.: COUNTLESS THANKS TO :.

Friday, June 26, 2009

JALAN2 TENGOK TRANSFORMERS...

Hari Selasa baru ni kitorang pi tengok wayang... Tapi gambar2 masa outing tu aku tak sempat nak upload pulak... So aku pun amik la kesempatan ini tuk upload kan...

Aku gembira bila tengok Amil gembira. Yelah, dengan keterbatasan dia yang membuatkannya jarang keluar rumah, bila sesekali kami dapat bawa dia keluar rasa gembira yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata lah...

Masa nak bawa dia keluar ni, kami berdua cuma beritahu Abah & Mak saja supaya mereka tahu ke mana kitorang nak bawa dia dan kenapa... Hubby balik je dari opis kitorang terus bergegas ke rumah Mak & Abah tuk amik Amil...

Dah siap serba-serbi, bertolaklah kami ke Mid Valley... Walaupun puas dikorek oleh Diba [yang dalam masa sama dah meleleh air mata pasal dia tak dibawa sekali - dah dia pun baru balik dari skolah kan?], tapi kami tetap tak bagitau ke mana tujuan kami lepas tu... Aku perasan dia makin 'lebat' pas kitorang gerak tinggalkan umah... Tapi nak wat cane... Lenkali la ek Diba, time awak punye result peksa cambest sket - baru akak bawak k!

Dan2 pulak bila nak masuk parking, Amil tau apa tujuan kami bawa dia ke situ... Walau camanapun kitorang nafikan, dia tetap kata kitorang nak bawa dia gi tengok wayang...

Aku rasa daripada gambar2 ni pun dapat dilihat dengan jelas dah betapa gembiranya dia pasal dapat jadi antara yang pertama menonton sekuel Transformers:Revenge of The Fallen...

Image Hosted by ImageShack.us
Tunggu abang iparnya collect tiket...

Image Hosted by ImageShack.us
Tengok tu dia punya sengih... Punyelah happy!

Image Hosted by ImageShack.us
Tunggu aku pi beli popcorn+Coke tuk aku +Hubby
& coffee tuk dia [yeah dia pun avid Nescafe & coffee addict cam aku juga!]


Image Hosted by ImageShack.us
Sambil2 tunggu tu dia tengok keadaan di Mid Valley yang walaupun belum lagi hari gaji, tapi masih ramai orang!

Image Hosted by ImageShack.us
Kubah MV... Cantik pulak aku tengok... Heheheh...

Image Hosted by ImageShack.us
Dah masuk dalam - kena balut badan dia ngan selimut pasal dia senang kesejukan...

Image Hosted by ImageShack.us
Yang ko pejam tu knape ish!

Image Hosted by ImageShack.us
Bergambar kat poster Ice Age 3 - nak kat poster Transformers yang besar tengah ramai orang pulak... Hurm...

Image Hosted by ImageShack.us
Puas ati dah dapat tengok Bumblebee?

Image Hosted by ImageShack.us
"Sedapnya Chicken Rice Shop ni kak", katanya lepas dia ngadu lapar... Kitorang pun sama jek... Sampai tak sempat2 la nak amik gambar makanan pun pasal dah lapar bangat!


Syabas buat Hubby - mudah2an Dia lapangkan rezeki awak kerana awak telah menggembirakan hati ramai orang pada hari itu...

Terima kasih juga banyak2 pada Abah sebab sudi membantu dalam *ehem*2, maklum sajalah belum gaji kan... Anak mu yang seorang ini kan sedang bangkrupsi... Heheheh...

Terima kasih juga pada anda kerana sudi membaca...




No comments: