.: COUNTLESS THANKS TO :.

Tuesday, June 30, 2009

POSTO TAK BERTAULIAH

Dalam satu-satu tempat yang memang ramai manusia pasti banyak pula ragam dan rupanya. Bila sudah ada pelbagai ragam dan rupa, pasti banyak pula pergeseran dan perselisihan yang kalau dibiarkan sahaja, pasti akan membawa kepada pergaduhan yang jika dipandang ringan, pasti akan membawa kepada perpecahan kepada satu-satu organisasi, seterusnya kepada pergolakan bangsa yang memustahilkan berlakunya perpaduan negara secara keseluruhannya.

Hahaha, aku terdengar bunyi-bunyi ketawa di sana-sini, yang seolah-olah mencaci-maki niat ku dalam menyampaikan maksud dan hasrat di hati...

Aku bukan apa,... boleh-boleh dalam hal-hal picisan yang tak ada kaitan dengan aku ni,... memang aku akan jauhkan diri. Nama pun hal-hal picisan - maknanya tak ada kepentingan mahupun signifikan yang cukup besar pada aku. Selagi aku boleh jauhkan diri - memang aku akan lari jauh-jauh supaya aku takkan boleh dikaitkan waima sebagai saksi [tak pasal-pasal] sekalipun.

Sebab aku tak mahu campur hal orang, nak-nak pula kalau hal tu hanya akan memudaratkan diri aku sendiri, baik dari segi fizikal, mental mahupun reputasi aku yang sudah terang lagi bersuluh, tidaklah baik mana di mata khalayak ramai.

Yang menggelikan hati dan juga menimbulkan rasa pelik yang amat sangat bila ada orang-orang yang cukup gemar menjadikan diri mereka posto. Posto? Apa kejadahnya tu, barangkali orang tertanya... Mari kita kupas bersama apa[kejadahnya] posto ini...

Posto, dalam cerita Ahmad Albab (antara karya agung Tan Sri P. Ramlee yang masih pekat dan mesra benar dengan kehidupan kita pada hari ini walaupun beliau sudah lama meninggalkan kita) adalah mainan perkataan postman yang sengaja dijadikan perkataan Arab [kononnya, memandangkan cerita itu berlatar belakangkan sebuah negeri Arab].

Tapi dalam konteks entri kali ini, posto membawa maksud orang-orang yang suka menyampai-nyampaikan cerita yang didengarnya daripada orang lain, samada secara sengaja ataupun tidak, kepada orang lain secara sengaja ataupun tidak [terlepas cakap, tersasul dan macam-macam jenis tak sengaja lah...] dengan niat yang tidak ada orang lain tahu melainkan hanya Tuhan saja yang lebih tahu, apa niat sebenar si penyampai atau si posto ini...

Mungkin dia mendapat faedah-faedah dari segi kepercayaan daripada orang yang dirasakannya boleh memberikannya faedah seperti kewangan mahupun kemudahan lain yang dirasakannya boleh menguntungkannya.

Mungkin juga dia sekadar mencari khalayak kerana merasakan dirinya belum cukup popular atau dikenali ramai sehingga dia merasakan dia perlu menyampaikan berita-berita kepada orang yang berkecenderungan pula untuk membesar-besarkan duduk perkara sehingga menimbulkan salah faham kepada orang yang mula-mula sekali mengeluarkan kata-kata yang disampaikan kepadanya, oleh si posto ini.

Walau apa pun niat si posto ini, aku tetap berpendirian bahawa orang-orang sebegini hanyalah sekadar kutu dan lipas yang tiada kesetiakawanan dan tidak boleh dipercayai...

Cicit keturunan Kitul & Mendeliar ini bagaimanapun tidak boleh kita pandang remeh - kalau dulu Kesultanan Melaka rebah begitu saja di tangan mereka berdua - apa lagi yang mampu dibinasakan oleh orang-orang yang bersikap seperti kutu yang melekat di kepala untuk menghisap darah dan bila sudah puas mendapat faedah daripada kepala seseorang itu, berperangai seperti lipas pula - dengan cepat dan pantas beralih ke kepala lain untuk melakukan apa yang lipas selalu lakukan [aku pun dah kekontangan idea - lipas watpe ah kalau meka pegi ke kepala orang lain? Ke,... aku yang dah mula keliru dengan sifat semulajadi kutu dengan lipas? Arghhhh!!!]

Apapun terima kasih kerana membaca tentang posto tidak bertauliah ini, yang bersikap seperti kutu dan berperangai seperti lipas!

[Mana Ridsect? *garu-garu kepala*]

8 comments:

Zura Hilman said...

i think we could never escape from being around ppl like that huh!

sherin said...

haiyaaaa.... teruk nye post ne.. wa pening aaar.. begitu mengelirukan, penuh maksud tersirat.. aduh som.. tp bolehla difikirkan maksud nya apabila telah merenung sedalam dalamnya dan membawa berulang-ulang kali...

pening pala kak som ne...

apappun.. dah adat kat mana jua pun kita idup mcm2 spesis manusia yg tuhan jadikan spy idup ne lebih menarik n meriah.. kita amik yg +ve kalau semua org sama je n semua baik2 kita pun bosan coz xleh nak umpat or nak pk xbest ttg orng lain.. or kita xdpt nak blajar kebaikan dari keburukan org.. mcm2 maaa... talak lugi ini semua terjadi... kita pemerhati.. tgk jelah.. bila rasa nak gelak.. gelakkan je mreka.. hahahahahaha..

k1m1_KaeMoS said...

hi Zura - thanks a lot for reading & the comment!

yep i think u're absolutely right - pity we have to endure their unnecessary stupidities which they highly regard as important necessities!

what's more disheartening is that some of the doers are not middle-aged persons [makcik2 penyibuk] but young gals instead! weird eh?

k1m1_KaeMoS said...

hi kak Sherin - terima kasih kerana sudi membaca walaupun kurang memahami pada mulanya!

dah baik pening blom? ekekek...

tak lah... saya bukan meluahkan kegeraman... sebenarnya saya cuba buat artikel tu serius dalam lawak dan ringan dalam berat... nak test jugak kalau kita tulis dalam cara berbeza orang akan perasan dan hargai atau pun tidak?

muleh kan itu macam amoiiiii...

memang betul Tuhan jadikan manusia ni macam2 pesen & pe'el... tak kisahlah cane pun meka nak layan kita as long as kita ni x join skali keburukan mereka supaya dapat kurangkan risiko dibenci orang tak pasal2 dan lagipun, kita pun banyak lagi benda berfaedah lain yg boleh dibuat, jauh lebih baik daripada melayan kutu2 & lipas2 tuh!

hahaha - tak jumpa plak Ridsect - moh kita pijak & penyekkan meka sama2 dalam cara paling bijak, berhemah & paling mengesankan ati meka supaya berhati2 dengan kita - don't mess with the wrong person!

sherin said...

ahask!.. terasa ala syiok kalo dpat wat camtu kan.. pijak2 semut2 bodo n lipas2 busuk tu.. eiiieeeii..geli den..tp geramnyer pasal xduli nak gak pijak2 dgn rakus sekali.. huhuhu padan muka dorangkan..

tp apakan daya itu semua hanyala dalam imiginasi yg membuatkan kita tersenyum puas hati apabila dapat kenakan balik org2 busuk tu kan..kan..kan..

sherin said...

eh.. ada cite pasal semut tak? takde eh? heheheh.. akak la tambah pasal semut ek? ekekeke.. sebenarnya akak geram ngan semut kat opis ne asyik masuk dlm air minuman akak.. kekadang tu belum lagi abis minum depa dah p terjun dalam tu.. isk!..

itula.. dlm dunia ne bukan orang jek yg menyakitkan ati.. binatang kecik cam semut pun kita sakit hati kan..kan..kan...

k1m1_KaeMoS said...

Kak Sherin - hahaha terima kasih pasal buat lawak pasal semut pulak...

kalo binatang kecik cam semut tu logik la juga kalo dia menyakitkan ati pasal dah Tuhan ciptakan meka sebagai kurang berakal...

yang diciptakan lengkap dengan akal fikiran ni la yg bila buat perangai lagi teruk daripada binatang! tu la masalahnya...

takpelah, dah meka memang binatang yg bertopengkan manusia... nak wat cane ye tak?

meh kita imajin bersama2 supaya kita tak terbuat betul2 semua yg kita cakapkan tu - nak penyekkan la, nak pijak la apa la,...ok?

k1m1_KaeMoS said...

hahahaa semut kat sini memang sewel - air paip belum masak pun meka bleh sibuk nak minum siap ting tong & terus tak sedar diri sampai mati pulak kan?

barangkali semut2 yg macam ni, diabetik agaknya...

tidak pun meka dah tak kenal mana air mabuk dgn air yg tak mabuk punye...

*bengong kepala gue*