.: COUNTLESS THANKS TO :.

Saturday, June 20, 2009

IMRAN AJMAIN - SERIBU TAHUN

Rela ku menunggu mu
Seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup
Aku kan selama ini...

Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia...

Rela ku mengejar mu
Seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku
Kan tahan sepanjang jalan ini...


Biar membisu burung bersiulan
Tenanglah gelombang lautan
Ku masih setia...

Adakah engkau yakin,... ini cinta?
Adakah engkau pasti,... ini untuk selama-lamanya?

Rela ku menunggu mu
Seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup
Aku kan selama, ini...
Yeah

Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

Jangan putus harapan
Sedia setia...

Kelip-kelip ku sangka api
Kalau api, mana puntungnya?
Hilang ghaib ku sangka mati
Kalau mati, mana kuburnya?

[Album : Dengan Secara Kebetulan]


Pertama kali aku dengar lagu ni masa tu aku tengok iklan cerita Melayu di TV3 yang bertajuk Kerana Cintaku Saerah. Asalnya aku tak rasa tertarik pun nak tengok cerita Melayu pasal aku arif sangat dengan jalan-jalan cerita Melayu yang makin lama makin menyakitkan hati je kalau ditonton lama-lama.

Bukannya aku nak burukkan hasil karya bangsa sendiri, tapi aku kesal sebab dah tak ada rupa Melayu betul - dah banyak sangat tiru sinetron Indonesia, ataupun telenovela Latin, kadang-kadang ada unsur filem Tamil & kerap sangat berunsurkan cerita Hindustan...

Tapi bila family aku pun sampai terpaku depan TV tengok cerita ne, aku jadi musykil - apa yang membuatkan Mak tertunggu-tunggu cerita ni, apa yang buat Diba suka sangat tengok cerita ni, apa yang membuatkan ramai orang opis aku balik awal tiap hari - kalau terpaksa OT pulak, bleh benti kejap janji dapat layan cerita tu di TV yang memang ada di opis...

Lantas satu hari, aku layanlah...

Dan terus aku 'terlekat'.

Bukan saja ceritanya meruntun perasaan, malah menyentuh jiwa aku sangat-sangat bila tiba bab petikan piano intro lagu Seribu Tahun tu berkumandang... Itu yang paling mengesankan aku bila intro lagu tu dilatarbelakangkan pulak dengan gambar-gambar & petikan-petikan cerita tu... Macamana aku boleh lupa watak Jibek [lakonan Khaeryl Benjamin - lu memang best la bro - salute!] yang berlari dalam serba kepayahan cuba untuk mengejar Saerah [lakonan Umie Aida yang aku rasa ralat sangat-sangat pasal mukanya dah 'lain macam' sangat-sangat]...

Aku memang takkan boleh lupa gambaran tu... Sampai sekarang pun aku masih ingat dengan jelas betapa menyayat hatinya imej tu... Betapa kejamnya Saerah yang sampai hati meninggalkan ibu tunggalnya [lakonan yang superb oleh Wan Maimunah - no surprise at all kan?] di kampung halamannya begitu saja walaupun dihalang keras oleh Jibek yang ikhlas memperisterikannya setelah dia terpedaya & ternoda dengan 'cinta' yang dibawa oleh watak lakonan Ezany Nizariff [aku lupa nama wataknya...]

Pastu aku ingat lagi betapa sakitnya hati aku bila tengokkan watak yang dibawa oleh Sharifah Shahora yang jadi kawan baik tapi rupa-rupanya jenis tikam belakang dan makan kawan, Isma Yusoof yang jadi adik Sh. Shahora - budak kampung yang takde kerja tetap tapi jadi tukang kutip 'hutang' mak dia [lakonan Engku Faridah] yang kononnya mempunyai begitu banyak tanah yang disewakan kepada penduduk kampung... Anak-beranak kejam ilang2 akal la kaedahnya...

Sape boleh lupa watak yang Noorkhiriah bawakan tu - apa namanya ek - tapi lebih kurang cam insan kurang upaya jugalah... Tapi pada aku lakonannya tu agak over sangat... Tapi takpelah - aku tetap rasa dia comel!

Huh,...tak sangka aku bleh minat cerita neh... Semuanya hanya kerana lagu Seribu Tahun yang betul-betul meninggalkan kesan kat hati aku...

Ditambah pula dengan suara Imran Ajmain yang sememangnya unik dan teknik vokal yang hebat, aku jadi tertarik nak cari lagu-lagunya yang lain... Ternyata dia memang artis yang buat aku kagum kerana unsur-unsur Melayu lama & klasik sangat tebal dalam penulisannya yang diadun dengan baik dengan pengaruh muzik R&B yang membuatkan dia stands out from the rest...

He's a total package - memang bertuah sangat-sangat la empunya badan!


Terima kasih kerana sudi baca catatan perasaan aku inih...


No comments: