.: COUNTLESS THANKS TO :.

Tuesday, June 23, 2009

SIRI BERCAKAP DENGAN DIRI SENDIRI


"Kenapa kao suka blog Mi?"

Aku selalu ditanya soalan ini oleh beberapa orang yang berkesempatan untuk bertanyakan minat terbaru aku neh...

Jawapan aku mudah & dorang dah tau pun [tengok soalan meka betul2]...

Sebab aku SUKA. Kalau TAK SUKA, TAK BOLEH BUAT benda2 macam ni...

Sebelum aku mulakan blogging sebagai salah satu aktiviti harian yang wajib dan rutin, aku pernah tanyakan diri aku sendiri soalan2 yang jauh lebih mengarut supaya aku betul2 tahu apa yang aku buat sebenarnya...

#1 - Pasal apa ko nak blog? Kalau setakat nak ikut2 orang lain buat - TAK PAYAH... Jangan mulakan benda yang ko takkan boleh habiskan... Jangan menggatal buat benda kalau tak nak buat dengan baik & betul2.

- Aku tengok cambest jek orang lain buat... Pe salahnya aku cuba kan? Bak kata Zizan Raja Lawak - tawakal innahu, tok terai tok tahu... Lagipun tak salah kalau bercerita pasal diri kita - bukan semua orang tau pasal diri aku kan?

#2 - Apa benda yang ko nak sangat bagitahu orang?

- Pasal life aku - apa minat aku, apa yang aku tak suka, apa yang aku gemar...

#3 - Apa kejadahnya yang ko gemar sangat tuh? Ngaku jelah,... ko cuma terpengaruh je dengan blog orang lain neh...

- Ye, aku memang terpengaruh dengan blog2 lain yang jauh lebih hebat & lebih menarik daripada aku... Tapi aku percaya - blog aku akan jauh BERBEZA daripada orang lain punya...

#4 - Ok, ok... Kalau ada orang kata yang ko ni PENIRU @ TAKDE IDEA/KREATIVITI SENDIRI, camne? Ada bran?

- Well, orang bleh kata apa je dorang nak... Tapi yang aku tau aku bukan spesis2 tu... Aku mungkin tak inisiatif tapi aku inovatif... Aku takkan amik bulat2 idea orang lain dan tampal kat blog aku neh... Aku akan olah semula dalam ayat & konteks penyampaian aku... Tapi aku takkan lupa letak kredit & link kan kepada tuan punya karya asal sebagai tanda menghargai kerja2 mereka.

[Dan banyak lagi soalan yang tak kuasa pulak rasanya aku taipkan satu2 di sini - pasal aku tau korang pun takkan larat nak baca kan - tak baek tipu - ngaku jelah! :D) ]

- End Of Discussion -


So selepas siri bercakap dengan diri sendiri yang telah berlaku beberapa kali sehingga aku terpaksa benar2 mempertimbang segala pro & kontranya untuk memulakan aktiviti blogging, aku pun beranikan diri memulakan 2 blog berbeza yang aku bahagikan mengikut keperluan aku - blog melepaskan kemarahan terpendam yang tak boleh diceritakan menggunakan kata2 lisan dan blog yang menceritakan selain daripada kemarahan...

Hasilnya aku selalu berada di blog yang kedua [yang korang tengah dok adap skarang ni lah...] sebab aku cuba untuk membanyakkan perkara-perkara positif yang boleh aku hasilkan bila berada di sini... Sebab orang ramai tau aku punya blog yang ini saja - jadi baik aku tumpukan kepada menghasilkan benda2 yang berfaedah atau setidaknya baik untuk dijadikan bahan bacaan kan, daripada asik tumpukan pada perasaan2 negatif yang melanda diri aku selalu tuh?

Jadi TERIMA KASIH kerana sudi membaca hasil nukilan aku di sini...

It means a lot to me, really...

So let us talk on why do you blog at the first place, ok tak?

Looking forward to read your reply/ies soon!



No comments: