.: COUNTLESS THANKS TO :.

Friday, June 26, 2009

REKOD BERSIH YANG TERCALAR

Tadi petang Hubby jemput aku di opis dan kami bergerak ke opis dia pula, pasal dia kena O.T. This means that I have to take the bike home by myself and fetch him later at 9 something.

Macam biasalah aku ikut jalan yang biasa aku ikut - keluar dari ofis dia - lalu depan KTM & Mahkamah Syariah - lalu depan Muzium Negara - then masuk Jalan Travers...

Jalan Travers tu kan memang terkenal sangat dengan 'kelancaran' lalulintasnya... Aku pilih jalan paling kanan & dengan hati2, supaya tak terlanggar mana2 kereta @ side mirror kereta. Aku tak nak kuar RM tak pasal2 tuk ganti parts kereta orang... Sendiri pun bankrupsi...

Tetiba perjalanan aku agak terganggu bila ada satu Mini Cooper merah menghalang laluan tadi... Malas nak hon & celah ikut situ juga, aku terus ke kiri dan tanpa aku duga - ada satu motor lain dah berlaga dengan motor aku dan aku nyaris2 jatuh ke kanan aku, yg ada satu kereta lain.

Aku tergamam, tapi sempat aku meminta maaf pada mamat tuan punya motor tu sebab aku main keluar je tanpa bagi signal - sesuatu yg tak penah lagi berlaku sebelum ni...

Dengan badan yg benar2 masih terkejut, aku bawa perlahan je sampai ke rumah sebab aku rasa impak pelanggaran tadi tu agak, mengesankan pada fizikal aku... Pergelangan tangan kiri aku sakit, tengkuk aku pun rasa ketat je, kaki pun agak lenguh...

Padahalnya motor kami berdua bukannya rebah ke jalan tar ataupun terseret ke, tapi tersangkut throttle dia dengan handle kiri aku, tapi badan aku masih sakit...

Sampai rumah, pergerakan semudah membuka jaket pun amat menyakitkan. Kepala aku rasa sakit tiba2 tapi mujur tak lama...

Rekod bersih aku - 2 tahun percubaan tanpa sebarang kemalangan yg berpunca daripada aku - tercalar juga akhirnya...

Sebelum ni pernah juga aku kemalangan. Pertama sekali masa sekolah dulu - jatuh terduduk dari Vespa Abah - menyebabkan aku sampai hari ni senang sangat sakit pinggang & punggung kalau terhentak sikit pun...

Masa aku dating dgn Hubby dulu pas waktu keje, kitorang akan pegi ke parking Taman Tasik Perdana yang dekat dengan pintu masuk Bukit Aman tu... Dia ajar aku cane nak bawak motor RXZ... Mulanya ok je aku bawak, siap bawak dia lagi kat belakang - tapi bila aku bawak sorang dan nak U-turn, aku ilang kawalan dan motor tu terjatuh, bahagian hujung brek tangannya patah sikit dan aku menggigil2 ketakutan... Mujurlah tak cedera apa2... Kesian je kat motor dia...

Pehtu masa keje 7E dalam,... tahun 2004 ke... Dengan Abah jugak, kat Jalan Parlimen - Abah tengah laju, tak perasan polis trafik suh berenti, bila tiba2 Honda CRV depan dia berenti, terus la terlanggar bahagian belakang CRV tu, pecah la signal kiri dia... Seluar favorite aku pun terkoyak tang punggung, tah mana tah yang jadi punca koyak tuh... Bongok betulla...

Dalam tahun 2008, aku eksiden masa Leha baru2 bawak motor. Dia bawa Ego kawannya, sampai kat selekoh nak masuk umah kitorang dia ilang imbangan dan terus tergolek dog - aku plak terus tergolek2 terguling2 macam hero cite Tamil. Dia dah kena hempap dengan skuter kecik yang boleh tahan jugak berat nak mampus rupanya tu, ketakutan tak bergerak... Dalam kepayahan aku angkat la motor tu dari atas badan dia dan balik malam tu walaupun aku tak luka cam Leha, tapi aku takleh tido pasal badan aku sakit di sana-sini...

Aku biasanya sangat berhati2 bila tiba bab nak masuk celah mana pun... Samada aku beri signal ataupun angkat tangan minta laluan selepas aku berhenti dan memerhatikan keadaan jalan, baru aku akan keluar... Tapi tadi?

Nasib baik mamat tu tak marah aku dan beri aku jalan dulu. Tapi aku percaya, badan dia pun mungkin sakit juga akibat kesan motor kami berlaga tu... Aku takkan bleh lupa bunyi brek kecemasan dia & bunyi motor kami berlaga & tersangkut...

Sekarang ni pun sambil menaip, bahagian badan sebelah kiri aku bukan main lagi sakitnya...

Aku pun tak tau kenapa jadi macam tu tadi - aku memang biasanya sangat menjaga bab2 keselamatan semacam ini sebab aku tak mahu terbabit dalam apa2 kemalangan dalam apa2 jenis ataupun darjah kemalangan pun...

Rekod bersih yang puas aku jaga selama hampir 2 tahun ni musnah, sedangkan beberapa hari je lagi aku akan dapat lesen penuh...

Walhal sebelum ni aku bawak lagi laju, lagi bahaya dan lagi kering hati...

Tapi tadi?

Tipulah kalau aku kata, tak pernah aku terbrek emergency atau nak elak daripada dilanggar oleh kenderaan lain sebelum ni... Pernah juga aku nyaris terpelanting ke tiang lampu isyarat sebab brek emergency sebab ada kereta tu tak bagi langsung peluang untuk aku lalu dulu... Berapa kali dah aku siap terbayang tajuk akhbar hari esok - "Staf KLCH maut terpelanting ke tepi jalan" dan macam2 lagi...

Tapi tadi menyedarkan aku bahawa dalam sekejapan je - maut memang boleh melayang bila kita tiba2 tak alert. Bila tiba kejadian tu berlaku ianya pasti akan berlaku terlalu pantas sehingga kita belum tentu sempat pun terfikir tentang apa2, jauh sekali nak ingat nak mengucap ke, nak ingat mak bapak ke, nak ingat suami/isteri ke... Na'uzubillahiminzalik...

Aku bersyukur masih selamat fizikal aku & mamat tu, walaupun hakikatnya, jiwa aku terluka amat sangat sebab ini benar2 kali pertama aku alami secara fizikal...

Terima kasih kerana membaca luahan hati aku ini...




No comments: