.: COUNTLESS THANKS TO :.

Thursday, June 11, 2009

HIDUP DAH CUKUP PALAT DAH!

Perasan tak dalam idup kita neh, ni biasa berlaku?

Lahir.
Membesar.
Tadika.
Sekolah rendah.
Sekolah menengah.
Period/mimpi basah.
Cinta beruk. Putus, pastu cari beruk lain, cinta lagi.
Tunjuk gedik/tayang macho.
Pas SPM, gi U. [Takpun Sijil Pinang Meminang kat umah].
Kalau belum kawin, tunang dulu.
Bila dah tunang, kawin. Tak kawin orang sibuk tanya. Orang susah nak kawin takde pulak sibuk ditolongnya.
Bila dah kawin, orang sibuk tanya pasal malam pertama. Macam dia sendiri tak penah rasa je...
Bila dah malam pertama & malam2 berikutnya, orang sibuk tanya pasal anak, macamlah kalau kita dah beranak & takde duit, dorang nak tolong.

Kenapa mesti orang tanya soalan2 yg sangat2 bukan urusan dorang:-

1. Bila nak beranak? -
Makcik2 Puaka yg berjiran dgn aku.
2. Dah beranak ke belum? -
Pakcik2 Puaka yg selalu tanya Hubby.
3. Eh, kosong lagi?
- Sorang Pempuan Puaka kat opis aku.
4. Ko tido pakai seluar ke?
- Sorang pegawai mulut puaka kat opis aku.
5. Sampai bila nak tunggu?
- Sorang pegawai mulut puaka, bekas pegawai di opis aku.
6. Kenapa nak simpan lama2?
- Sorang makcik aku yg memang mulut puaka tahap dewa!

Ngaku je lah yg korang tu jeles pasal aku selalu berkesempatan nak dating dgn Hubby dua2 orang tanpa gangguan... Nak gi mana pun senang pasal berdua je... Bukan macam korang - tak cukup tido pasal anak meragam, nak berjalan kene bawak anak, nak tengok wayang orang bengang pasal anak ko tak reti dok diam/nak melalak je...

Apa,...ada satu garis panduan dalam kehidupan masyarakat [Melayu tipikal] ke yg mewajibkan bahawa kalau dah habis blaja kene cepat tunang, pastu kene cepat kawin, dah kawin tu mesti cepat ada anak - yg mesti semua orang ikut?

Hidup ni dah cukup palat dah... Tak payah gatal2 nak tambah macam2 lagi... Buat orang marah je buat apa?

Tolonglah - get yourself a life - rasanya tu jauh lebih baik daripada sibuk korek cerita kain orang, bila dalam kain sendiri penuh daki & palat yg busuk yg tah bila korang nak sedar pun benda2 tu korang sendiri pun tak tau kewujudannya.

Pada aku ada bezanya mengambil tahu kebajikan orang dan mengambil tahu hal orang. Beza yg sangat2 halus garisannya sampai kita sering saja dibutakan antara NIAT dengan NAFSU dalam "bertanyakan khabar" orang lain.

Aku tak suka bertanya pada orang lain soalan2 bodoh & tak kene-ngena dengan aku yg mana pastinya aku akan kelihatan sangat bodoh & tidak akan dihormati kerana cuba menggali lubang orang, jadi hairan juga kenapa agaknya aku selalu kena benda2 sebegini?

Ke memang perangai orang [Melayu], kangkang orang kangkangnya jua, kangkangnya terkiak terabak dia memang takkan nampak punya?

Aku bukan anti bangsa aku sendiri. Cuma aku anti dengan benda2 tak masuk dek akal yg sering saja diutarakan oleh orang2 bangsa aku sendiri [dalam lingkungan aku saja ye, bukan secara keseluruhannya]...

Terima kasih kerana sudi membaca...



2 comments:

AIMINURULZITA said...

kimi..aku phm apa yg ko rasa coz aku kat opis, umah n kat kampung (pendek kata mana2 pegi la) orang akan tanya soklan2 mcm ni..huh! menci kan..

k1m1_KaeMoS said...

terima kasih banyak2 singgah sini...

ye... memang aku sangat ralat dgn realiti orang kita yg lebih minat cerita2 kangkang2 neh... macam la dah takde benda lain lebih berpekdah nak di amik tau...

dan macamla orang pempuan ni takde apa benda lain yg baik nak ditanya - hal ituuuuuuuuuuuu jugak!