah menukar laluan secara tiba-tiba tanpa memberikan lampu signal dalam masa yang bersesuaian sehingga menyebabkan pemandu bas terkejut dan cuba mengelakkan kereta tersebut, tetapi malang bila dia hilang kawalan terhadap pemanduannya dan terus terjunam ke lorong laluan motor yang berada 4.5 meter di bawah jalan tersebut.

Walaupun tak ada yang MATI, tapi aku tetap simpati kepada mangsa-mangsa - pemandu & penumpang bas serta sebuah kereta lain yang turut terbabit secara tidak sengaja kerana berada di bahagian belakang bas itu - kereta tersebut telah terlanggar bahagian belakang bas dan mujur saja pemandu & penumpangnya hanya cedera ringan.


Sebagai salah seorang penduduk kawasan sini yang sudah biasa sangat dengan segala lekuk lubang bonggol jalan raya di sekitar kawasan ini, aku faham sangat kenapa pemandu tu tiba-tiba menukar laluannya sebab dia pastinya terkeliru.

Kalau dia terus ke kanan, dia akan ke Kg. Kerinchi.

Kalau dia ke kanan tapi lepas lampu isyarat dia terus je, dia akan masuk Lebuhraya Persekutuan semula dan melalui depan Angkasapuri & Mid Valley, seterusnya menuju ke Brickfields/Seremban/Seputeh atau pun pusat bandar Kuala Lumpur.

Tapi disebabkan keadaan jalan yang kurang jelas tanda tunjuk arah dan garisan jalan yang aku rasa macam dah tak berapa nak ada, ditambah pulak dengan kebangangan tak sudah pemandu kereta tu - membuatkannya terus menukar laluan tanpa memberikan sebarang isyarat kepada pemandu lain, seolah-olah perbuatan yang sekurang ajar itu tidak akan memberikan sebarang kesan kepada orang lain.

Nampak sangat dia dah biasa buat macam tu kan - tukar lane sesuka hati tanpa beri sebarang isyarat dan terus keluar saja dari laluan asalnya, bukan berdikit-dikit?


Aku harap pemandu tu akan ditimpa perasaan bersalah yang amat sangat, sehingga menjadikan dia hilang kewarasan akalnya terus, lantas menjadikan dia terus gila.

Ataupun satu hari nanti, ahli keluarganya jadi mangsa pemandu sial yang lain, sebagai timbal balik perbuatan sialnya pada satu ketika dulu [hari Selasa itu] yang membahayakan ramai nyawa lain.


Aku terfikir juga di satu sudut lain. Tak adakah sebarang rang undang-undang atau akta yang akan digubal untuk mencegah perbuatan kurang ajar ini supaya tidak berulang di lain kali?

Atau,... mungkin sebab tak ada yang MATI pada hari Selasa baru ni, sebab tu kejadian tu dipandang sebelah mata dan bagaikan dibawa angin lalu saja?

Mungkin perlu jadi satu kemestian agaknya - kena ada yang MATI ngeri, terburai isi perut, terheret tergilis sampai otak bersepai-sepai anggota badan tercerai-berai ke sana ke mari, baru agaknya pihak berkenaan akan buat some sort of actions, untuk menunjukkan fungsi mereka.

Nampak sangatkan?

Terima kasihlah kerana membaca pandangan peribadi yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, sebaliknya telah aku harungi sendiri segala perangai pemandu-pemandu berhati & berakalkan babi, di sebalik topeng manusia...

Tuesday, July 14, 2009

GATAL

Gatalnya badan aku - sana-sini timbul ruam.

Aku pun dah hilang punca dah memikirkan apa lagi yang tak kena sampai ruam yang baru je muncul 2 minggu sudah dan dah baik pun, timbul semula.

Seafood?

Aku tak makan gila-gila, jauh sekali on regular basis. Semalam dalam mihun yang aku bawa balik untuk berbuka di rumah cuma ada seekor saja udang kecik yang berkulit keras gila. Tu je lah sekor.

Perfume?

Aku dah tak pakai dah perfume nih... Mesti kulit aku irritated gila jadinya...

Berpanas?

Esh... Bila masa pulak... Aku mana ada berpanas sampai berpeluh teruk... Dok diam je kat opis neh... Habis jauh pun jalan ke Tingkat 27 nak jumpa K. Sherin ataupun pasal nak naik lif...

Rasa cam nak je pegi klinik dan mintak injection lagi pasal aku dah tak tahan dengan kegatalan di sana-sini yang mengetip-ngetip, menguit-nguit memanggil untuk digaru...

Nak tido malam pun susah pasal hampir setiap masa aku rasa gatal ya amat...

*sigh*

Terima kasih kerana membaca tentang kesulitan aku ini...

Monday, July 13, 2009

(* O *)

Ngantuk amat...

Moh tido tengahari!

*kruk-kruk*

Janganlah bunyi lagi wahai perut yang manja!

Adeh...

Nak tido lah...

Bye...

KHATIJAH IBRAHIM- KU PENDAM SEBUAH DUKA

Bercinta, sudah lama
Berkasih dan bermesra
Sedang enak membuai rasa
Perpisahan tercipta

Mengapa, sementara
Cerahnya cinta kita
Mendung tiba tiada ku pinta
Gelapnya suasana

Walaupun hati ku
Amat berat melepas mu
Dan rintangan mendatang sayang
Terpaksa ku leraikan

Seandainya,...
Kita harungi jua
Telah punah semua rasa
Mimpi yang kau harapkan

Ku pasti kau kembali
Menyatu dua hati
Lebih elok cari pengganti
Tiada kau menyendiri

Tak guna disesalkan
Hakikat percintaan
Mungkin terpendam kenikmatan
Sebalik perpisahan...

Antara lagu retro yang aku kira, masih relevan dan masih segar untuk diterima ramai sehingga hari ini... Lagu Khatijah, opps sori - Datuk Khatijah Ibrahim ini memang menusuk qalbu bila didengarkan sebab bukan saja melodinya yang tersendiri malah suara lunaknya membuatkan lagu ini begitu menikam perasaan bila dihayati betul-betul.

Lagu ni juga turut jadi salah satu lagu favorite Abah yang selalu Abah 'request' bila kami layan karaoke di pejabatnya dulu-dulu... Aku ingat lagi Adiba pun melopong bila dengar lagu ni...

Sesuai untuk penggemar lagu lama ataupun kepada penggemar lagu yang tidak menyerabutkan kepala dan menyemakkan fikiran, ataupun sekiranya anda sedang melayan perasaan kerana cinta yang tidak kesampaian - hayati liriknya sekali ok!

Terima kasih kerana berhibur bersama!

PUBLIC ENEMIES

Sabtu malam Ahad baru ni [110709] kami pi tengok midnight di GSC MV, cerita Public Enemies lakonan Johnny Depp, Christian Bale, Marion Cotillard dan ramai lagi pelakon hebat yang lain.

Walaupun setting zaman 1930-an, pakaian, mekap, set dan aturan aksi yang menarik dan hebat, tapi tak dapat menyelamatkan olahan jalan cerita yang aku kira sebagai agak lembap dan meleret skit, sampai sempat beberapa kali aku terlelap.

Sayang sekali lakonan hebat Johnny Depp malap begitu saja dengan olahan jalan cerita yang sebegitu... Mujur juga muzik latarnya banyak membantu menaikkan mood aku...

Tah kenapa aku rasa Zaman Kemelesetan era 1930-an itu sangat-sangat classy, sassy & sexy. Walaupun jadi penjahat tapi masih pakai nice suits, lengkap dengan crisp hat, neck tie dan well-pressed pants & shirts. Yang perempuan-perempuannya pun cantik belaka baju mereka.

Terima kasih kerana sudi membaca tentang pendapat aku tentang filem yang berdasarkan kisah benar perompak bank bernama John Dillinger [lakonan Johnny Depp] tahun 30-an yang kelihatan oh-sungguh-seksi dan mengisahkan sedikit sebanyak asal-usul penubuhan FBI di Amerika, suatu ketika dahulu...

Nak sambung kerja - *sigh*...

Sunday, July 12, 2009

SHORT, LONG WEEK

Minggu ni memang minggu yang penuh dengan kejutan dan cabaran.

Pertamanya, Isnin lepas kami dapat surat tawaran yang memang kami tak sangka. Bukan sebab berlagak, tapi memang kami tak mahu letakkan harapan yang tinggi sangat.

Ini bermakna kami perlu lebihkan usaha dari segenap segi - tenaga, kewangan dan minda yang kukuh dan tenang [terutama sekali aku, heheheh].

Keduanya, awal pagi Selasa sewaktu kami sedang tidur, dalam jam 1 lebih Mr. S dikejutkan dengan deringan N82nya yang membawa perkhabaran dukacita - bapa saudaranya sedang nazak dan sepupu yang memanggil itu telah meminta Mr. S membawa emak dan adik perempuannya ke PPUM dengan kadar segera.

Ternyata Dia lebih menyayangi - tak sempat keluarga berjumpa, arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya.

Selasa yang terasa begitu panjang akibat kehilangan seseorang yang agak rapat dengan Mr. S telah membuatkannya agak,... kosong dan tidak berdaya pula ke pejabat. Tambahan pula sepanjang dia membantu menguruskan arwah - hari agak panas dan Mr. S pula tak sempat nak makan atau minum... Kesian dia...

Ketiganya, hari Rabu kami masih lagi agak,...terpinga-pinga dengan 2 hari lepas yang agak kelam-kabut. Tapi malamnya terisi dengan aktiviti yang agak positif pada aku sebab kami mulakan mengemas barang mana yang patut supaya tak kelam-kabut di saat-saat akhir nanti.

Keempat, Khamis yang mendebarkan. Mr. S telah hadir ke acara yang disebut dalam surat tawaran yang kami terima Isnin sebelumnya.

Tepat jam 11.30 pagi aku terima satu SMS - "Alhamdulillah..."

Malamnya kami habiskan dengan berehat-rehat sambil menonton TV dan berborak kosong.

Kelimanya, Jumaat yang aku rasa, menyakitkan. Entah kenapa mata kanan aku rasa semacam.

Keenamnya, Sabtu yang memang menjenuhkan. Sebab mata aku terasa makin bengkak sehingga aku sakit kepala seharian. Tapi tak nampak pula dari luar sebarang kejanggalan.

Aku lepak di rumah Mak sepanjang hari berlingkar saja depan TV. Melayan Amil main PS dan sesekali menceceh pada Adiba yang kebelakangan ini, sudah pandai menjawab bila ditegur. Dalam tengahari aku rasa pening sangat-sangat sampai aku rasa, lebih baiklah aku tidur sebelum aku hilang kewarasan aku...

Akhirnya Ahad yang juga menyakitkan. Kali ini aku nampak ada semacam 'punat' pada bahagian sudut mata aku. Ada ketumbit kat sudut kelopak mata aku... Sakit ya ampun bila aku nak pejam. Bila terpaksa berada di luar - fuh silau tak beragak!

Tapi aku gagahkan juga pergi ke PJ Old Town untuk mencari beberapa barang yang agak penting. Untuk perkara yang dalam surat tawaran itu juga...

Setelah selesai kami kembali ke rumah untuk makan tengahari dan membasuh kain baju...

Letih... Ketumbit kurang asam!

Terima kasih kerana sudi membaca kisah seminggu dalam hidup aku yang pendek saja, tapi terasa agak panjang ini...


Friday, July 10, 2009

LIFE + LOVE

As I grow to understand life less and less,
I learn to love it more and more.

Jules Renard


+VE

Aku mesti jadi positif, selepas aku sedar bahawa bersikap skeptikal dan sinis hanya membuatkan aku jadi seorang yang terlalu kritis dan malang sekali, negatif.

Walaupun susah - aku mesti cuba.

Sebenarnya tarikan untuk menjadi orang yang agak-agak, susah nak dijangka dan susah untuk dirapati/difahami tu lebih kuat - entah kenapa aku terasa ia semacam, seksi & lebih menarik.

Cuma masalahnya akibat sampingannya yang akan menjadi semacam satu 'badi' bila orang menganggap diri aku ni negatif.

Hmmm...

Aku bukan touching dengan kata-kata sebegini. Malah aku fikir, ada baiknya bila ada orang yang sudi menegur supaya aku jadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya. Yelah, sape pun yang seronok bila masih di takuk lama sedangkan orang di sekeliling dan zaman pun berubah juga?

Selesa sangat - mungkin. Seronok? Tak kot...

Teringat aku pernah dulu menonton satu video tentang berfikiran positif dan kuasa minda kita. Dan aku kaitkan pula dengan ilmu agama aku yang serba sedikit ini, maka aku fahamlah kenapa kita selalu diingatkan tentang betapa 'berkuasanya' kata-kata kita - baik yang diucapkan secara lisan mahupun yang terdetik di dalam hati ataupun akal fikiran kita.

"Be careful what you wish for" - pesan seorang penceramah, baru-baru ini.
"Kata-kata adalah doa" - ayat biasa yang aku dengar dalam syarahan agama/kelas agama masa sekolah menengah dulu.

Jadi, mulai sekarang aku akan cuba berfikiran positif supaya dapat aku tarik segala tenaga yang positif untuk aku perbaiki kehidupan aku selepas ini.

Terima kasih kerana sudi membaca & [kalau sudi] menyokong aku!

