.: COUNTLESS THANKS TO :.

Friday, June 12, 2009

BANK & ORANG MESIA

Tengahari tadi aku bergegas ke *ehem* kerana sumber kewangan aku sudah menyusut ke tahap yg mengerikan.

Bila tiba di sana, aku cepat2 ambil borang pengeluaran, baru aku tuju ke mesin ambil nombor. Walaupun aku tau, nombor giliran masih banyak lagi, tapi tak kisahlah kalau aku ambil cepat atau lambat pun kan?

Nak jadikan cerita masa tunggu tu, mujur dapat kerusi so aku pun duduk, sambil perhatikan keadaan sekeliling.

Mak oih! Ngantuk sungguh! Aku memang tak tahan, rasa nak tido je dah, tapi mujur aku bawa earphone lalu aku cucukkan ke hp aku & cuba layan lagu yg boleh mendatangkan semangat waja, supaya tak ngantuk la konon2nya...

Tapi masih juga takleh blah... So aku kena buat aktiviti yg boleh membuatkan otak aku bergiat cergas skit - iaitu memerhatikan keadaan sekeliling dan membuat pemerhatian secara detail...

Aku perasan beberapa perkara... Menyedihkan atau tidak, itu realitinya...

Orang Mesia neh kalao masuk bank/institusi kewangan, mesti buat benda2 neh:-

1. Tak letakkan mobile phone [perhatian: handset adalah gagang telefon, bukan telefon bimbit ye adik2...] dalam Silent mode, tanda menghormati bank sebagai tempat para pekerjanya mencari rezeki & membantu urusan perbankan/kewangan pengguna.

2. Tanpa urusan yg membabitkan anak2, tapi masih bawa anak2 yg masih kecil & cenderung untuk berlari ke sana ke mari & bermain serta mudah pula menangis sekuat2 hati kalau terjatuh atau bila tak dapat apa yg diinginkan. Bukan seorang, bukan dua orang, tapi kalau ada segerombolan anak pun mesti nak dibawa juga.

3. Bercakap di telefon bimbit dengan suara yg tidak perlahan dan memang mengganggu tumpuan para pekerja bank dalam menjalankan tugas mereka.

4. Lebih suka utk memotong barisan [kalau bank/institusi kewangan tu takde mesin nombor giliran @ dah rosak].

5. Cukup gemar bersidai di tempat2 seperti meja mengisi borang yg menempatkan borang2 urusan perbankan/kewangan, seolah-olah tiada kerusi untuk mereka duduki...

6. Bila terlanggar/tersinggung anda, jangan mimpilah nak dapat perkataan "Sorry!" yg ikhlas - mesti kalau diucapkan pun, tanpa memandang muka anda dgn penuh ikhlas mengakui kesilapannya...Silap haribulan, anda pulak dimarahi balik!

Mungkin banyak lagi yg aku tak perasan. Bukan yg buruk saja yg aku nak nyatakan. Tapi memang susah nak cari orang yg betul2 menghormati tempat2 yg memerlukan gangguan yg minimal dalam keadaan trafik manusia yg tinggi dan tekanan yg boleh jadi melampau dengan mudah, macam bank.

Kalau aku kerja bank, memang aku takleh nak tumpukan perhatian kalau aku asik terdengar bunyi telefon bimbit pelanggan berbunyi. Kalau bunyinya memang discreet [perlahan & tersembunyi], lain juga halnya. Ini tidak, sudahlah kuat, lepas tu asik berulang2 seolah2 tuan punya handphone ni seorang YB yg sentiasa saja dicari oleh rakyatnya, ataupun dia seorang VVIP yg mempunyai perniagaan multi-bilion yg sentiasa berurusniaga melalui telefon, sehinggalah dalam berada di hadapan pegawai bank pun masih lagi bercakap dengan dada yg kembang dan hidung yg tinggi, di samping suara yg cukup kuat sehingga menyakitkan telinga orang lain.

Sudah2lah tu... Bukan korang saja yg ada handphone mahal, berjenama terkenal & sentiasa saja menerima panggilan @ SMS... Ada yg macam super-komputer pun, tapi tak reti nak tukar ke Silent Mode pun, tak guna juga...

It's not the tool that counts... It's the man.


Gracias por leer esto.





No comments: