.: COUNTLESS THANKS TO :.

Tuesday, June 9, 2009

KABEL

English : cable [kay-buhl]

Oxford Fajar Advanced Learner's English-Malay Dictionary defines the word cable as:-

1. (length of) thick strong rope made of fibre or wire

2. rope or chain of an anchor

3. (as a nautical measure) one tenth of a nautical mile, about 183m

4. a - set of insulated wires (especially one laid underground or on the bottom of the sea) for carrying telegraph
b - (also : cable gram/telegram) [in Malay, kawat]

5. set of insulated wires of carrying electricity overhead


Itu definisi kamus dwibahasa...


Dalam kamus kehidupan pulak?

- K A B E L -

1. bantuan/sokongan daripada orang dalam di sesebuah organisasi, yg biasanya dilakukan oleh BAPA/IBU/KAKAK/ABANG/ADIK/SAUDARA-MARA/JIRAN-TETANGGA/PEGAWAI2 TINGGI dengan tujuan untuk MUDAH MENDAPAT KERJA, walaupun hakikatnya calon2 berkenaan belum tentu/TIDAK BERJAYA DALAM TEMUDUGA.

2. backup support daripada kaum yg diBOLDkan di atas ataupun orang2 tertentu, dengan tujuan mendapat kemudahan dalam pelbagai aspek pekerjaan di pejabat, contohnya:-

a. melepaskan diri daripada mengisi borang datang lambat/borang balik awal [kabelnya : kerani jaga punch card/attendance & cuti]

b. mendapat kredit/kepujian yg tinggi sehingga berjaya meraih anugerah/pengiktirafan "kecemerlangan" atas kerja2 yg dilakukan dengan penuh "bijaksana"

c. dan pelbagai lagi, yg tak mampu nak disenaraikan kat sini...

3. sokongan kuat tuk memastikan orang yg memohon rumah2 awam DBKL/PPR akan mendapat tawaran rumah tersebut, walaupun pemohon BELUM TENTU LAYAK kerana faktor2 seperti sudah mempunyai rumah lain [yg sengaja disewakan], gaji yg cukup kalau nak beli rumah sendiri [tapi nak jugak rumah sewa murah DBKL bagi] dan sebagainya.


Jangan jeles k dengan kabel aku - memang kuat, kukuh dan boleh mendatangkan pekdah pada aku...

Korang ada?



No comments: