.: COUNTLESS THANKS TO :.

Saturday, June 20, 2009

'KAWAN'


ku mati2 ingat dia dah mati!

Aku terjumpa gambar2 neh dalam telefon aku... Lupa pulak nak upload seblum ni...

Selalunya bila aku amik gambar apa2, aku dah bayangkan dulu dah nak post entry yang macamana nanti - kisahnya berkisarkan apa, pendapat aku tentang benda2 yang aku jumpa sampai aku bleh nak amik gambarnya dan sebagainya lah...

Tapi tulah, kadang masa kita ingat, kita tade masa...
Bila ada masa, kita lupa pulak apa nak diceritakan...


Mulanya aku ternampak kucen oren tuh... Dok sorang2 kat tangga...



Dalam perjalanan menujuk ke arah kucen yang aku nampak tadi, aku perasan ada sekor burung yang sedang bertenggek diam2 kat hujung paip tuh...



Bila kucen tu perasan aku datang nak amik gambar dia, dia pun bukan main gelinjang lagi!
Terus meloncat pegi kat aku... Macamla aku tak tau dia tengah lapa!
[Cuba tengok, besar kan kaki kucen yang kurus neh?]

Tu yang dia rela je aku dok usap2 dagu dia tuh... Padahalnya manja pasal nak mintak makan je... Macam la aku tak tau ek...


Siap gesel2 lagi tuh! Bleh cair la ati dengan kemanjaannya tuh!

Masa kejadian neh, aku baru pas tolong mak mertua aku pindah ke PPR yang berdekatan... Bila dah siap aku pi amik angin dengan bersidai2 kat depan umah... Tetiba abang ipar aku kata yang 'kawan' aku dah tunggu dah...

'Kawan'?

Bila dia tunjuk arah tangga tempat kucen tu duduk diam2, baru aku paham apa maksud 'kawan' nya tuh...

Hehehehehe... Rupanya ada gak yang perasan fakta tuh...


Oh ya, bila aku ceritakan pada Mak yang kucen tu kurus jek, tapi kaki dia [bahagian yang omputeh sebut 'paw' tu] bukan main besar lagi cam tak padan je dengan dia - Mak kata kucen tu jenis yang boleh gemuk lagi tu...

Ish,...ingat orang je yang macam itu... Kucen pun boleh juga?


Terima kasihlah kerana sudi membaca kegilaan kucen ku inih...

No comments: