.: COUNTLESS THANKS TO :.

Friday, June 12, 2009

ANTI-KLIMAKS

Penah dengar tak perkataan di atas neh?

Menurut http://www.merriam-webster.com/dictionary, ia bermaksud:-

1: the usually sudden transition in discourse from a significant idea to a trivial or ludicrous idea ; also : an instance of this transition

2: an event, period, or outcome that is strikingly less important or dramatic than expected

Dalam bahasa mudah aku ialah, penghujung cerita yang memang menyakitkan hati sebab tak seperti yang aku jangkakan.

Contoh2 ayat yg boleh aku berikan [maaf kalau tak betul, aku pun bukan pandai sangat k]:-

1. Setelah berhempas-pulas menyediakan laporan utk pembentangan sehingga kami bekerja terpaksa bekerja lebih masa selama 2 minggu berturut-turut - balik pukul 4 atau 5 pagi - alih2 mesyuarat tersebut dibatalkan pada saat2 akhir.

2. Setelah agak lama mendengar dia bercerita dan merasa teruja untuk mengetahui kesudahan ceritanya, tiba-tiba telefonnya berbunyi dan dia menjawab panggilan tersebut. Selesai saja panggilan, dia memandang semula ke arah muka aku dengan pandangan yang kosong - seolah2 tiada apa berlaku dan dia siap bertanyakan pada aku kenapa aku berada di hadapannya.

3. Ia terasa seperti sudah bersusah-payah menyediakan diri sendiri dengan latihan demi latihan keras dan berat, kita sudah berada di garisan permulaan larian, tembakan dilepaskan dan tiba-tiba, larian itu dibatalkan separuh jalan - hanya kerana ada kesilapan teknikal semasa melepaskan peserta di awal larian tadi.

4. Penantian penuh debaran berakhir dengan tersiarnya trailer filem Transformers : Revenge of The Fallen yang mana telah memadamkan semangat aku yang berapi-api secara serta-merta, selepas aku sedar yang Megatron telah pun bangkit kembali dari dalam laut & muncul untuk menghuru-harakan keadaan serta membalas dendam terhadap Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime.
[Ini adalah tujuan sebenar entri ini ditulis - aku bengang betul lepas tengok trailer Transformers - dah tak ada surprise langsung la - semua pun dah ditunjuk... Sungguh anti-klimaktik!...]

Ada contoh lain, kawan2?

Mari belajar sama2!

Terima kasih kerana sudi membaca...


No comments: