.: COUNTLESS THANKS TO :.

Thursday, June 18, 2009

IMRAN AJMAIN - JIKA ENGKAU PERGI





Bermulanya semua, hanya dengan rasa
Ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih, menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta

Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan

Jika engkau pergi
Bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi
Air mengalir takkan berhenti

Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu...

Bermusim resah, hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati, tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata

Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cumalah mainan
Sekadar untuk senda bersama

Jika engkau pergi
Bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi
Air mengalir takkan berhenti

Jangan khuatir tentang diriku
Ku janji takkan merindui mu...

Puas sudah, ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah...

Jika engkau pergi
Bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi
Air mengalir takkan berhenti

Jangan khuatir tentang diriku
Ku janji takkan merindui mu...

[Album : Punca Dan Tindakan - 2009]


Aku paling suka lagu Imran Ajmain (IA) "Seribu Tahun"... Aku penah jumpa dia neh, yang mana aku cukup kagum sebab dia adalah seorang yang sangat2 soft-spoken walaupun dia adalah seorang yang sangat2 besar saiznya...

Masa aku jumpa dia tu di Auditorium DBKL... Ada konsert R&B anjuran Bahagian Muzik yang mana dalam konsert ada juga Dayang Nurfaizah, Ruffedge, Liza Aziz dan beberapa artis bukan Melayu yang aku dah lupa nama mereka... Tapi persembahan mereka memang sangat-sangat hebat, diiringi oleh Kombo Orkestra DBKL yang juga tak kurang hebatnya... Meremang bulu roma aku tatkala mendengarkan suara IA melagukan Seribu Tahun masa tu - rasa cam nak menitis air mata pun ada sebab lagu tu memang cukup-cukup meruntun perasaan...

Makan dalam kan suara dia?


[Dah petang ni dah ok sket - terima kasih kepada sokongan anda yang benar-benar faham kekacawan jiwa ku inih!...]



No comments: