.: COUNTLESS THANKS TO :.

Saturday, June 13, 2009

MACAM MIKE

Bukan mike yg orang Perak kata tuh, tapi Mike, nama singkatan Michael Jordan, yg dijadikan tajuk satu filem bola keranjang bertajuk Like Mike lakonan Lil Bow Wow, Morris Chestnut, Jonathan Lipnicki, Vanessa Williams, Eugene Levy dan ramai pemain bola keranjang di US yg turut menjadi cameo dalam filem tahun 2002 ini.

Sape penah tengok cite neh?
Ia mengisahkan Lil Bow Wow yg minat bermain bola keranjang bersama kawan-kawannya di rumah anak yatim, yg pada satu hari terjumpa sepasang kasut Nike Michael Jordan dan mula memakainya.

Watak Lil Bow Wow, Calvin Cambridge mula percaya yang kasut tersebut mempunyai kuasa ajaib yang membuatkannya boleh bermain bola keranjang dengan baik sehingga dia dipilih untuk bermain dalam pasukan LA Knights. Pelbagai perkara menarik, suka & duka yang diharunginya bersama Tracy Reynolds [Morris Chestnut] sehinggalah satu hari, Calvin menyedarkan Tracy bahawa tiada apa yang lebih penting daripada menghargai keluarga yang ada dan hidup dengan lebih bermakna di samping keluarga.

Cerita ni dah berapa kali aku tengok. Jujur cakap, aku bukan suka sangat dengan Lil Bow Wow [skarang ni dah besar dah mamat neh, so nama dia dah takde perkataan Lil (short form for Little), mesti korang dah penah tengok dia dalam cerita Fast & Furious:Tokyo Drift]... Tapi bila aku tengok cerita ni dari satu aspek lain, ia mengingatkan aku tentang pentingnya kita hidup menghargai & sentiasa bersama keluarga, walau apa pun terjadi.

Sebab kita takkan tau apa akan jadi dalam kehidupan kita pada hari esok - tah hidup lagi tah tidak... So apa yg kita ada pada hari ni kita kene hargai sepenuhnya & nikmatilah saat-saat bersama keluarga/orang tersayang, tak kiralah saat2 tu indah atau sebaliknya. Pasal macamanapun pasti ada positif dalam setiap perkara negatif yg terjadi dalam hidup kita nih...

Bila aku lihat betapa inginnya Calvin akan seorang ayah, aku jadi tersentuh pasal selama hari ni, aku tak penah pun pikir camna kalau aku takde Abah sepanjang aku membesar sampailah aku jadi 'orang' pada hari ni... Punyalah aku 'selesa', pasal tak penah pun aku terpikir camana hidup ni tanpa seorang lelaki yg berperanan sebagai bapa dalam hidup. Tak pernah dapat aku bayangkan betapa susahnya seorang lelaki memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa. Sebab aku hanya nampak lebih susah & lebih berat menjadi seorang ibu - kena jaga keperluan suami & anak2, dalam masa sama bekerja, balik kerja kena urus rumah pulak, masak, membasuh, melayan kerenah anak2 & suami yg kadang2 jauh lebih mengada2 daripada anak2 dan macam2 lagi...

Tapi aku tak penah terpikir, apa yg ditanggung oleh seorang lelaki yg berperanan sebagai ayah dalam keluarga.

Call me dumb or ignorant - I may have deserve it for my insensitivity or inability to recognize what responsibilities or the difficulties and the predicaments a father has to face each and every day of our lives. And I'm not gonna elaborate more on that dumb part of me.

But after looking back, I realize that my life would never be just the same if Abah is not my Abah...

He might not be the best father in the world or the most perfect human being, but he's one of the biggest part of what that makes me me at the very first place, and I am grateful he's around when I grew up.

May Allah always bless him with His rahmat...

[Dan mudah2an dia tak kerja teruk2 sangat lagi pasal bukannya makin muda, pasal Abah agak cenderung untuk 'terkejut' dengan umur sebenarnya & betapa dah besarnya anak2nya semua...]

Terima kasih kerana sudi membaca...



3 comments:

sherin said...

Huk! terharu..
yelah sempena hari bapa ne mmg touching la jugak.. akak pun sama kalau ingat pengorbanan mak bapak kita mesti tak terbalas seumur hidup kita.

cuma yelah kita ne manusia biasa sering buat silap. termarah, termerajuk...terungkit n terkata.. tp harap sangat mereka ne tau kita xmaksudkan membenci mereka tp sekadar menjadi manusia biasa yang sering rasa xpuas hati dengan apa yang ada..deep down inside.. akak teramatlah sayang kat ibu n ayah.. bagi 10 yang lain pun x sama yang sedia ada ne..mmg setuju cakap kimi walaupun mereka xhebat dimana umum.. tp the best in our life..

sherin said...

*dimata not dimana... heheheh..

k1m1_KaeMoS said...

selama ni sy dok cerita pasal mak je
mebi pasal sy anak sulung kan, so pe2hal dgn mak je lagi senang
pehtu ada la tetiba sy touching pulak pas tengok citer tuh
terus teringat abah pulak
dan2 la ai tulis pasal dia

bagus kan tengok movie
pasal mesti kita bleh relate pasal idup kita sedikit sebanyak
sape kata movie tak elok, nak2 pulak dari barat?
ada juga yg boleh blah lagi kan?