.: COUNTLESS THANKS TO :.

Monday, June 15, 2009

CAMANAPUN NAK MAK AKU JUGAK...

Nak Mak jugak yg pakai baru elok... Aku lak takde gambar aku pakai tudung neh, kalau tak boleh aku letak so boleh orang tengok apa yg tak kenanya kalau aku yg pakai sampai aku jadi tak kisah langsung tuk bagi tudung tu pada Mak terus!

Hari Sabtu baru ni [130609] kitorang balik umah Mak & Abah jap. Abah suh kitorang amik lauk kenduri yg banyak berlebih... So aku pun amik kesempatan ni tuk bagi Mak try tudung Shafnie yg aku beli arituh... Tengok2 rupanya Mak pakai jauh lebih elok daripada aku pakai...
Tudung coklat neh, awningnya bukan jenis awning yang penuh dari kiri ke kanan 'gerbang' tudung tuh, sebaliknya ada lebih kurang 1 1/2 inci yang 'kosong' di bahagian tepinya. Jadi bila Mak pakai nampak lebih elok sebab ada ruang untuk kaki cermin mata Mak tu... Sedangkan kalau aku yang pakai, alamatlah asik kene tegur je dengan orang suruh aku betulkan awning tudung tu pasal nampak macam 'tercubit' skit di kiri & kanan awning tuh.

Fedap punya pasal - aku terus beri Mak - end of story. Lagi aku puas ati & tak payah nak pening2 asal pakai je kene betul2kan atau kalau tak, orang akan asik tegur je seolah2 aku ni bongok sangat tak reti pakai tudung tuh.








Diba dengan gaya tudungnya di umah - hahahaha...



Terima kasih kerana sudi membaca ketidakpuasan hati aku mengenai ketidakserasian aku dengan tudung tersebut... Walaupun mahal harganya tapi takpelah, kalau dah bukan rezeki aku nak wat cane kan?

Besides, at least aku bersyukur ada juga orang bleh pakai - so takdelah bersimpan je dalam lemari sampai hari aku dah tak nak pakai lagi kan?



4 comments:

Collin said...

diba tu dah buleh jadi model serban benggali dah kak kim!!
kahkahkah mau marah dia dgr lin kate dia centu!

k1m1_KaeMoS said...

hi lin, thanks for dropping by!

lama x dengar cite u ek...
kehkehkeh
tu sibuk sangat nak bergaya dgn hair wrap yg mak akak beli dari cosway
dah akak amik gambar dia, padan muka dia!

Collin said...

emm..
lin baru 2 ari kije
after 2 weeks coti
lin p buat omrah dgn mak
jalan2 sekali lah kat jordan dgn syria..
lin suke tgk brg2 cosway
kdg2 rase nk beli 1 kedai!

k1m1_KaeMoS said...

waaa
tahniah u dah gi umrah
alhamdulillah, sampai juga awak ke sana
ingat awak je yg rasa gitu bila tengok barang2 cosway?
huh!
akak pun 2x5 jek!
rasa nak borong sume jek