.: COUNTLESS THANKS TO :.

Monday, June 22, 2009

MUKA BABI

Hahahah...

Malam semalam aku tengok cerita sorang budak pempuan yang dikisahkan sebagai dilahirkan dengan wajah iras2 babi...

Saspen tak korang?

Jangan marah k - siapa yang ada channel Movie di Astro pasti tau apa aku cakapkan ni...

Tajuk cerita tu adalah PENELOPE [sebut betul2,... peh-ne-low-pee]... Lakonan Christina Ricci, James McAvoy, Reese Witherspoon dan ramai lagi yang menjayakan filem pasal seorang gadis yang dilahirkan dengan hidung & telinga seperti seekor babi akibat sumpahan yang telah dikenakan oleh seorang ahli sihir akibat marahkan nenek moyangnya dulu...

Memang kesian bila tengok cerita tu, betapa manusia ni sering saja bersikap prejudis terhadap sesuatu yang tidak menepati 'garis panduan' dalam sosial mereka - hanya kerana orang tu dilahirkan tak sempurna, terus dipandang hina, jijik & disisihkan, macamlah yang lahir sempurna tu elok sangat akalnya...

Walaupun cerita tu cuma fiksyen, tapi aku rasa ia memang sarat dengan mesej kemanusiaan yang sepatutnya kita fikirkan. Mungkin dengan cara tu, kita boleh nampak apa salah/silap/kurangnya kita ni dalam memperbaiki diri kita - seterusnya boleh kita kongsi bersama ahli keluarga kita & mereka pula menyebarkannya kepada orang2 lain...

Mungkin dengan cara tu baru boleh masyarakat kita yang sedang sakit macam2 sekarang ni [sakit selsema babi ada, sakit gila babi ada, sihat cukup sifat tapi perangai babi pun ramai, nampak baik tapi hati babi pun tak kurang...] boleh nampak apa yang patut dibetulkan supaya masyarakat kita tak terus-terusan sakit hingga bertukar jadi b.a.b.i sebab dah lupa adab2 yang sepatutnya mereka amalkan dalam menjadi seorang manusia yang Tuhan dah ciptakan dengan akal fikiran yang tak ada pada haiwan, jauh sekali b.a.b.i...

Aduh apa sajalah aku repekkan ni?

Hahaha... Oklah, sambung keje balik seblum bos balik opis!

Terima kasih kerana membaca pernyataan pendapat aku ini...


2 comments:

Zura Hilman said...

waaaaa..... terlepas tengok penelope...aku da mark daaa....ni sume husband aku punya pasal la neh...sebuk main xbox!!!! cheis! cheis!

k1m1_KaeMoS said...

hi Zura,
ngeh3...
ada lagi kot repeatnya dalam 2 3 ari neh...
try la tengok2, mana tau ada nasib ke?
anyway, thanks for being here!