.: COUNTLESS THANKS TO :.

Wednesday, June 17, 2009

RABU INI...

Pagi ni aku terlupa langsung yang ada Mesyuarat Agung KOOP di TT Titiwangsa. Semalam dah planning dah, pagi ni lepas touch card di lobi, terus shoot ke sana naik motor & aku takyah buang2 masa naik bas yang memang disediakan untuk kemudahan ahli Koop untuk sampai ke sana. Tapi nak wat cane, bila nampak member2 opis yang sampai ke opis agak lambat daripada biasa & bila meka bertanyakan aku dah pegi ke sana ke, baru aku teringat...

Last2 nak tak nak, pegi la jugak naik bas... Nasib baik bas baru yang cantik, bersih, selesa & air-cond nya pun sejuk lagi...

Tapi tulah, aku ada kat sana tak sampai 45minit pun...

Aku turun tunggu bas depan HQ pukul 9.30 - Bas sampai kul 9.45 - Sampai2 Stadium TTT mebi dalam kul 10-10.10 kot, jalan pun tak brapa nak lancar kan kalau area Jln Raja Laut neh - turun bas - gi daftar ikut nombor gaji - amik kupon2 kehadiran/undian/cabutan bertuah dsb - gi masuk dalam stadium - buang undi [orang2 yang aku tak kenal pulak tuh! nampak sangat aku tak sosial ek?] - gi kaunter lagi satu - isi lagi kupon cabutan bertuah - drop kupon cabutan bertuah - pusing2 sekali ternampak akak yang familiar - tanya dia mana nak tunaikan kupon wang tunai kehadiran - dia kata kene tunggu pasal dapat petang karang - "adeh, saya mana bleh lama kat luar kak oiii kang bos saya chari kang!" - "hah takpe bak sini nanti petang jumpa akak k kat opis?" - "ok tenkiu2!" - kuar balik dari stadium - tunggu bas dlm 10-15 minit - naik bas tunggu lagi 10-15 minit pasal tah mana pulak pakcik dreba tu pegi - pastu bas pun gerak kuar dari Titiwangsa - tertido dlm bas dari mana tah, sedar2 dah kat depan Stesen Monorail Bukit Nanas - singgah Wawasan drop orang2 sana - pastu sampai HQ kul 11 lebih... Jalan jem!


Ramai gila orang di sana!

Sesuatu di bahagian siling bas yang menarik perhatian aku... Katanya Exit tapi aku tak nampak apa2 handle yg bleh digunakan untuk buka pintu neh... Pastu aku terpikir, kalau2 berlaku kecemasan mesti orang tak paham cane nak bukak pintu neh - pasal tulisannya dalam bahasa cam Jepun ke apa tah...

Sempat pulak aku terlelap ek... Pasal best je rasa - kerusi empuk, air-cond lak direct kat kepala - hah apa lagi! Layankan sajalah mata yang dah berat tuh!

Masa tunggu pakcik dreba tu pun aku dah rasa ala2 syahdu gitu... tunggu time je nak pengsan...

Aku ingat lepas aku melalui kawasan ni kot yang aku terpengsan tuh... Ni la gambar terakhir yang sempat aku snap...


Terima kasih kerana sudi membaca catatan perjalanan yang sekejap inih...

3 comments:

sherin said...

hah! td bos tgk gambar awak.. kebetulan dia tgk akak tunjuk kan tempat emergency exit tu camne nak bukak.. dia kata logik nya semua orang patut tau. dia x buka mcm pintu tp tolak keluar jek.. or dari luarpun camtu gak...sama cam dlm kapal terbang.. erm.. bertekak jugak la kitaorang mempertahankan kata2 masing.. yelah dia kata ko naik kapal terbang xtgk ke fungsi pintu emgcy exit tu.. dah tentu la akak jawab.. org melayu xpenah naik kapal mesti cover line takut orng cakap jakun walhal mmg 1st time naik pun.. aaaa.. bidas membidas la kami tadi sampai naik kering tekak neh!

td g gak koperasi.. panas penat.. n bengang ngan mamat JKP poyo xkasi orng paking tepi jalan.. at least bg tau la cik paking kat sana ok.. ne tak suruh jalan jek!..bodoh!

last2 akak paking gak tepi jalan tp jauh dr mamat poyo tu.. (budak JKP tu pun mungkin pk akak poyo hahahahaha... sombong xnak tanya! ahaks!)

k1m1_KaeMoS said...

hahah time kasih kak sherin, kerana singgah di sini & kerana bos akak pun terbabit juga dalam ini gambar!

hahahaahaha
yg saya cuba maksudkan pada gambar exit tu adalah saya terpikirkan kemungkinan ada orang yang memang tak paham langsung dgn pintu tu ataupun dah time kelamkabut masa kecemasan berlaku kan, mana orang sempat nak pikir nak buka camana, jadi kalao tulisannya tak ditukar ke tulisan rumi atau ke dalam bahasa yg mudah difahami kan ke susah untuk orang gunakan pintu tu?

memang betul exit patutnya kita just tolak/tendang je, tapi just imagine la kalau memang ada orang yg tak terpikir cara tu time tengah kelam kabut emergency, at least kalau ada arahan dlm bahasa yg mudah difahami kan ke senang skit?

lagi best kalo ada gambarajah, cara2 menggunakannya kan?

hehehehe tak caya pulak saya akak siap bertekak dgn bos akak - nampak sangat memasing pun memerlukan diversion [lencongan] daripada rutin harian yg membosankan kan?

oo akak pegi drive sendiri ke? ngape tak naik bas je, kan ke lebih senang?

ele budak jkp tuh, sebenarnya dia pun dah jatuh ati dgn akak tuh, tapi saja2 buat kerek [biasaklah cover line kan]... cuba kalau akak senyum dan cakap manja2 - sure cair punya dia!

sherin said...

ahaks! hampeh!.. kenala tackle mamat jkp tu.. tp xdapek coz 2 eko mamat kat opis ne polow skali.. huhuhuhu...

tp itulah yg digaduhkan dengan bos smlm cara2 membuka pintu exit bile time kibut2 mana nak pk jadi bijak.. lain la kalo mcm cite ompteh tetiba jek leh bijak nak pk jalan kuar...