.: COUNTLESS THANKS TO :.

Friday, June 5, 2009

SALAH SIAPA?

Di sebuah kawasan perumahan yg penduduknya majoriti berbangsa Melayu, berpendapatan sederhana/rendah...

Waktu malam, kebanyakan orang mengambil peluang berehat bersama keluarga, sebelum menghadapi hari esok. Ada yang mengambil kesempatan untuk menyediakan segala keperluan untuk hari esok atau menjalani rutin harian seperti biasa...

Tiba-tiba terdengar satu jeritan. Ramai yang sedang berehat2 dan sudah bersedia untuk tidur, tidak ambil pusing sangat dengan jeritan sebegitu, kerana sudah terlalu kerap mereka dengar...

Maklum sajalah, ramai yang tidak begitu peduli di mana anak bujang mereka berada, baik lelaki mahupun anak perempuan, kerana bagi mereka, masih lagi dalam kawasan perumahan/kampung, nak risau apa?

Melepak sampai dinihari, memetik gitar kapok, menyanyi sekuat hati ataupun terkinja-kinja "shuffle" sambil melayan lagu techno di telefon bimbit masing2 & bergelak ketawa serta terjerit pekik bergurau sesama mereka - itu semua dah terlalu biasa berlaku - apa nak heran bila terdengar suara menjerit lelaki ataupun ketawa mengilai perempuan tiba2 tengah malam macam ni?

Semua orang buat tak tahu saja dan meneruskan saja rutin kehidupan mereka macam biasa... Masuk tidur dan bersedia untuk hari esok, macam biasa...


Di satu kawasan, berhampiran sangat dengan rumah2 orang di kawasan perumahan yg tersebut di atas...

Dia hanya mahu pulang ke rumah. Dia berjalan kaki sahaja daripada stesen LRT, perlahan-lahan tetapi tetap langkahnya. Jalan itu biasa sangat dia lalui... Tiada apa yang nak dirisaukan, macam biasa...

Dia hanya mahu pulang ke rumah. Untuk merehatkan badan & melelapkan mata selepas seharian penat bekerja mencari rezeki untuk dirinya serta saudara kandungnya. Kedua ibu bapa mereka telah tiada... Jadi mereka cuma ada diri mereka untuk sama-sama dijaga.

Dia hanya mahu pulang ke rumah. Tiba-tiba dari kereta yg diletakkan di tepi jalan yang biasa dilaluinya itu, keluar 2 orang yg menuju ke arahnya dan mula memeras ugutnya.

Dia hanya mahu pulang ke rumah. 2 lelaki tadi terus-terusan memintanya duit, dia mengatakan yg dia tidak berduit, dia bukan orang senang. Hinggap satu penumbuk ke perutnya yang masih belum berisi sejak petang tadi, kerana dia benar-benar tidak berduit untuk membeli makanan. Singgah pula satu tumbukan lain di dagunya, hingga dia terbaring di jalan yg kotor itu.

Dia hanya mahu pulang ke rumah. Untuk mengisi perutnya dengan makanan yg saudara kandungnya sudah simpankan untuknya, kerana kakaknya tau adiknya belum makan lagi. Tapi rayuannya supaya tidak lagi diapa-apakan kerana dia benar2 tidak ada duit untuk diberikan kepada 2 lelaki bangsat tadi, seolah-olah dibawa angin lalu... Jeritannya meminta tolong seolah-olah tidak kedengaran dek penduduk keliling, kerana tiada siapapun peduli untuk membuka pintu rumah masing-masing, sekurang-kurangnya buat2 menjenguk mencari punca jeritan meminta tolongnya itu.

Dia hanya mahu pulang ke rumah. Rumah yang sudah sangat dekat jaraknya, tapi dia masih gagal melepaskan diri dari cengkaman 2 lelaki bangsat yg tetap mahukan duitnya. Dia merayu & menjerit sekuat hati, meminta tolong supaya 2 lelaki bangsat itu berhenti dari membelasahnya kerana cukup-cukuplah darah yang sudah keluar daripada kepala & mukanya, membasahi bajunya yang sudah koyak-rabak akibat ditarik oleh 2 lelaki bangsat itu...

Dia hanya mahu pulang ke rumah. Ya, rumah! Itu sahaja yang menjadi punca semangatnya. Dalam teruk dibelasah oleh 2 lelaki bangsat itu, dia berjaya meloloskan diri akhirnya, dan berlari menuju betul-betul ke arah rumah jirannya. Melihatkan keadaan itu, 2 lelaki bangsat itu pun melarikan diri kerana tidak mahu mengambil sebarang risiko...

Dia hanya mahu pulang ke rumah. Tapi dia hanya mampu sampai ke pintu rumah jirannya. Dengan tangan terketar-ketar dan pandangan mata yg semakin kabur serta suara yg semakin hilang kerana tenaganya sudah berkurangan dek bergelut dengan 2 lelaki bangsat tadi, dia cuba mengetuk pintu jirannya, tapi gagal...


Di satu blok perumahan yang paling dekat dengan kawasan kejadian...

Semua orang keluar dari rumah mereka. Cuba mencari punca huru-hara yang mengejutkan mereka daripada rutin mereka. Cuba menjawab persoalan yang timbul di hati & benak mereka...

Terdengar kecoh dari sebuah rumah... Sudah ramai yang berada di situ mengerumuni sekujur tubuh yang sudah separuh mati dan berlumuran darah...

"Ingatkan budak-budak main2 kat sini tadi... Tak tau pulak ada orang kena pukul..."


Salah siapa skarang?





2 comments:

sherin said...

aiyo.. planet mana yg ada org2 yg macam tu.. bukan ke org malaysia orng yg prihatin @ buzybody.. hahahah....

ish.. takut la dengan bila di negara kita ne yg masyarakat nye mula wujud sikap 'lu, lu, wa, wa'

eieeeya.... xmolaaa... u garu my back i garu la yours aaa..

k1m1_KaeMoS said...

hak3... planet mana apanye kak oi...

believe it or not, jadi kat jalan masuk umah saya je, umah saya ngadap jalan tu, tapi kita masa tu x bajet la orang dlm kesusahan...

pasal kat situ, ramai tak peduli anak2 dorang main/melepak kat luar sampai pukul brapa pon & tak peduli nak marah kalo budak2 buat bising...

last2 bila jadi cani kita lak yg takleh nak beza samada orang menjerit pasal kene pau [kene peras ugut] & blasah ataupun bunyi budak2 main, pasal dah sama je...

pelik betul dorang neh kan... padahal orang2 tua dulu2 mana la blaja tinggi2 pun, tapi dorang cukup arif dgn keadaan waktu malam bukan saja utk berehat malah juga waktu malam kan biasanyalah makhluk2 halus keluar @ paling senang nak berlaku jenayah, tu yg orang2 tua dulu selalu bising sebelum senja dah suruh masuk umah & waktu malam pun takleh buat bising, nak gelak pun jgn sampai melekek2, bila suka jadi suka sangat pun tak bleh kan?

pasal cani lah... sy memang salahkan sume orang kat situ pasal tak nak jaga anak2 masing... pastu bila anak tu terjebak masalah so-sial, disalahkannya cikgu tak mengajar kat skolah...padahal anak sendiri tu? buat pandai tapi tak nak jaga, serupa tak payah ada anak...