.: COUNTLESS THANKS TO :.

Tuesday, June 16, 2009

HERET KU KE NERAKAAA...

Sabtu [130609] yg lepas, kami berdua pi tengok cite tulisan & arahan Sam Raimi [Spiderman 1-3] yg bertajuk Drag Me To Hell.


Ceritanya mengisahkan seorang wanita yg bekerja sebagai pegawai pinjaman di sebuah bank lakonan Alison Lohman yg memegang watak Christine Brown, yg ingin mencapai cita-citanya untuk bergelar Penolong Pengurus di tempatnya bekerja.

Dia cuba membuktikan kepada bosnya bahawa dia lebih layak untuk jawatan tersebut berbanding dengan pesaingnya, Stu Rubin (lakonan Reggie Lee) bila dia mengambil keputusan menolak permohonan untuk melanjutkan pembayaran semula pinjaman seorang wanita tua yg mengatakan bahawa dia tidak berdaya untuk membayar semula pinjaman tersebut.

Wanita misteri itu, Mrs. Sylvia Ganush telah merayu dan melutut di hadapan Christine tetapi tindakannya menarik hujung skirt Christine dan cuba menciumnya membuatkan Christine terkejut dan terlompat, sehingga membuatkan Mrs. Ganush tersembam di khalayak ramai. Dia yg merasakan bahawa Christine telah sengaja memalukannya, telah menyerang Christine dan tindakannya itu telah membuatkan pengawal bank dengan segera mengheretnya keluar dari bank. Mrs. Ganush berkali-kali mengatakan yg dia telah merayu kepada Christine, tetapi Christine telah memalukannya. Bos Christine, Mr. Jacks telah memuji tindakan berani Christine dalam menangani masalah tersebut dan menjanjikan jawatan Penolong Pengurus itu kepadanya sekiranya dia dapat menguruskan satu lagi pinjaman berskala besar yang lain.

Akhir kisahnya? Tontonlah sendiri untuk mendapatkan jawapan!

Aku suka cerita ni kerana ia memberikan beberapa pengajaran. Dalam pada kita nak mengejar impian kita, janganlah sampai kita hilang sifat kemanusiaan sehingga kita sanggup mengetepikan orang lain yang memerlukan bantuan kita.

Dan yang lebih penting, jangan ingat kita boleh lari daripada tanggungjawab kita - kalau dah buat silap, mengaku saja.

Yang pasti, cerita ini tidak pathetic - maksudnya di sini, kalau macam cerita JPB, hantunya di mana-mana pun sama je - nampak kejung, berwajah hodoh dan menakutkan tak pasal2... Tapi cerita ni punya puaka tu, lebih kepada benda2 yang menghantui kesedaran kita - bila kita lari daripada mengakui kesilapan kita, dsb. Walaupun wajah-wajah Mrs. Ganush terus-terusan mengganggu sehingga boleh membuatkan aku terlompat sedikit [diulangi : SEDIKIT saje ek, tak banyak k?] daripada kerusi, tapi puaka yang menghantui tu taklah pathetic [kalau korang anti cerita Melayu macam aku pasti korang paham maksud aku] sampai daripada korang bleh menyelami perasaan watak utamanya tu, korang bleh rasa nak penyepak je muka dia instead!

Cuma satu je - agak2 korang berani tak nak layan cerita neh?
Daripada 5 bintang, aku kasik 3...



2 comments:

Zura Hilman said...

uwa uwa... spoiler!spoiler!(nt you) baru nak nengok cite neh...Cheis! Cheis!

k1m1_KaeMoS said...

spoiler ke mendenye cik akak oi
kan ke aku cite sket je tuh