A man is but the product of his thoughts what he thinks, he becomes.Mahatma Ghandi

PITA MERAH

Berada di tempat aku seharian boleh membahayakan kesihatan.

Serius - aku tak tipu.

Mungkin ada yang terfikir apa sangatlah work hazard seseorang P[ekerja] A[m] macam aku ni... Tapi percayalah bila aku katakan yang kalau orang memang tak berapa kuat, alamat akan sakitlah selalu.

Fizikal dan mental sekali.

Yang aku angin tu bila orang bukan main sedap saja campak 'ta*k' mereka pada aku yang tak ada kena-mengena ni. Bukanlah aku berkira sangat sampai tak boleh nak tolong buat kerja orang lain.

Tapi memang melampaulah kalau aku kata yang aku tak terjejas langsung dengan apa yang orang suka buat kat aku selama hari ni - campak t**k mereka suka-suka hati pada aku macam aku ni jadi pencacai mereka pulak.

Dah berapa kali aku terkena - orang lain yang buat celaka, aku pulak kena tadah je maki-hamunnya.

Orang lain buat onar, aku pulak yang dituduh buat kerja macam orang berotak nanar.

Orang lain buat durjana, tak pasal-pasal pulak aku yang kena betulkan segala kesilapan dia.

Dan yang lebih best?

Asal yang baik, betul dan perfect - orang lain. Asal aku je - yang buruk dan yang beruk.

Manalah aku tak kata boleh membahayakan kesihatan?

Dulu Mak selalu bising bila aku keje swasta - tak berbaloi langsung. Takde ini, takde itu dan bermacam lagilah jela panjangnya segala keburukan yang Mak bariskan untuk aku nilaikan betapa tak bergunanya aku kerja kat *ehem* tu.

Supaya aku bertukar fikiran untuk bekerja di aliran awam. Keje gomen, kata orang dulu-dulu.

Aku pun dengan naifnya percaya bahawa bekerja dalam bidang yang sepatutnya aku kerja [berdasarkan kelayakan aku yang tak sehebat pencapaian terunggul manusia dalam bidang kemanusiaan yang penting untuk memastikan survival kemanusiaan sejagat tulah...], akan menjadikan aku seorang manusia yang boleh dihargai dan dihormati kerana kelayakan aku yang *ehem-ehem* itu, dan membuatkan orang lain tidak akan mengganggu aku dengan alasan yang aku sedikit 'berbeza' daripada mereka.

Ternyata aku silap. [Padan muka aku]

Aku bukan saja tidak dihargai, jauh sekali dihormati. Orang-orang hanya menganggap bahawa aku hanyalah perlu apabila mereka di dalam kesusahan dan perlu untuk mereka menyelamatkan diri. Dengan menyalahkan aku. Atau sekurang-kurangnya, meletakkan kesalahan itu seolah-olah aku yang gatal-gatal mahu menciptanya.

Pernah aku diherdik oleh seorang staf senior yang memang agak, berusia [yang membuatkan ramai berkata bahawa faktor usianya tu yang sebenarnya membuatkan dia sendiri agak pelupa & cenderung untuk melepaskan perasaannya dengan sesuka hatinya]. Hanya kerana aku jawab dengan jujur bahawa aku memang tidak dimaklumkan tentang sesebuah perkara yang agak penting sebab ia melibatkan reputasi bosnya sekali.

Aku yang bengang telah menyatakan dengan muka yang habis kering boleh aku buat kepada pihak yang sepatutnya bertanggungjawab - "Tolong selesaikan benda ni - tak pasal-pasal pulak aku yang kena marah pasal korang!"

Itupun selepas hampir terlalu kerap aku dimarahi atas benda yang aku tak buat, baru aku sound macam tu.

Bukanlah aku baik sangat. Aku pun sedar diri aku ni siapa dan macamana.

Cuma aku geram bila orang suka mengambil jalan mudah demi menyelamatkan bontot mereka daripada disesah oleh orang-orang yang akan mencari mereka untuk dipertanggungjawabkan.

Perangai suka 'pass' macam bola ni memang aku tak boleh terima. Betul - memang bukan semua kita boleh jawab pasal bukan semua pun dalam tanggungjawab mahupun dalam job description kita - tapi apa salahnya kalau kita berusaha sikit untuk membantu orang?

Berapa kali aku terkena dengan public yang datang mengadu masalah sakit pening mereka akibat pertembungan kepentingan mereka sebagai rakyat dengan pihak-pihak berwajib dan yang berminat nak membangunkan negara.

Contoh paling mudah - si pengadu datang daripada sebuah kawasan setinggan yang terbabit dalam pembersihan setinggan. Rumahnya akan dirobohkan, tapi ada pula masalah-masalah lain yang berkaitan. Jadi si pengadu datang ke Jabatan A untuk mengadu. Di sana disuruhnya pulak oleh kakitangan mereka yang mungkin tidak melayan mereka dengan ikhlas/bersuara tinggi macam marah-marah, supaya mereka ke Jabatan B. Di Jabatan B pula disuruhnya pergi ke Jabatan C, atas alasan Jabatan C lah yang akan mengeluarkan segala arahan sebab Jabatan B dan Jabatan A tidak boleh berbuat apa-apa jika Jabatan C tidak berkata apa-apa.

Si pengadu yang mungkin sudah pun tertekan dengan pelbagai masalah peribadinya akan bertambah tertekan dengan kerenah birokrasi yang penuh dengan pelbagai tingkat hirarki yang perlu dilalui hanya untuk menyelesaikan masalah rumahnya tadi. Bila tiba di Jabatan C - orang yang disebut-sebut sebagai bertanggungjawab mengeluarkan arahan kepada Jabatan B dan Jabatan A tadi pula, tiada di pejabat kerana keluar mesyuarat.

Jika anda di tempat pengadu - apa perasaan anda?

A. Mesti anda marah pada P[ekerja] A[m] yang kata bosnya tiada di pejabat sebab keluar mesyuarat dan tak pasti pula jam berapa mesyuarat itu akan tamat.

B. Anda masih boleh bersabar sebab anda fikir, alang-alang dah separuh jalan menguruskan perkara ini, biarlah sampai ke akhirnya supaya memang boleh selesai terus - tak payah nak pening-pening lagi dah lepas ni.

C. Anda duduk saja macam orang bodoh, tercengang dengan perkara tu sebab anda tak terfikir pulak orang keje gomen ada mesyuarat, sebelum anda marah pada P[ekerja] A[m] tu pulak.


Tak kiralah jawapan yang anda pilih, aku cuma nak tunjukkan betapa tindakan semudah memberikan cadangan yang bernas supaya menimbulkan situasi 'menang-menang' pun kalau tak diambil sebagai inisiatif untuk melancarkan urusan semua orang - adalah sangat-sangat dikesalkan!

Apalah salahnya kalau orang Jabatan A - sebelum menyuruh pengadu ke Jabatan B - cari ikhtiar dulu bertanya sepatutnya berjumpa dengan pegawai mana dan apa nombor telefonnya, supaya pengadu tidak merasa seperti ditendang macam bola?

Apalah salahnya kalau perlu dihantar pengadu itu ke Jabatan B atau Jabatan C - orang Jabatan A telefon dulu untuk bertanya adakah pegawai yang bertanggungjawab tu, di pejabat supaya pengadu boleh terus ke sana?

Mesti ada yang terfikir kenapa pengadu tu pun 'pandai' sangat sebab tak ambil nombor telefon tetapi terus saja membuta-tuli menuju ke tempat-tempat berkenaan - buang masa, tenaga dan duit saja?

Kita kena faham - pengadu tak sama macam kita. Mentalitinya, latar belakang pendidikan/ekonomi/pekerjaan/sosialnya - semuanya langsung tak sama macam kita.

Nak salahkan dia pun tak boleh jugak - yang 'pass' sana-sini tu pun, pandai sangat ke?

Berapa kali aku terkena macam ini sampai satu hari aku ambil tindakan sendiri.

Dan baru tadi, ada lagi yang sengaja cari pasal dengan aku bila dia main petik saja pada public tu yang bos aku memang ada di pejabat, kalau meeting pun meeting dalam bangunan ni saja.

Aku terangkan balik pada kerani di *ehem* tu yang tak bolehlah kalau main hantar saja public ke sini tanpa bertanya pada aku dulu. Sebab bos aku takde. Pegawai dia pun dah keluar dari pagi kerana ada meeting. [Ko jangan nak memandai macam ko pulak keje kat sini. Rasa cam nak sound je mamat tu gitu... Baru dia tau diri dia sikit]

Bukan suka-suka keluar dari opis kerana missing atau gone AWOL macam yang biasa rakan sejawatan mereka ni suka buat.

Public yang nak marah aku ni pun tak jadi bila aku cakap semula faktanya - "Encik, yang satu Jabatan dengan bos saya adalah saya dan bukannya kerani di *ehem* tu, so siapa yang lebih tahu jadual bos saya?"

Get your facts straight and your mind straighten up, dude, before you decide to shove the sh*t to someone else's face.

Tu sebab aku kata boleh membahayakan kesihatan. Fizikal dan mental. Pasal kau letih melayan kerenah orang yang marahkan kau atas kesilapan yang bukan disebabkan oleh kau. Akibatnya badan pun sakit sana-sini pasal tekanan perasaan.

Terima kasih kerana sudi membaca tentang kerenah birokrasi dan hirarki yang aku rasa, sepatutnya boleh dikurangkan tekanannya jika kita mengambil sikap ingin membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka supaya matlamat [poyo] 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, tu bukan hanya satu lagi slogan yang berjaya diciptakan dan dilaungkan [sepanjang pemerintahan seseorang tu] dalam Malaysia ini...


Thursday, July 9, 2009

LAH...

Dulu mamat neh dalam satu group R&B yang bernama V.E. Mula sekali aku terdengar dia menyanyi secara live bila dia menggantikan penyanyi Indon yang sepatutnya berduet dengan Jaclyn Victor dalam Juara Lagu dulu - Ceritera Cinta.

Yeah memang aku agak lambat sedar tentang kewujudan mamat neh dan juga kebolehan beliau menyanyi dengan baik. Suaranya yang unik dan meruntun perasaan juga membuatkan aku terus tercari-cari yang mana satukah suaranya dalam lagu duet dengan kumpulan Ruffedge [Azzan - u rock bro!]... Tapi aku memang respect sama beliau sebab daripada aku tak berapa suka lagu Ceritera Cinta tu [sebab aku rasa suara Jaclyn Victor is just too much for my liking], terus aku jadi suka dan boleh layan sebab suara dia best sangat, walaupun pada masa sama aku rasa suara melampau Jaclyn Victor tu overshadow sangat suara lunak Lah.

Oh ya, dia sekarang dikenali lebih sebagai Lah Ahmad. Klik nama beliau tuk melawat Facebook beliau, kalau sudi...

Aku suka lagunya yang bertajuk Kau Tercipta. Mula-mula dengar rasa macam sooooooo slow dan memudahkan insomniac macam aku ni tertido. Tapi aku silap, pasal lagu tu buat aku tertunggu-tunggu, "apa lagi dia nak sebut pasnih", "cane lak dia mainkan lenggok vokal dia kat second chorus nanti" dan sebagainya. Memang syahdu dan menyentuh perasaan.

Kalau ada peluang - layanlah lagu dia.

Oh ya, aku lebih mudah tertidur kalau aku dengar lagu Linkin Park/Nickelback/Smashing Pumpkins yang dipasang pada volume full blast - jangan tanya aku kenapa.

Terima kasih kerana membaca tentang Lah Ahmad yang baru saja aku tahu kewujudannya dan mula menghargai bakat sebenarnya...


PENGIT + HANCING = ?

Rasa macam hilang mood je nak kerja.

Pasal nak muntah.

Opss - jangan cepat salah faham - aku belum ke sana tu lagi, ok?

Aku takde mood pasal ada satu bau ni...

Macam bau kencing kucing pun ada, kadang-kadang.

Bezanya orang ni bukan pakai baju kena kencing kucing [macam ada sorang hamba Allah kat sini dulu yang biasa buat camtu - yeeekkkkk], tapi dia pakai benda alah ni...

Buang duit je beli tapi bau kencing kucing yang kadang-kadang bau macam t**k anjing pun ada!


Macamana sajalah kawan-kawan baiknya tu tahan je dengan bau pengit hancing camtu ye?

Aku yang sesekali bau ni pun akan tahan nafas bila sesekali dia lalu dekat-dekat dengan aku.

Dari kiri : Little White Dress [produk baru - not bad tapi cukuplah, I'm done with this brand especially], Surreal Garden, Rare Gold [sesuai pakai pegi dinner, bau kuat tapi manis] dan Crystal Aura [Leha suka bau ni, sekali dengan Surreal Garden]

Dari kiri: Pur Blanca [Mr. S suka betul bila aku pernah hadiahkan perfume ni dulu - aku pening baunya!] dan Celebre [masa aku student di U dulu, memang best tapi cukup2lah aku pakai dulu]

Aku berhenti menggunakan sebahagian besar perfume di atas sebab aku sendiri pening dengan bau-bau mereka sudahnya.

Selain daripada itu, bau mereka cuma wangi disebabkan kadar alkohol yang tinggi dan akibatnya, senang untuk berbau pengit dengan lebih mudah. Belum lagi yang rasa hidung mereka perit dan sakit bila terbau perfume yang aku pakai dulu... Harap mereka maafkan aku kerana tak pasal-pasal jadi mangsa bau perfume aku dulu!

Sekarang aku tak mau lagi dah pakai minyak wangi yang macam ini... Nak kumpul duit dan beli yang memang betul branded - alah membeli menang memakai!

Minyak wangi mahal mungkin mahal, tapi tahan lama. Pakai sikit je, tapi baunya tahan lama. Sebab, pati minyak wanginya tinggi. Kalau ada pun alkohol mungkin rendah sangat percentage nya. Jadi minyak wangi tu akan tahan lebih lama sebab lambat nak habis.

Kalau minyak wangi murah, pakai sikit bau sekejap je. Tambah lagi sembur sana sembur sini. Dah tu cepat je hilang baunya. Tambah lagi sembur sana sembur sini. Tapi tak lama pastu baunya jadi pengit, silap-silap hancing ataupun bau macam,... hapak atau bacin. Dah pati minyak wanginya pun kurang - alkoholnya saja yang lebih. Baju kau kuning sana-sini bertompok-tompok pasal kau selalu sembur sana sini, dah satu hal. Satu hal yang lain pulak - kejap je habis minyak wangi tu.

Ni lah masalahnya bila orang tak pandai tapi nak memandai-mandai. Pakai minyak wangi disemburnya satu badan, dari hujung rambut/tudung ke ketiak turun pulak ke kain/seluar yang dipakai.

Baiklah kau tak payah mandi - kau bogel dalam bilik sorang-sorang dan sembur je minyak wangi tu dari atas sampai bawah satu badan, pastu pakai baju.

Ni mandi dah pakai sabun wangi. Syampu bau wangi jugak. Lepas kuar shower - pakai losyen wangi jugak. Deodorant pun wangi jugak. Baju bau sabun basuh yang wangi jugak.

Cumanya bau wangi barang-barang tu dah tentulah tak sama kan?

Check balik kau pakai sabun mandi/syampu/losyen/deodorant tu semua, baunya sama tak?

Lainlah kalau kau pakai satu rangkaian produk yang sama - buat fragrance layering. Contoh:- laburlah lebih sikit gi cari di Sogo [mereka selalu ada sale - tak pecaya pegi tengok sendiri], cari yang satu set. Beli satu set lebih murah dan silap-silap, dapat hadiah yang cambest gitu.

K, berbalik kepada cerita fragrance layering tadi - kau mandi pakai shower gel yang sama bau macam bau perfume ko pakai karang - tak ke itu jauh lebih baik?

Sebab baunya sama, ia jadi harmoni dan bau badan kau pun takdelah hancing ataupun pengit...

Kalau nak kirakan mahal - baiklah lagi pakai yang mahal daripada yang konon nampak macam mahal/berbau mahal tapi nampak sangat cikai. Katakanlah yang berjenama mahal tu adalah dalam RM300-400 satu set yang ada shower gel/losyen/deodorant/perfume spray, hitung balik kalau kau beli perfume murah-murah yang berharga RM30-40, kalau satu minggu 5 hari kerja pun dah setengah botol habis, tak ke sama juga jadi RM300-400 kalau beli lagi nak dekat 10 botol?

Kau tak nak susah, terpulanglah. Tapi jangan marah kalau satu hari nanti ada orang akan termuntah secara automatik sebaik saja kau berdiri walau sekejap pun kat depan dia. Jangan touching bila ada orang tegur bau minyak wangi kau meloyakan tekak ataupun memeritkan hidung pasal macam bau kencing kucing atau bau t**k anjing!

Terima kasih kerana sudi membaca pengalaman pengit yang memeritkan dan hancing yang menyesakkan hidung, yang hampir setiap hari terpaksa aku hadapi di sini...

DAYANG NURFAIZAH - PINTA KU YANG TERAKHIR

Ingin ku pandang wajah mu di setiap ketika
Tiada jemu biar pun terluka, oh
Ingin dibelai selalu bagaikan waktu dulu
Rasa bahagia dalam dakapan mu,...
Ku rindu wajah dan senyuman mu
Memberikan cahaya di dalam setiap mimpi-mimpi ku
Kau pergi membawa hati ini
Tinggalkan ku sendiri dalam sepi
Lafazkan cinta dari bibir mu
Ingin ku dengar sekali lagi
Lafazkan dari hati, tulus dan suci
Serahkan cinta abadi
Bisikan rindu terdengar syahdu
Pinta ku yang terakhir dari mu
Pinta ku hanya satu
Usah kau berlalu...

[Album : Seandainya Masih Ada Cinta 1999]

Antara lagu Dayang Nurfaizah yang cukup aku suka sebab melodi yang relaks, nyanyian yang tidak dinafikan lagi hebatnya dan lirik yang bersahaja tapi meninggalkan kesan yang mendalam.

Jiwang habis kalau layan lagu ni...

Permintaan terakhir seseorang yang tidak mahu orang yang disayanginya berlalu pergi dari hidupnya kerana dia terlalu menyintai orang itu, biarpun dia tahu yang dia sering disakiti oleh orang itu...

Kes terdesak ke hape neh? Tak kisahlah - aku pernah dengar lagu yang jauh lebih terdesak daripada orang-orang yang sangat-sangat terdesak mengalahkan Desperate Housewives lakunya...

Lantaklah - yang pasti aku memang suka benar dengan lagu ni...

Oh ya, aku penah berjumpa Dayang sendiri secara live - alahai comel amat! Sebab dia genit saja orangnya. Yang paling penting - persembahannya memang mantap dan dia sendiri seorang yang sangat peramah... Adiba sendiri tercengang bila berdiri depan dia masa kitorang pergi ke bilik persalinan di belakang pentas Auditorium DBKL masa konsert R&B tahun 2008 yang lalu...

Apapun terima kasih kerana sudi melayan muzik Dayang Nurfaizah ni bersama aku!

AKU BINGUNG...

Semalam petang masa tunggu Mr. S sampai tuk jemput aku dan pulang ke rumah bersama-sama, aku tengah tunggu menonong je kat area jalan masuk ke opis, tempat biasa aku tunggulah...

Tengah menonong-nonong cam takde apa-apa masalah, aku terpandanglah seseorang neh... Dia memang biasa aku nampak - petang-petang dia akan tunggu seorang perempuan dan bawa dia balik naik motor. Takdelah apa yang pelik sangat mengenai perkara tu kan?

Tiba-tiba petang semalam jadi pelik betul keadaannya.

Dia pandang arah aku dan berkata sesuatu, tak dapat pulak aku tangkap butir bicaranya... Yang kedengaran hanyalah 'terima kasih' dan 'pasal semalam'... Tu pun kalau betul dia cakap semua tu... Tapi, pasal apa?

Aku pandang kiri kanan & belakang aku, takut yang sebenarnya dia bercakap dengan orang lain, tapi memang sahih - dia memang bercakap dengan aku!

Matanya memandang tepat ke arah aku dan dia bercakap sambil tersenyum ramah.

Aku mula diburu rasa,... pelik yang amat sangat...

Siapa dia nih? Apa yang dia maksudkan?

Sambil dia bercakap tu sambil dia lalu depan aku, atas motor dia dan menuju keluar dari jalan masuk ke opis tu... Aku tercengang dan ternganga semaunya pasal apa yang berlaku tu...

Tetiba aku ternampak sorang opismet aku, Kak Misah yang kebetulan terdengar/ternampak kejadian tu. Terus aku tanya dia...

"Amenda dia cakap tadi kak? Saya tak faham langsung lah!"

"Tah... Dengar cam dia kata "terima kasih la pasal semalam!". Bukan tu ke yang dia cakap?"

"Eh bia betik! Apakah maksud semua iniiiiiiiiiiiiiii," sambil aku membuat ekspresi muka paling dramatik kat situ... Mujur pakcik yang tengah bertenggek kat motor dia tu tak pandang aku pelik...

Sambil melambai, Kak Misah ketawakan aku yang tengah bingung tahap bengong.

Dan mengucapkan "Babai!" sambil keluar dari kawasan jalan utama masuk ke opis.

Tinggallah aku terpinga-pinga dalam kebengongan yang amat sangat.

Tiba Mr. S sampai, aku terus tergelak dan menceritakan kepadanya apa yang berlaku.

Dia pun sama heran...

Terima kasihlah kerana sudi membaca tentang kebingungan aku ini...


Wednesday, July 8, 2009

ONE TOO MANY ME


Call me crazy or camwhore, but I just love taking my own photos...

At first I was curious about my look from different angles in photos, especially in the close range shots.

Then it became a habit. A hard to kicked one, even when my close, loved ones were kinda furious about it - I just can't kick it away. It stuck, just like a bad pimple scar on your face.

Today, I came across an editing tool for pictures called Picasa from Google - trust me when I say this is a very good tool since it's very easy to use...

Not to mention, the finished result looked like I've been some kinda pro or something...

If you look really carefully - you'll know exactly what I mean. Especially when you see me in person almost everyday... :P

Thanks a lot for reading about my craze - the self-spontaneous mobile-photography and of course, the newly found [thanks to KazaKarina Jelita for telling me about this great thing called] PicasaPosted by Picasa


MARI MEMULAS!







Mari makan buah pulasan...

Ingat aku nak ajak apa tadi?

Terima kasih kerana tak pikir lain [kalau korang tak pikir lain la pas tengok tajuk entry ni tadi!]

PAGI SEBELUMNYA...

Pagi-pagi lagi aku dah menebeng kat opis orang dengan muka kurang malunya heheheh...

Kak Sherin gitau yang dia ada bawakan jus untuk aku rasa. Jus batang saderi [dah macam Wonderpets la pulak, makan batang saderi hehehe...] dengan belimbing ke, kalau tak silap aku... Sedap juga walaupun mulanya terasa cam gonjeng hahahahah...

Warna hijau sama cam baju aku ok? Nyam2! Eh, slurrrppp kan?

Sempatla aku minta Kak Sherin betulkan mekap mata aku, yang tetiba je aku rasa macam,... salah cara je aku tonyoh. Dia betulkan dengan Lemonish Green & an unidentified darker green, bagi menggantikan Olive & Ivory Black yang aku pakai sebelum tu...

Sebelum jumpa Kak Sherin...

Selepas jumpa Kak Sherin...

Gambar tak berapa clear lah... So tak ketara sangat kot perbezaannya...

Dalam pukul 11 lebih kot, aku dipanggil oleh bos aku yang ada bengkel di Tingkat 30, untuk membawakan beberapa dokumen yang dia perlukan urgent...


Punyelah boring tunggu lif... *sigh*
Fuh lama gila aku tak jejak tempat neh... Kali terakhir masa sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun 2005 ke...


Walaupun gambar ni agak kabur, tapi aku suka sangat!

Terima kasih kepada Kak Sherin atas kebaikan anda...

Terima kasih banyak juga kepada yang lain, kerana membaca kisah waktu pagi aku untuk hari semalam!


PETANG SEMALAM...

Petang semalam [Selasa 070709] hujan... Ingatkan bila nak balik dah cerah sikit, rupanya sekejap cuma...

Mujur dah sampai rumah baru hujan turun dengan lebatnya...

Tapi dalam perjalanan balik ke rumah petang semalam aku perasan yang langit sangat,... cantik...

Maha Besar kuasaNya...
















Cantik kan?

Terima kasih kerana sudi membaca & berkongsi pendapat dengan aku...


Tuesday, July 7, 2009

BERBUAT BAIK VS BUAT-BUAT BAIK

Ada beza yang besar sangat antara dua kenyataan yang menjadi tajuk entri ini.

Aku sendiri bukanlah seorang manusia yang baik sangat, jauh sekali dari bersifat maksum [terpelihara daripada dosa, macam Rasulullah SAW]...

Tapi apa luaknya kalau kita berusaha supaya diri kita berubah menjadi orang yang jauh lebih baik daripada sebelum ini dengan melakukan benda-benda yang mengarah kepada kebaikan, walaupun dalam skala kecil?

Bukankah pernah kita belajar di sekolah rendah dulu - sikit-sikit lama-lama jadi bukit?

Memang betul, itu falsafah untuk menggalakkan kita menabung. Tapi boleh juga kan dijadikan prinsip untuk kita berubah jadi lebih baik - selalu buat sikit-sikit, lama-lama terbiasa dan tak kekok bukan?

Ada yang selalu aku terfikirkan - kenapa orang perempuan [yang sepatutnya bersikap jauh lebih baik daripada orang lelaki] dan orang bangsa aku sendiri [yang kononnya terkenal dengan adab sopan dan penuh ketimuran], jarang sangat nak buat benda-benda ni:-

1. Bila orang tahankan pintu lif untuk beri dia masuk, dia ucap terima kasih dengan penuh ikhlas, tanda benar-benar bersyukur sebab ada hamba Allah yang sudi tolong dia, kalau tak belum tentu dia dapat naik lif tu...

2. Bila nak menyelit di celah keramaian, dia akan ucap sekurang-kurangnya "Excuse me" dan terima kasih bila orang beri dia laluan.

3. Bila dia nak mencelah perbualan orang lain, dia akan meminta maaf kerana mengganggu dan mengucapkan terima kasih, kerana membenarkan dia untuk mencelah kerana terpaksa.

4. Dan banyak lagi contoh lain yang boleh anda fikirkan sendiri...


Apa luaknya bersikap baik pada orang, terutama sekali bila orang sudah memberikan kita pertolongan, walaupun kecil tapi cukup-cukup membantu sebenarnya?

Sedangkan kita selalu buat-buat macam kita baik sangat bila tiba bab-bab yang memerlukan kita buat-buat baik. Banyaklah contoh... Takkan nak aku senaraikan satu-satu benda-benda yang selalu kita buat-buat macam kita ni baik?

Macam aku dah nyatakan sebelum ini - aku sendiri bukan baik sangat, tak mulia mana pun darjat aku dan takkan pernah naik pun taraf aku sampai dah tak jadi manusia biasa hanya kerana aku sering cuba untuk berbuat baik.

Tapi aku memang tak faham apa yang luak sangat untuk orang-orang ni, berbuat baik semula kepada orang-orang yang mereka terjumpa atau akan membantu mereka, tak kiralah pertolongan kecil seremeh membukakan pintu ataupun yang sebesar-besarnya, seperti meminjamkan wang masa kita susah dan sebagainya lagi.

Kadang-kadang bila aku terasa seperti 'perlu' bila terjumpa orang-orang macam ni, aku akan buat 'reverse psychology', walaupun aku tak pernah ambil subjek itu di U dulu [pasal course kau ni mana ada belajar psikologi lah bongok!] dengan penuh selamba dan penuh dengan lakonan yang meyakinkan.

Contohnya:-

1. Aku tengah beratur tunggu giliran beli tiket di stesen LRT. Tiba-tiba aku terasa ada orang melanggar bahu aku. Tengok-tengok rupanya ada beruk betina main langgar je aku masa jalan. Dan-dan lah aku cakap dengan sekuat hati, "MINTA MAAF YE, TAK SENGAJA TERLANGGAR!". Biar orang pandang... That's the whole point of doing it, right?

2. Aku dalam lif yang pintunya hampir tertutup bila tiba-tiba aku terdengar suara seorang perempuan minta pintu lif dibuka semula. Bila dia dapat masuk, bila dia buat dono dengan aku dan aku akan terus cakap, "SAMA-SAMA...", sambil tersengih sinis pada orang yang paling dekat dengan aku... Nak marah? Pehal?

3. Aku tengah bercakap dengan pelayan di restoran bila tiba-tiba ada beruk betina yang tiba-tiba datang mencelah, meminta diberikan beg plastik atau apa saja yang dia perlukan dalam kehidupan beruknya itu. Serta-merta aku akan berhenti bercakap [yelah pasal pelayan tu pun bangang pegi layan dia dulu kenapa? Pasal t**ek dia besar? Pasal b***ot dia besar? Pasal dia pakai baju nampak lurah masam t**ek dia yang besar berkepam tuh?], pandang tepat ke muka beruknya itu dan berkata "MAAF YA MENCELAH,..." dan tersenyum mengejek padanya supaya dia tahu, muka beruknya yang dia saja-saja buat-buat muka baik tu takkan dapat menipu semua orang, yang disangkanya bodoh macam dia juga...

4. Dan macam-macam lagi yang aku rasa, boleh membantu aku melalui saat-saat yang sewaktu dengannya tanpa perlu aku melakukan kecederaan fizikal kepada pelaku-pelaku ini...

Dah Tuhan jadikan sebagai manusia yang ada akal fikiran 'percuma tanpa perlu bayar sebarang ansuran bulanan' pun luak sangat nak guna dengan baik supaya dapat berbuat baik kepada orang lain [tanpa perlu sebarang bayaran pun] - baik lah jadi beruk betul-betul, dah tentu-tentulah benda alah tu haiwan kan - tak perlu guna akal sangat...

Terima kasih kerana membaca mengenai beruk-beruk yang banyak aku jumpa & membantu aku memeriahkan suasana supaya aku sendiri tak terlalu stress, sepanjang hidup aku ini...

CEKODOK NASI

Sebagai menjawab soalan & kemusykilan yang telah ditanyakan oleh Kak Sherin berkenaan cekodok nasi dalam entri aku sebelum ini, aku letakkan di sini resepi cekodok nasi yang aku buat tu ari...

Bahan-bahan:-

4 cawan tepung gandum
1 mangkuk sederhana nasi sejuk
1 labu bawang besar saiz besar - parut/tumbuk
1 biji kentang sederhana besar - parut
1 genggam penuh udang geragau/ikan bilis (kalau guna ikan bilis, tumbuk)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak banyak untuk menggoreng

Cara-cara:-

1. Rendam nasi sejuk dengan air, ketepikan.

2. Dalam satu mangkuk besar, masukkan tepung, bawang yang telah diparut/ditumbuk, kentang parut, udang geragau/ikan bilis, nasi sejuk yang sudah direndam tadi [terpulang nak guna airnya atau tak] dan garam.

3. Gaul dengan air sehingga mendapat kepekatan/kecairan yang diingini. Jangan gaul terlalu laju atau terlalu lama untuk mengelakkan cekodok menjadi terlalu keras/liat apabila dimakan.

4. Panaskan minyak dalam kuali dan dengan menggunakan sudu, jatuhkan adunan dengan berhati-hati supaya minyak panas tidak terpercik pada tangan. Pastikan api dapur sederhana besar dan balikkan cekodok apabila ia sudah 'terapung' di permukaan supaya masak rata.

5. Bila sudah garing/masak rata, angkat cekodok dan toskan minyak sebelum dihidang dengan sos cili ataupun sambal pilihan anda.

Selamat mencuba!

Terima kasih kerana sudi membaca resepi mengarut ini - kalau dah cuba jangan lupa gitau aku ok?


Monday, July 6, 2009

FRANCISSCA PETER - SEKADAR DI PINGGIRAN

Tiada guna kau berpatah arah
Jika niat mu menyambung kasih
Apalah ertinya di sebalik
Tangisan atau rintihan

Untuk apa kau kembali lagi?
Sekadar hanya untuk menyakiti?
Cukuplah sudah, di sini saja
Biar aku pendam, duka...

Hati sedih, hati pedih
Mengenangkan keindahan
Bersamamu...

Tidak ku sampai ke puncak sana
Apalah daya, bertahan cuma
Di pinggiran
Yang memilukan...

Jauh sekali di sudut hati
Menyimpan dendam
Yang amat mendalam

Akan ku sahut
Nama mu oh sayang
Sewaktu ku kesunyian...

Lenyapkanlah kisah,... pilu...

[Album : Sekadar Di Pinggiran 1986 ]

Salah satu lagu lama yang cukup aku suka dan masih kekal dalam ingatan aku sepanjang aku hidup ni...

Abah cukup suka lagu ni kalau aku nyanyikan tiap kali kami karaoke di pejabatnya, dulu-dulu...

Bukan lagu ni saja yang aku suka, malah kebanyakan lagunya sebab penyanyi keturunan Serani - Cina ini memang berbakat dalam bidang seni suara. Suaranya yang unik dan tersendiri telah banyak kali kedengaran di radio dan televisyen.

Lagu ni sangat terkesan di hati aku terutama sekali kerana ia merupakan pemenang anugerah Juara Lagu pertama iaitu pada tahun 1986.

Komposer lagu ni adalah Manan Ngah dan penulis liriknya adalah Lukhman S.

Aku ingat lagi dulu-dulu masa nak pukul 12 tengah malam [sebelum habis siaran TV] mesti ada lagu patriotik Setia yang disiarkan di RTM. Francissca Peter lah yang akan menyanyikan lagu tu...

Yang lagi kelakar masa 'konvokesyen' Tabika Kemas aku [masa tu tahun 1987], aku kat atas pentas nyanyi lagu Setia tu dengan penuh selamba aku - tapi aku ingat Abah boleh tergelak-gelak sampai nak keluar air mata sambil tergeleng-gelengkan kepalanya bila tengok aku menyanyi.

Hmm,... kenangan dulu-dulu...

Terima kasih kerana sudi membaca entri yang mungkin juga membawa anda kembali ke memory lane anda sendiri...


NAIF - BENCI UNTUK MENCINTA

Oh, betapa ku saat ini
Ku cinta untuk membenci,... membenci mu...

Oh, betapa ku saat ini
Ku benci untuk mencinta,... mencintai mu...

Aku tak tau apa yang terjadi
Antara aku,... dan kau
Yang ku tau pasti
Ku benci untuk mencintai mu...

[Album : Retropolis 2005]


Ini lagu artis seberang, kumpulan rock Naif yang aku mula rasa suka dengan hasil karya mereka kerana mereka ini memang,... bagus & unik. Retro habis pun ya jugak...

Liriknya mungkin sangat pendek, tapi dengan olahan dan susunan muzik yang baik dan menarik menjadikan lagu ini benar-benar mendamaikan jiwa yang mendengarnya...

Aku pernah tengok klip video mereka untuk lagu ini dan aku terus suka sebab idea retro yang unik dan penuh seni dalam menyampaikan maksud lagu ini...

Terima kasih kerana melayan kerenah muzik aku [yang amat susah difahami orang kadang-kadang] ni!

ADEH TERINGIN LA PULAK!


Adunan cekodok yang mengarut...

Dalam minggu lepas, aku ada buat cekodok mengarut yang aku rasa, sedap sangat walaupun macam mengarut... Apa daa yang aku ngarutkan neh...

Masa tu malas nak makan nasi malam-malam, tapi lapar la pulak! So, apa yang ada kat dapur tu aku olah untuk buat cekodok neh...

Cicah pulak dengan sambal sardin - fuhhh - makan tak pandang kiri kanan lagi dah la pastu!


Ni cekodok nasi. Pertama kali aku buat, selepas terlalu lama terfikirkan tentangnya semenjak pertama kali aku terdengar daripada seorang pegawai kat tempat aku ni [sekarang puan ni dah jadi bos Zura - heheheh]...

Pegawai neh memang suka memasak dan akan gunakan apa je bahan yang ada di dapurnya. Tu yang muncul idea cekodok nasi neh - daripada dia lah!

Walaupun aku rasa cam kelakar tapi memang sedap rupanya... Tapi tak taulah mana silap aku cekodok tu tak berapa nak lembut - dek lapar punya pasal, habis juga kitorang berdua makan!

Paling best pasal cicah lak dengan sambal sardin - pergh... Wa cakap lu...




Terima kasih kerana sudi membaca catatan tengah lapar aku ini!

A SHORT, LONG WEEKEND

After a busy, hectic 5-day working-our-asses-off-our-underpaid & unappreciative, overwork-job, I guess I got lucky when Mr. S brought me over to Port Dickson to attend his office's so-called Family Day. Well, not that I care much about the family day itself as I was more keen on getting my poor tiresome body some stress-relieving salt water therapy a.k.a mandi laut, hehheheheh...

After the water therapy plus some gravity-defying acts [hahahahaha you must've hated my poyo-ness by now right?] on the banana-ride, pulled by a fast boat around the deeper water, we dined & had fun poking jokes on ourselves whilst waited for the Lucky Draw event. Mr. S & I were lucky indeed, when we got ourselves one of the hampers & a box of chocolate [jadilah kan - syukur alhamdulillah!]...


I got kinda sick after dinner and decided to lay back at the TM rest house's pool side, when Mr. S got me some burnt, barbecued chicken & shrimps [the burnt part wasn't his fault at all - the person in-charge of barbecuing was]. Just before going back to the room, we got our mouths full with the pungent yet delicious flesh of durians!

While laying down by the pool side, I watched the beauty of the night time... Hurmmmm...

Oh my, my tummy was sooooo full that I looked like I was like 3-4 months pregnant! We slept like babies when I realized that my tummy was kinda hurt at like, 4 a.m. that I gotta get up to find my ointment... It was raining outside and I guess that's the reason why we were sleeping like babies!

At 10 a.m. the next morning, we headed back to KL since we've got a wedding to attend to with my Momma, Amil & Adiba tagging along. The wedding is my younger cousin's and was held at his parents' home at Kampung Bukit Bangkong, Sepang. We took off at around 1 p.m. from KL and we got there at around 2 something.

Us - before Adiba & I were asleep :)

The day wasn't that bright, sun-shining day but it was hot [berbahang] - I was sweating like hell and I got rashes popped out here, there and everywhere after that... I took the chance to meet my relatives and after a while, we congratulated the bride & the groom, the parents and said goodbye to all of them, we sped to my Grandma's house at Kampung Tanjung Sepat, Banting.


The beautiful bride and the handsome groom [in army attire], in all white...


The banner welcoming all the guests to the kenduri - featuring all the family members of the groom. Oh ya, the groom is the second son and this is the first wedding of the family.
















She's not one of the flower girls - in fact, her elder sister [one of the flower girls, in the last photo, wearing red shirt] put the dress on and boy, we had fun taking plenty of her pictures - mengalahkan pengantinnya pulak!


One of my many nieces yang betul2 jadi one of the flower girls...


And as usual my Father would be easily spotted under the live band/emcee's tent - to let the world know that he's a singer too...

Lucky Nenek was at home and we visited her for almost an hour plus.

Nenek, unfolding the wrapper of baulu gulung, for us to eat...

Amil & Diba, doing their funny faces....


Tired & sweaty, plus the menacing headache caused by drinking cold, icy water at the earlier kenduri...

Right about 8 something we reached KL. Phew,... I was grateful we were okay all way through and after doing some packings [lauk kenduri etc2], we drove back to our home and unwind after a long weekend with so short time...

Ahhhh, who would have thought a weekend [of relaxation] could be this tiresome?

Thanks a lot for reading my so-called travelogue!