.: COUNTLESS THANKS TO :.

Saturday, June 20, 2009

GEMBIRA RASANYA HATI

Coklat cair dinikmati
Choki Choki enak sekali
Choki Choki adik gemari

Hahahah... Saja pinjam lagu iklan coklat Choki-Choki yang memang melekat di ingatan aku walaupun iklan tu sekejap-sekejap je disiarkan antara tayangan kartun-kartun di TV dulu masa aku masih budak...

Sekarang tiap kali rasa gembira je, aku pasti akan nyanyikan lagu ini. Ataupun bila aku nak kurangkan tekanan yang aku hadapi, dengan pura-pura rasa gembira manalah tau kan, aku betul-betul boleh gembira ke...

Hehehe, pathetic kah aku?


Apapun aku ada banyak sebab untuk rasa gembira pada hari Sabtu ini...

Pertama sekali, aku boleh bangun lambat pasal hari ni cuti... Lagipun semalam aku tidur pukul 5 pagi pasal aku terlalu payah untuk tidur.

Walaupun aku lega lepas dapat meluahkan perasaan aku semalam dan melepaskan semua perasaan negatif yang melanda & menjatuhkan aku 2-3 kebelakangan ini, masih ada rasa sakit di dada... Sakit yang terasa begitu, fizikal & nyata... Tu yang buat aku payah nak tidur...

Ke-2, aku rasa begitu bertuah kerana kejutan yang aku terima hari ini... Kejutan yang sangat-sangat manis & mengharukan... Kerana ada orang yang bukan dari kalangan aku telah singgah di blog ini dan menyampaikan ucapan Terima Kasih kerana aku menyokong hasil kerjanya... Terima kasih kembali kepada anda - Imran Ajmain - kerana sudi singgah di blog saya yang sangat-sangat tidak seberapa & tidak begitu signifikan kalau nak dibandingkan dengan blog-blog lain yang jauh lebih hebat... You really rocked at the Konsert R&B in DBKL last year - me & my youngest sister Adiba really appreciate the fact that you were so nice to us backstage, despite of your fame!

Ke-3, aku rasa begitu terharu dengan keprihatinan yang K. Sherin tunjukkan kepada masalah tekanan perasaan aku. Good friend is so hard to come by nowadays, so thanks to you sis, for the concern...

Ke-4, aku berjaya dapatkan mp3 Imran Ajmain - Jika Engkau Pergi, bluetooth daripada Azza PDB semalam petang... Thanks a lot babe - puas aku cuba cari sebelum ni rupanya di Tkt. 27 dia 'menyorok' ek...

Ke-5, pencarian aku berhasil juga akhirnya - bila aku dapat download lagu dari filem Kill Bill : Vol. 1 yang menghantui fikiran aku selepas aku tonton cerita tu tahun lepas... Lagu yang disiulkan oleh watak Elle Driver [codename : Deadly Viper], lakonan Daryl Hannah, masa dia cuba nak bunuh The Bride [lakonan Uma Thurman]. Boleh pulak lagu tu sampai sekarang melekat kat pikiran aku...

Sekarang boleh la aku gelak orang jahat bila tiap kali ada call masuk - lagu tu dah jadi ringtone aku skarang! MUAHAHAHAHAHAHAHAH... Hemoh hemoh hemoh...

Aduh,... sakit lagi dada aku neh... Berat je rasanya...

*sigh*

Terima kasih kerana sudi membaca pernyataan perasaan aku nih...


3 comments:

Zura Hilman said...

nape x tanya aku je beb... aku kipas susah mati kill bill wooo.....

k1m1_KaeMoS said...

tanya ko apa beb?

1. nak dapatkan kill bill:vol. 2 ke?

2. nak dapatkan soundtrack kill bill:vol. 1 ke?

kalau ada & baik ati sedekah la sket kat aku kat sini heheheh

5h@R!NG !$ C@R!NG, aight?

Zura Hilman said...

soundtrack kill bill... tapi aku kurang suka sket siulan si elle tuh sebab mcm eerie jer...