.: COUNTLESS THANKS TO :.

Friday, June 12, 2009

BUKAN KELUANG MAN, OK?

Huh! Jiwa aku terganggu! Kepala aku serabut pas tengok citer neh... Tapi penuh dengan kekaguman!
Source : http://www.facebook.com/photo.php?pid=556901&op=1&view=all&subj=27904986653&aid=-1&oid=27904986653&id=15122814507


Aku terjumpa pasal filem pendek ini dalam salah satu blog yg aku suka baca [Aku Tak Peduli]...

Walaupun terpaksa tahan mata dengan cara meletakkan batang mancis [ok2, aku tipu jek, jgn marah k - masa tu aku ngantuk je... dah kul 4 pagi pun takleh tdo lagi...]

Disebabkan aku takleh tengok versi HD [High Definition bay-beh!], jadi terpaksalah aku berpuas ati saja dengan mutu video yg biasa dan terjemahannya yg sangat halus... Rabak juga mata aku jadinya bila paksa2 nak baca terjemahan tu...

Lainlah juga kalau aku pernah belajar Bahasa Perancis...Pasti aku faham karya orang Perancis nih tanpa perlu merujuk pada sarikatanya tuh...

Hasil tangan Julien Mokrani & Samuel Bodin nih memang menghantui aku...
Dan mula membuatkan aku lupa sama sekali filem2 Batman yg biasa aku tengok sebelum2 ni...

Filem noir ini mengingatkan aku pada Sin City & The Spirit. Warna yg ketara adalah merah, hitam & putih... Sweeetttt...

Terkesan sungguh aku pas tengok cerita tuh... Terganggu pun ada... Terkagum? Toksah ceritalah...

Bila kerap sangat disogokkan benda2 yg komersial sangat neh, aku rasa begitu berbeza lepas tengok cerita nih - baru aku sedar yg jiwa aku kosong [bila tiba bab filem, ok]... Bukan saja kerana aku takde pendidikan formal tentang filem, tapi juga kerana filem2 yg sangat rare macam ni membawa kesan yg begitu ketara bezanya... At least pada aku lah... Kalau orang lain tak rasa cam aku takkan aku nak paksa pulak dorang rasa cam aku kan?

Tak retilah aku nak cakap... Tapi kalau ati tak kuat atau anda sorang yg terlalu mudah terganggu atau terlalu tinggi sensitivitinya - jangan cuba2 nak tengok filem tu ok...

Don't say I didn't warn you...


Merci pour lire.

[Do correct my French, if I'm wrong anywhere...]


p/s: Senyap jek kebelakangan ni si Kaza Jelita tuh, pehal?


No comments: