.: COUNTLESS THANKS TO :.

Thursday, June 11, 2009

"PASS" THE 'PERASAN-TAN'!

Dulu2 aku rajin tengok rancangan kuiz. Mesti ada segmen jawab soalan paling banyak dalam masa beberapa minit, contoh ada 20 soalan dalam masa 30 saat ke... Pastu kalo orang tu takpat jawab, dia akan sebut PASS kan? Kalo dah habis soalan, pengacara akan ulang balik soalan2 yg peserta jawab PASS tadi, betul tak?

Well, kali ni aku nak cakap pasal PASS juga, bukan yg bermaksud LULUS, bukan juga yg bermaksud PANJANGKAN/SAMPAIKAN kepada si polan si polanah. Atau yg bermaksud MELEWATI/MELALUI satu2 tempat atau satu2 tempoh masa. Bukan...

Tapi, PASS JUDGMENT ON. Menurut http://idioms.thefreedictionary.com/ - to express a strong opinion about someone or something.

Ni bukan cerita pasal kuiz ataupun sesi Mari Belajar Bahasa Inggeris dgn Che'gu Kimi yg x bertauliah neh... Cuma nak memberikan contoh k... Bak kata dalam cerita Masam-Masam Manis, "Saya action saja..."

K, lets get back to the subject, shall we?

Penah berlaku ada orang yg aku akan namakan dia sebagai MH [Mak Horror], yg hanya kenal aku sekadar tau nama, tempat aku bekerja dan apa selalu aku buat - bukannya kenal aku secara menyeluruh tapi telah pass judgment on me, seolah2 dia arif sangat pasal diri aku.

Walaupun hal tu agak kecik, tapi bila si MH ni cakap kuat2 depan ramai orang, ia memberikan orang2 kat situ satu impression seolah-olah aku neh memang pesen orang yg tak berapa nak berjenis... [Yeah, dia memang mulut busuk punya manusia]

Masa tu nak je aku tanya dia balik, "Aaa, lampu umah ko rosak ke beb? Ke cermin ko retak 10 ribu?"

Tapi sebab aku sorang yg malas, aku hanya diam, pandang muka dia dengan muka paling kering boleh aku buat, biar semua orang tengok muka aku dan nilaikan sendiri keadaan masa tu, pastu aku blah buat hal aku sendiri.

Aku tak marah, jauh sekali nak sedih2 ke, nak touching2 ke... Aku rasa kesian sangat kat dia, pasal dia tak sedar yg rupa dia sangat2lah horror, dia tak tau pun dressing dia over, dia tak sedar pun handbag & kasut dia sungguh oh-macam-orang2-tua je...

Kesian pasal takde orang bagitau dia betapa horrornya mekap dia yg keterlaluan tuh. Kesian pasal dia punya la bersusah-payah tuk kelihatan cantik, grand & vogue tapi masih juga kelihatan seperti itu - murah, kodi, koman dan yg seangkatan dengannya. Kesian pasal dia begitu so in denial dan percaya yg dialah yg paling cantik & paling bergaya.

Dan paling aku kesian?

Cara dia yg kebuluran perhatian orang tu masih juga tak membawa dia ke mana2... Walau camana dia cuba menonjolkan dirinya yg aku kira, sudah terlalu berbonjol2 di sana-sini di sebalik tudung lilit & baju2 yg konon macam perempuan alim sangat tuh - orang masih tak nampak dia...

Atau yg sebenarnya orang tak nak tengok muka dia yg jauh lebih menakotkan daripada Mak Lampir, Nek Nak ataupun setan2 iblis dalam sinetron2 yg mengarut2 & boleh memesongkan akidah tu...

She's still unheard of, regardless what she says.

Tah kenapa aku selalu rasakan orang lebih pandang aku [maksudnya di sini, lebih menumpukan perhatian tiap kali aku bersuara, bukan pandang fizikal aku ok?], tiap kali dia pun ada di tempat yg sama aku berada...

Ha ha ha ha ha...

Kali pertama aku rasa menang pasal "looks fail to convince, but the ability to express words correctly, wins all!"

Hambik kao - nak sangat!
[Peghh, leganya di hati beta kerana berjaya menaip kenyataan perasaan ini!]

Thanks for reading this...


No comments: