.: COUNTLESS THANKS TO :.

Saturday, June 20, 2009

LEGANYA...

Bila dapat luah perasaan yang terbuku di dada, walaupun kita tau orang yang diadukan tu belum tentu mendengar pun masalah kita...

Bila dapat lepaskan perasaan yang tersimpan di hati, walaupun kita tau orang yang mendengar tu belum tentu benar-benar peduli masalah kita...

Bak kata Mak, tak kisahlah masalah tu selesai atau tidak, yang penting hati kita lega & kepala kita kurang serabut sikit, lepas luahkan perasaan.

Tolak tepilah fakta bahawa masalah tu belum tentu terselesaikan dengan cara meluahkan perasaan...

Itu kan salah satu cara nak selesaikan masalah - bawa masalah tu ke tengah untuk perhatian orang, yang seterusnya memungkinkan kita mendapat beberapa idea & alternatif untuk menyelesaikan masalah tu?

Yelah - bila kita bercerita, orang akan mendengar... Bila orang dengar, pasti orang tu akan terfikir sejenak - atau setidaknya - tercuit perasaan simpatinya yang akan membuatkan dia terfikir sedikit, apa agaknya yang boleh dia cadangkan supaya masalah tu boleh diselesaikan...

Bila aku pikir2 balik, masalah yang aku 'tanggung' tu takde la apa sangat, cuma tekanan perasaan akibat stress pasal ada MB, BA & JB yang menambah geram & marah + keje banyak bertambun2 tak habis2 + kerja semuanya urgent belaka + OT hampir tiap hari + kurang rehat + kurang tido + PMS [aku sebenarnya benci nak jadikan ini punca aku tertekan - tapi aku memang takleh lari dari hakikat tersebut nampaknya] = aku break down habis2an!

Tapi ada masanya, pasti kita akan rasa gagal untuk menahan perasaan. Nak2 pulak, kalau perasaan yang terpendam tu adalah 'hasil' usaha kita untuk mengawal perasaan2 negatif yang timbul akibat persekitaran negatif oleh orang2 yang negatif di keliling kita...

Yang paling tak best nya, aku break down di opis... :(

Walaupun segolongan kecil saja yang tau, tapi aku rasa raut wajah aku pun dah cukup untuk 'menyerlahkan' segala keserabutan fikiran dan kekacawan jiwa aku...

Hari ni aku berhutang TERIMA KASIH kepada ramai orang...
Kerana mereka sudi mendengarkan masalah dan keserabutan aku yang aku rasa, tak mampu aku tanggung lagi selepas menahan & bertahan terlalu lama, sampai aku rasa macam bodoh sangat2 tak boleh nak pikir apapun dengan baik...

TERIMA KASIH BANYAK2, TUHAN SAJA YANG BOLEH BALAS KEBAIKAN ANDA SEMUA:-

1. Hubby - kerana sedia mendengar luahan hati aku yang semedang saja ada macam2 cerita lara

2. Fizah - kerana bukan saja kita berkawan baik yang seia sekata, senasib pun ye juga

3. K. Sherin - kerana kata2 semangat dalam ayat2 paling best & nada paling lembut

4. CR SS - kerana sudi luangkan masa dalam sibuk bekerja untuk jadi prihatin

5. ZuraHilman - kerana mengajakku ke Kotak Merah sana, YEAH!

6. Miza - kerana sudi bersama aku melepaskan bakat terendam

7. E-Leen - kerana sanggup tahan telinga dengar aku lepaskan geram terpendam!

8. Shida - kerana dapat luangkan masa walaupun sekejap tuk dengar cerita hati aku...

9. Mak - kerana layankan saja macam2 cerita yang aku bebelkan & sudi memahaminya...

[List ini dalam turutan kronologi - semuanya mengikut sape yang aku jumpa pada hari ini - Jumaat yang menghimpit perasaan]

Aku migrain sikit pagi tadi...

Semalam [Khamis 180609] masa tension yang amat sangat, aku teringat yang vitamin B-Complex bleh membantu aku kurangkan stress... Hari ni terlupa pulak nak makan, campur pulak dengan migrain yang aku kena pasal tahan marah sangat semalamnya - tu yang terus break down tuh!


Terima kasih juga kerana sudi singgah dan membaca luahan kelegaan aku ini...


No comments: