.: COUNTLESS THANKS TO :.

Thursday, June 11, 2009

KOMEN -VS- KONDEM, KRITIK -VS- KUTUK

Aku memang suka menulis.

Dulu kerap juga aku menulis macam2 tentang perasaan aku terhadap pelbagai perkara yg jadi...

Bukan macam tulis diari k - cuma kenyataan perasaan tentang pelbagai perkara yg jadi dalam hidup aku pada masa itu...

Pernah juga aku beranikan diri hantar karya aku ke majalah sekolah. Asalnya tulisan itu cuma untuk tatapan cikgu Bahasa Melayu aku yg bagi tugasan suh tulis karangan bertajuk & berprinsipkan peribahasa. Masa tu aku pilih tajuk "Biduk berlalu, kiambang bertaut"...
[Jgn la pulak ada budak skolah aku ada kat sini - harus kantoi aku...]

Long story short, cerita tu berjaya masuk ke majalah sekolah aku dan ramai yg lepas membacanya, kalau terjumpa aku pasti akan menyatakan mereka merasai apa yg aku ceritakan. Ada yg terkejut betapa minah bunganya aku ni rupanya, dalam rupa ganas2 tu. [kata doranglah, tipu kata dorang tipulah kata aku].

Tak kurang juga yg mengatakan aku salah kelas - patutnya aku masuk kelas Sastera, bukannya Perdagangan... Pandai2 je la dorang neh... Aku nak tulis apa, aku punya sukalah...

Sejujurnya, walaupun masa tu aku segan sungguh dengan tersingkapnya sedikit cerita diri aku [yg sedikit sebanyak menambahkan faktor ke'glemer'an diri aku masa kat skolah dulu], tapi aku rasa gembira dapat mengetengahkan kebolehan aku yg sedikit tu, dengan tujuan orang2 yg benar2 berminat membaca @ amik tau apa yg aku buat tu, boleh beri KOMEN @ KRITIKAN yg MEMBINA/BIJAKSANA, supaya aku boleh PERBAIKI kesilapan/kekurangan penulisan aku.

Tapi tulah, tak ramai yg betul2 nak baca & nilai aku dengan ikhlas. Mungkin dorang takut ke aku kecik ati, padahalnya kalau yg betul2 kenal aku memang tau yg aku boleh terima komen/kritikan/kutukan yg JUJUR & BERCARA - bukan pujian2 serba indah macam cerita Hindustan yg aku nak... Buat apa?

Ada pulak yg rasa aku suka KONDEM orang, bila aku selalu meneliti hasil kerja mereka. Padahalnya, aku cuma berlaku jujur dalam menyatakan kekurangan2 yg boleh mereka baiki...

Tapi tulah, tak semua orang boleh terima kata2 aku. Dan tak semua kata2 orang boleh aku terima begitu saja, tanpa ada soalan2 iringan lepas tu...

Dulu di U, member2 aku memang selalu bengang dengan aku tiap kali kene buat group work - aku banyak rileks jek tapi mulut asik komen sana-sini bila dorang discuss apa2. Tiap kali dorang rasa dorang dah cambest jek, aku akan komen sampai la member aku ada yg terlepas cakap, "Ko bagus sangat ko buat la sendiri - bunyi je banyak, hasil tak nampak!"

Ha3,... aku gelak je, cover sakit ati kene sound depan2 orang lain... Dengan tujuan biar yg marah tu pulak yg sakit ati dengan aku...

Justifikasi aku? "Kalo AKU komen biasa2 cani pun korang dah TAKLEH BLAH, DAH MENTAL, cane bila ko nak present idea nih pada lecturer yg lagi tinggi ilmu dia & dah tentu lagi banyak tanya daripada aku?"

Akhirnya mereka mengalah... Samada malas nak layan aku lagi pasal sampai bila pun takkan dorang menang & kerja takkan siap, ataupun kerana aku memang betul tentang justifikasi aku tuh.

Ataupun kedua2nya di atas [dah macam pilihan soklan BM pulak...]

Lantaklah... Asal saja dorang tau, kadang2 kita terpaksa berlaku kejam untuk kita menjadi baik [you have to be cruel to be kind], because life itself is a B I T C H.

K, sudah2la aku merepek neh...
Keje berteraburan lagi atas meja...
Asik Komen, Kondem, Kritik, Kutuk...

Memang sesuai dgn nama aku la tuh - semua huruf K je ek huruf pertamanya...


Thanks a lot for reading this...

No comments: