.: COUNTLESS THANKS TO :.

Tuesday, June 2, 2009

KURSUS PART II


Aktiviti berkumpulan yg mana agak mencabar, tapi berjaya dilaksana & dijustifikasikan dengan baik... Nampaknya pendekatan aku berjaya dlm penerangan hasil buah fikiran kawan2 sekumpulan aku...


Cara-cara yg salah utk makan roti ketika di majlis makan malam formal


Pn. Hamidah (baju merah, free hair) menerangkan tatatertib di meja makan utk majlis formal

Kursus yg aku ikuti pada 25 - 27 Mei 2009 yg lepas di Bandar Wawasan banyak mengajar aku tentang erti kehidupan, terutama sekali dalam menjalankan peranan aku sebagai seorang PTKes di salah satu jabatan yg memang cukup penting & signifikan dalam usaha melaksanakan visi & misi CHKL untuk mencapai objektifnya.

Mungkin poyo bagi korang [ha3, you guys should've known me by now kan?], tapi ni lah kursus yg aku rasa, bukan setakat mengajar aku tentang segala yg berkait dengan kerja, tapi juga pasal mengenali diri sendiri & mengenali diri orang lain, supaya dapat mengecilkan jurang dalam perhubungan seharian dgn orang2 di sekeliling... Masa kursus neh berlangsung, banyak yg aku rasa, aku dah "hilang" dah, pasal masa & peristiwa yg terjadi dalam hidup aku sebelum ni banyak yg mengubah diri aku yg sebenar, yg aku kira, jauh berbeza daripada diri aku sekarang.

Bukanlah nak kata aku baik... Cuma bila aku perhatikan semula, banyak isi kandungan yg disampaikan oleh Pn. Hamidah Hashim, fasilitator dari luar organisasi kitorang neh, banyak menyentuh dari segi dalaman aku [orang lain aku tak tau le kan]... It's like seeing myself being so different nowadays... I remembered I used to be so, nice towards people but nowadays? 360 degrees terbalik!

Masa mengubah aku atau, aku yg makin tak perasan aku dah berubah?

Yg kelakarnya, bila kitorang disuruh amik Personality Test, aku terkejut juga bila keputusannya adalah tepat... Kalau ada antara korang yg minat nak amik test tuh, bagitau kat aku nanti aku bagi salinannya.

Memang manusia tak ada yg sempurna serba-serbi. Aku harap sangat dgn bekalan yg aku dapat dari kursus tu akan membuatkan aku berfungsi lebih baik dari sebelumnya. Cuma dalam masa sama, agak susah tuk aku just let go beberapa perkara, yg mana hanya dgn orang2 tertentu saja yg aku boleh cerita dgn mudah...

Kalau aku lepaskan "beberapa perkara" tuh, memang aku akan jadi pretty much a very, very different but better person...

Tapi dalam masa sama, kalau aku lepaskan "beberapa perkara" tuh, aku takkan jadi orang yg sama lagi sebab perkara2 yg menjadikan aku sebagai "AKU" dah takde lagi...

So apa maknanya lagi kalau AKU bukan lagi AKU?

The world's not gonna be any better place,...for it feels so empty WITHOUT ME...

Muahahahah!!!


No comments: