.: COUNTLESS THANKS TO :.

Sunday, June 28, 2009

WALK HARD:THE DEWEY COX STORY


Poster filem yang mengambil pose ala Jim Morrison [penyanyi kumpulan The Doors] yang sememangnya dikenali ramai (padanlah aku rasa cam familiar je aksi mamat sengal neh!)


Cerita lawak yang mengumpulkan banyak legenda muzik dan dijadikan satu parody filem-filem lain dalam genre biografi ahli muzik ini mengisahkan seorang "penyanyi lagenda" di Amerika, yang bernama Dewey Cox lakonan John C. Reilly [Talladega Nights:The Ballads of Ricky Bobby, The Perfect Storm, The Aviator, Dark Water]. Dewey Cox bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi terkenal selepas mendapati dirinya seorang yang berbakat semulajadi dalam bidang muzik.

Perjalanan mencipta namanya itu telah menemukannya dengan pelbagai ahli muzik sebenar dan memang terkenal dalam sejarah muzik Amerika Syarikat dan juga telah menunjukkan pergelutannya dalam mengimbangkan kehidupan sebagai ahli muzik yang sentiasa bergerak untuk mempromosikan muziknya dan terpengaruh dengan pengaruh2 negatif [dadah, seks bebas, alkohol dan kaki perempuan] dengan kehidupan sebagai seorang lelaki yang sudah berkahwin dan menjadi ayah kepada ramai anak.

Filem komedi tahun 2007 ini telah ditulis bersama oleh pengarahnya Jake Kasdan dan Judd Apatow.

Yang menariknya tentang filem ini ialah hampir kesemua lagu yang didendangkan oleh watak fiksyen Dewey Cox ini dinyanyikan sendiri oleh John C. Reilly, yang turut memainkan sendiri gitar dalam menjalankan wataknya. Dia memang boleh menyanyi dengan baik - serius, aku tak tipu... Tontonlah filem ni dan nilaikan sendiri betul atau tak dakwaan aku neh...

Filem ni sekarang sedang ditayangkan di HBO so sesiapa yang ada Movie Package - anda patut menontonnya dan semoga anda terhibur!

Terima kasih kerana membaca sedikit sebanyak tentang filem yang melucukan tetapi juga unik dan mengagumkan ini...


No comments: