.: COUNTLESS THANKS TO :.

Tuesday, June 30, 2009

HAPPY BIRTHDAY SALEHA!

To my 3rd sister - may Allah always bless you & grant you with all the good things in life!

Aku tau dia dah dapat SMS aku petang tadi - dia cuma mungkin tengah terlalu sibuk atau ada masalah yang menghalangnya daripada membalas SMS aku tu!

Terima kasih kerana membaca & [kalau sudi] mendoakan yang baik-baik untuk adik aku yang seorang ini!


AKU BENCI NAK MENGAKU

Tapi aku gembira akhirnya aku berjaya juga...

Malas pulak nak cerita pasal apa - abaikan je lah ok?

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melayan aku yang sedang entah apa-apa ini!

POSTO TAK BERTAULIAH

Dalam satu-satu tempat yang memang ramai manusia pasti banyak pula ragam dan rupanya. Bila sudah ada pelbagai ragam dan rupa, pasti banyak pula pergeseran dan perselisihan yang kalau dibiarkan sahaja, pasti akan membawa kepada pergaduhan yang jika dipandang ringan, pasti akan membawa kepada perpecahan kepada satu-satu organisasi, seterusnya kepada pergolakan bangsa yang memustahilkan berlakunya perpaduan negara secara keseluruhannya.

Hahaha, aku terdengar bunyi-bunyi ketawa di sana-sini, yang seolah-olah mencaci-maki niat ku dalam menyampaikan maksud dan hasrat di hati...

Aku bukan apa,... boleh-boleh dalam hal-hal picisan yang tak ada kaitan dengan aku ni,... memang aku akan jauhkan diri. Nama pun hal-hal picisan - maknanya tak ada kepentingan mahupun signifikan yang cukup besar pada aku. Selagi aku boleh jauhkan diri - memang aku akan lari jauh-jauh supaya aku takkan boleh dikaitkan waima sebagai saksi [tak pasal-pasal] sekalipun.

Sebab aku tak mahu campur hal orang, nak-nak pula kalau hal tu hanya akan memudaratkan diri aku sendiri, baik dari segi fizikal, mental mahupun reputasi aku yang sudah terang lagi bersuluh, tidaklah baik mana di mata khalayak ramai.

Yang menggelikan hati dan juga menimbulkan rasa pelik yang amat sangat bila ada orang-orang yang cukup gemar menjadikan diri mereka posto. Posto? Apa kejadahnya tu, barangkali orang tertanya... Mari kita kupas bersama apa[kejadahnya] posto ini...

Posto, dalam cerita Ahmad Albab (antara karya agung Tan Sri P. Ramlee yang masih pekat dan mesra benar dengan kehidupan kita pada hari ini walaupun beliau sudah lama meninggalkan kita) adalah mainan perkataan postman yang sengaja dijadikan perkataan Arab [kononnya, memandangkan cerita itu berlatar belakangkan sebuah negeri Arab].

Tapi dalam konteks entri kali ini, posto membawa maksud orang-orang yang suka menyampai-nyampaikan cerita yang didengarnya daripada orang lain, samada secara sengaja ataupun tidak, kepada orang lain secara sengaja ataupun tidak [terlepas cakap, tersasul dan macam-macam jenis tak sengaja lah...] dengan niat yang tidak ada orang lain tahu melainkan hanya Tuhan saja yang lebih tahu, apa niat sebenar si penyampai atau si posto ini...

Mungkin dia mendapat faedah-faedah dari segi kepercayaan daripada orang yang dirasakannya boleh memberikannya faedah seperti kewangan mahupun kemudahan lain yang dirasakannya boleh menguntungkannya.

Mungkin juga dia sekadar mencari khalayak kerana merasakan dirinya belum cukup popular atau dikenali ramai sehingga dia merasakan dia perlu menyampaikan berita-berita kepada orang yang berkecenderungan pula untuk membesar-besarkan duduk perkara sehingga menimbulkan salah faham kepada orang yang mula-mula sekali mengeluarkan kata-kata yang disampaikan kepadanya, oleh si posto ini.

Walau apa pun niat si posto ini, aku tetap berpendirian bahawa orang-orang sebegini hanyalah sekadar kutu dan lipas yang tiada kesetiakawanan dan tidak boleh dipercayai...

Cicit keturunan Kitul & Mendeliar ini bagaimanapun tidak boleh kita pandang remeh - kalau dulu Kesultanan Melaka rebah begitu saja di tangan mereka berdua - apa lagi yang mampu dibinasakan oleh orang-orang yang bersikap seperti kutu yang melekat di kepala untuk menghisap darah dan bila sudah puas mendapat faedah daripada kepala seseorang itu, berperangai seperti lipas pula - dengan cepat dan pantas beralih ke kepala lain untuk melakukan apa yang lipas selalu lakukan [aku pun dah kekontangan idea - lipas watpe ah kalau meka pegi ke kepala orang lain? Ke,... aku yang dah mula keliru dengan sifat semulajadi kutu dengan lipas? Arghhhh!!!]

Apapun terima kasih kerana membaca tentang posto tidak bertauliah ini, yang bersikap seperti kutu dan berperangai seperti lipas!

[Mana Ridsect? *garu-garu kepala*]

Sunday, June 28, 2009

WALK HARD:THE DEWEY COX STORY


Poster filem yang mengambil pose ala Jim Morrison [penyanyi kumpulan The Doors] yang sememangnya dikenali ramai (padanlah aku rasa cam familiar je aksi mamat sengal neh!)


Cerita lawak yang mengumpulkan banyak legenda muzik dan dijadikan satu parody filem-filem lain dalam genre biografi ahli muzik ini mengisahkan seorang "penyanyi lagenda" di Amerika, yang bernama Dewey Cox lakonan John C. Reilly [Talladega Nights:The Ballads of Ricky Bobby, The Perfect Storm, The Aviator, Dark Water]. Dewey Cox bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi terkenal selepas mendapati dirinya seorang yang berbakat semulajadi dalam bidang muzik.

Perjalanan mencipta namanya itu telah menemukannya dengan pelbagai ahli muzik sebenar dan memang terkenal dalam sejarah muzik Amerika Syarikat dan juga telah menunjukkan pergelutannya dalam mengimbangkan kehidupan sebagai ahli muzik yang sentiasa bergerak untuk mempromosikan muziknya dan terpengaruh dengan pengaruh2 negatif [dadah, seks bebas, alkohol dan kaki perempuan] dengan kehidupan sebagai seorang lelaki yang sudah berkahwin dan menjadi ayah kepada ramai anak.

Filem komedi tahun 2007 ini telah ditulis bersama oleh pengarahnya Jake Kasdan dan Judd Apatow.

Yang menariknya tentang filem ini ialah hampir kesemua lagu yang didendangkan oleh watak fiksyen Dewey Cox ini dinyanyikan sendiri oleh John C. Reilly, yang turut memainkan sendiri gitar dalam menjalankan wataknya. Dia memang boleh menyanyi dengan baik - serius, aku tak tipu... Tontonlah filem ni dan nilaikan sendiri betul atau tak dakwaan aku neh...

Filem ni sekarang sedang ditayangkan di HBO so sesiapa yang ada Movie Package - anda patut menontonnya dan semoga anda terhibur!

Terima kasih kerana membaca sedikit sebanyak tentang filem yang melucukan tetapi juga unik dan mengagumkan ini...


Saturday, June 27, 2009

PUIH!

Kebelakangan ini aku selalu surf Internet, tengok2 blog/FS/FB/fotopages/website ramai orang yang aku kira, sangat jauh lebih menarik daripada blog/FS/FB/fotopages aku sendiri [terasa sungguh tak best rupanya diri aku inih... *tsk2*]

Tak kisahlah, aku fikir... Kadang2 yang aku pun terasa lebih-lebih, sape suruh kan?

Tapi tulah, memang aku terasa... Terasa betapa masih kurangnya ilmu aku dalam bidang fotografi & blogging, serta perkara lain yang perlu untuk menjadi bagus dalam bidang ini, contohnya cam kemahiran mengedit gambar, memuat naik gambar dengan cara yang lebih baik dan bukannya menurut cara yang standard, yang dah sedia ada dalam website tu...

Yang lebih menekankan perasaan aku ialah bila saja aku tengok gambar2 kawin orang lain - sungguh cantik, sungguh bermutu tinggi dan sungguh menyentuh perasaan... Berbaloi juga dengan RM yang mereka laburkan agaknya... Tapi tu lah,... yang indah, yang cantik, yang berbaloi[-baloi,... peeeewiiiitttt], hanyalah orang lain punya gambar...

Gambar kawin aku?

Baik tengok menatang2 kat zoo la aku rasa...

Bukan tak cantik tapi memang macam haram... Aku doakan semoga jurufoto yang mukanya iras Mawi tu sedar satu hari nanti, betapa tak berkatnya RM yang dia dapat lepas dia aniaya kitorang cukup2 dengan extra charges & kemungkiran janji pada saat2 akhir, yang dia buat...

Aku juga doakan semoga satu hari nanti, jurumekap aku yang perasan sangat dia bagus & hebat dalam bidang solekan pengantin tu akan sedar bahawa dirinya hanyalah picisan - yang mana bila pengantin2 dah tak jumpa orang lain je baru meka akan amik perkhidmatan dia yang macam sampah tu...

Bukan aku tak bersyukur dapat melalui hari itu dengan penuh meriah & kesyukuran. Bukan juga aku tak redha dengan ketentuanNya - dah rezeki aku untuk dapatkan gambar yang cantik dan untuk dijadikan kenangan indah hingga ke anak cucu nanti, agak mahal...

Tapi tipulah kalau aku kata, aku tak terjejas langsung bila tengok gambar orang lain kawin dan bandingkan pulak dengan gambar2 kami...

Dan tipulah juga kalau aku katakan yang aku tak rasa berkira dengan setiap sen yang kami bayar jurufoto tu, bila aku tengok gambar kawin orang lain - baik online mahupun album gambar yang sangat unik & customized - dibandingkan pulak dengan album gambar kami yang cikai, boleh aku beli di Mydin pun, pastu langsung tak bermutu tinggi...

Kurang ajar punya fotografer & makeup artist! Padahalnya bukannya aku 'Alleycats' [TERIMA KASEEYYYYYY] je - aku bayar beb! Dengan setiap keringat kami bekerja siang malam membanting tulang hanya untuk dapat hasil yang macam ta*k je... Puih!

Moga2 jadi panduan buat yang belum berkahwin - jangan tertipu dengan 2 ekor setan ini... Makeup artist tu bertapak di area Puchong, yang fotografer tu aku tak pasti, tapi yang aku ingat, dia memang ada iras Mawi, dengan muka, dengan rambut, tinggi2 & kurus2...

Kalo korang jumpa meka neh - minta2 rezeki korang murahlah... Tak semahal kami kena...

Aku bengang neh...

Walau camanapun - terima kasih kerana membaca & turut sama berkongsi perasaan aku...


TERJUMPA GAMBAR2 GI BUKIT BENDERA

Masa ni kami pegi ke Penang... Dalam hujung bulan 2 2009 ... Ada majlis kahwin sepupu Hubby di sana... Kiranya merasa jugalah aku pergi ke Penang akhirnya, walaupun sekejap dan dengan bajet yang tak berapa nak banyak... Tapi alhamdulillah, kami sekeluarga selamat pergi dan selamat pulang ke KL walaupun kereta adik dia telah break down berdekatan dengan R&R Gua Tempurung dalam perjalanan balik ke KL...

Banyak tempat kami singgah sepanjang perjalanan pergi & balik dari Penang... Tapi aku rasa tak puaslah pegi sekejap je... Tak merasa nak berjalan2 di waktu malam pasal trip kami tu sekejap je - pagi Jumaat bertolak, majlis hari Sabtu, Ahad jalan2 dan bertolak balik ke KL... Mujur juga Isninnya tu memang amik cuti kalao tak mau aku pengsan kat opis pasal tak cukup rehat!

Seronok tengok gambar2 kenangan ni kan... Kalau dapat nak je patah balik ke masa tu dan kita nikmati sepenuhnya masa2 kita bercuti bersama orang2 tersayang dalam hidup kita, amik lagi gambar2 yg jauh lebih menarik, dan macam2 lagi... Tapi nak wat cane,... yg aku ada cuma kamera 3.2 megapixel dari henfon aku je, tak mampu lagi nak beli DSLR yg best2 itu... Nama pun telefon bimbit kan, so kemampuannya agak terbatas dan tak banyak gambar dapat aku ambil dengan lebih baik...

Mujur juga lensanya buatan Carls Zeiss - so gambar2 nya tak la menghampakan aku sangat...

Setakat ni aku rasa puas hati la guna henfon aku neh tuk amik gambar, walaupun banyak keterbatasannya tapi aku tetap rasa puas ati. At least, buat masa ini... [Cara2 memujuk hati yg lara sebab tak mampu lagi nak beli DSLR ataupun compact digital camera disebabkan komitmen kewangan lain yg lebih memerlukan RM buat masa ini...]

So korang tengoklah gambar2 ni k... Kalau dapat nak bagi komen & kritikan pun aku terima... Demi memperbaiki diri sendiri, apa salahnya?

Berjalan2 di Bukit Bendera, lepas majlis kahwin sepupu meka...

Image Hosted by ImageShack.us
Muka menahan gayat naik kete kabel [yang sebenarnya!]


Image Hosted by ImageShack.us
Isha menyuruk di balik bahu bapanya...

Image Hosted by ImageShack.us
Ada juga orang berumah di lereng2 Bukit Bendera neh - ternyata "gayat" tiada dalam kamus hidup mereka...

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us



Image Hosted by ImageShack.us Terrace Walk yang ditutup untuk kerja2 maintenance masa kami di sana - tak merasa la jalan kat bawah tu...

Image Hosted by ImageShack.us
Anda di sini! - katanya...

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
Plak sejarah dan model Kereta Kabel Bukit Bendera...

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
Di pusat penjaja Bukit Bendera...

Image Hosted by ImageShack.us
Pentas ni ada show ular sawa - ikutkan aku nak gak merasa amik gambar dengan ular sawa tu, tapi gelimat la pulak!

Image Hosted by ImageShack.us
Terjumpa satu pondok tepon awam yang aku kira unik gitu...

Image Hosted by ImageShack.us
Kat atas neh, punya banyak labah2 besar2 yang buat sarang kat kabel2 elektrik... Seram pulak aku rasa...


Image Hosted by ImageShack.us
Di sebuah tempat yang berfungsi sebagai roundabout kecil yang menempatkan sebuah tugu kecil, ada tiram & mutiara dan ada air pancut...

Image Hosted by ImageShack.us
View dari puncak Bukit Bendera yang menempatkan sebuah kuil & surau di situ...

Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.us
Terjumpa meriam lama yang memang diletakkan betul2 dekat dengan tangga neh... [Camana meka bawak naik atas tu ek?]

Image Hosted by ImageShack.us
Bleh lagi wat muka ngade2 dalam pada gayat2 tuh... Hehehe...

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
Masa tunggu giliran nak amik trip turun dari Bukit Bendera... Ada pulak kera kat situ...


Kalau sudi tengok lagi di sini ini & tinggalkan komen anda ok?...


Terima kasih daun keladi, kalau sudi mai la lagi!


Friday, June 26, 2009

JALAN2 TENGOK TRANSFORMERS...

Hari Selasa baru ni kitorang pi tengok wayang... Tapi gambar2 masa outing tu aku tak sempat nak upload pulak... So aku pun amik la kesempatan ini tuk upload kan...

Aku gembira bila tengok Amil gembira. Yelah, dengan keterbatasan dia yang membuatkannya jarang keluar rumah, bila sesekali kami dapat bawa dia keluar rasa gembira yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata lah...

Masa nak bawa dia keluar ni, kami berdua cuma beritahu Abah & Mak saja supaya mereka tahu ke mana kitorang nak bawa dia dan kenapa... Hubby balik je dari opis kitorang terus bergegas ke rumah Mak & Abah tuk amik Amil...

Dah siap serba-serbi, bertolaklah kami ke Mid Valley... Walaupun puas dikorek oleh Diba [yang dalam masa sama dah meleleh air mata pasal dia tak dibawa sekali - dah dia pun baru balik dari skolah kan?], tapi kami tetap tak bagitau ke mana tujuan kami lepas tu... Aku perasan dia makin 'lebat' pas kitorang gerak tinggalkan umah... Tapi nak wat cane... Lenkali la ek Diba, time awak punye result peksa cambest sket - baru akak bawak k!

Dan2 pulak bila nak masuk parking, Amil tau apa tujuan kami bawa dia ke situ... Walau camanapun kitorang nafikan, dia tetap kata kitorang nak bawa dia gi tengok wayang...

Aku rasa daripada gambar2 ni pun dapat dilihat dengan jelas dah betapa gembiranya dia pasal dapat jadi antara yang pertama menonton sekuel Transformers:Revenge of The Fallen...

Image Hosted by ImageShack.us
Tunggu abang iparnya collect tiket...

Image Hosted by ImageShack.us
Tengok tu dia punya sengih... Punyelah happy!

Image Hosted by ImageShack.us
Tunggu aku pi beli popcorn+Coke tuk aku +Hubby
& coffee tuk dia [yeah dia pun avid Nescafe & coffee addict cam aku juga!]


Image Hosted by ImageShack.us
Sambil2 tunggu tu dia tengok keadaan di Mid Valley yang walaupun belum lagi hari gaji, tapi masih ramai orang!

Image Hosted by ImageShack.us
Kubah MV... Cantik pulak aku tengok... Heheheh...

Image Hosted by ImageShack.us
Dah masuk dalam - kena balut badan dia ngan selimut pasal dia senang kesejukan...

Image Hosted by ImageShack.us
Yang ko pejam tu knape ish!

Image Hosted by ImageShack.us
Bergambar kat poster Ice Age 3 - nak kat poster Transformers yang besar tengah ramai orang pulak... Hurm...

Image Hosted by ImageShack.us
Puas ati dah dapat tengok Bumblebee?

Image Hosted by ImageShack.us
"Sedapnya Chicken Rice Shop ni kak", katanya lepas dia ngadu lapar... Kitorang pun sama jek... Sampai tak sempat2 la nak amik gambar makanan pun pasal dah lapar bangat!


Syabas buat Hubby - mudah2an Dia lapangkan rezeki awak kerana awak telah menggembirakan hati ramai orang pada hari itu...

Terima kasih juga banyak2 pada Abah sebab sudi membantu dalam *ehem*2, maklum sajalah belum gaji kan... Anak mu yang seorang ini kan sedang bangkrupsi... Heheheh...

Terima kasih juga pada anda kerana sudi membaca...




REKOD BERSIH YANG TERCALAR

Tadi petang Hubby jemput aku di opis dan kami bergerak ke opis dia pula, pasal dia kena O.T. This means that I have to take the bike home by myself and fetch him later at 9 something.

Macam biasalah aku ikut jalan yang biasa aku ikut - keluar dari ofis dia - lalu depan KTM & Mahkamah Syariah - lalu depan Muzium Negara - then masuk Jalan Travers...

Jalan Travers tu kan memang terkenal sangat dengan 'kelancaran' lalulintasnya... Aku pilih jalan paling kanan & dengan hati2, supaya tak terlanggar mana2 kereta @ side mirror kereta. Aku tak nak kuar RM tak pasal2 tuk ganti parts kereta orang... Sendiri pun bankrupsi...

Tetiba perjalanan aku agak terganggu bila ada satu Mini Cooper merah menghalang laluan tadi... Malas nak hon & celah ikut situ juga, aku terus ke kiri dan tanpa aku duga - ada satu motor lain dah berlaga dengan motor aku dan aku nyaris2 jatuh ke kanan aku, yg ada satu kereta lain.

Aku tergamam, tapi sempat aku meminta maaf pada mamat tuan punya motor tu sebab aku main keluar je tanpa bagi signal - sesuatu yg tak penah lagi berlaku sebelum ni...

Dengan badan yg benar2 masih terkejut, aku bawa perlahan je sampai ke rumah sebab aku rasa impak pelanggaran tadi tu agak, mengesankan pada fizikal aku... Pergelangan tangan kiri aku sakit, tengkuk aku pun rasa ketat je, kaki pun agak lenguh...

Padahalnya motor kami berdua bukannya rebah ke jalan tar ataupun terseret ke, tapi tersangkut throttle dia dengan handle kiri aku, tapi badan aku masih sakit...

Sampai rumah, pergerakan semudah membuka jaket pun amat menyakitkan. Kepala aku rasa sakit tiba2 tapi mujur tak lama...

Rekod bersih aku - 2 tahun percubaan tanpa sebarang kemalangan yg berpunca daripada aku - tercalar juga akhirnya...

Sebelum ni pernah juga aku kemalangan. Pertama sekali masa sekolah dulu - jatuh terduduk dari Vespa Abah - menyebabkan aku sampai hari ni senang sangat sakit pinggang & punggung kalau terhentak sikit pun...

Masa aku dating dgn Hubby dulu pas waktu keje, kitorang akan pegi ke parking Taman Tasik Perdana yang dekat dengan pintu masuk Bukit Aman tu... Dia ajar aku cane nak bawak motor RXZ... Mulanya ok je aku bawak, siap bawak dia lagi kat belakang - tapi bila aku bawak sorang dan nak U-turn, aku ilang kawalan dan motor tu terjatuh, bahagian hujung brek tangannya patah sikit dan aku menggigil2 ketakutan... Mujurlah tak cedera apa2... Kesian je kat motor dia...

Pehtu masa keje 7E dalam,... tahun 2004 ke... Dengan Abah jugak, kat Jalan Parlimen - Abah tengah laju, tak perasan polis trafik suh berenti, bila tiba2 Honda CRV depan dia berenti, terus la terlanggar bahagian belakang CRV tu, pecah la signal kiri dia... Seluar favorite aku pun terkoyak tang punggung, tah mana tah yang jadi punca koyak tuh... Bongok betulla...

Dalam tahun 2008, aku eksiden masa Leha baru2 bawak motor. Dia bawa Ego kawannya, sampai kat selekoh nak masuk umah kitorang dia ilang imbangan dan terus tergolek dog - aku plak terus tergolek2 terguling2 macam hero cite Tamil. Dia dah kena hempap dengan skuter kecik yang boleh tahan jugak berat nak mampus rupanya tu, ketakutan tak bergerak... Dalam kepayahan aku angkat la motor tu dari atas badan dia dan balik malam tu walaupun aku tak luka cam Leha, tapi aku takleh tido pasal badan aku sakit di sana-sini...

Aku biasanya sangat berhati2 bila tiba bab nak masuk celah mana pun... Samada aku beri signal ataupun angkat tangan minta laluan selepas aku berhenti dan memerhatikan keadaan jalan, baru aku akan keluar... Tapi tadi?

Nasib baik mamat tu tak marah aku dan beri aku jalan dulu. Tapi aku percaya, badan dia pun mungkin sakit juga akibat kesan motor kami berlaga tu... Aku takkan bleh lupa bunyi brek kecemasan dia & bunyi motor kami berlaga & tersangkut...

Sekarang ni pun sambil menaip, bahagian badan sebelah kiri aku bukan main lagi sakitnya...

Aku pun tak tau kenapa jadi macam tu tadi - aku memang biasanya sangat menjaga bab2 keselamatan semacam ini sebab aku tak mahu terbabit dalam apa2 kemalangan dalam apa2 jenis ataupun darjah kemalangan pun...

Rekod bersih yang puas aku jaga selama hampir 2 tahun ni musnah, sedangkan beberapa hari je lagi aku akan dapat lesen penuh...

Walhal sebelum ni aku bawak lagi laju, lagi bahaya dan lagi kering hati...

Tapi tadi?

Tipulah kalau aku kata, tak pernah aku terbrek emergency atau nak elak daripada dilanggar oleh kenderaan lain sebelum ni... Pernah juga aku nyaris terpelanting ke tiang lampu isyarat sebab brek emergency sebab ada kereta tu tak bagi langsung peluang untuk aku lalu dulu... Berapa kali dah aku siap terbayang tajuk akhbar hari esok - "Staf KLCH maut terpelanting ke tepi jalan" dan macam2 lagi...

Tapi tadi menyedarkan aku bahawa dalam sekejapan je - maut memang boleh melayang bila kita tiba2 tak alert. Bila tiba kejadian tu berlaku ianya pasti akan berlaku terlalu pantas sehingga kita belum tentu sempat pun terfikir tentang apa2, jauh sekali nak ingat nak mengucap ke, nak ingat mak bapak ke, nak ingat suami/isteri ke... Na'uzubillahiminzalik...

Aku bersyukur masih selamat fizikal aku & mamat tu, walaupun hakikatnya, jiwa aku terluka amat sangat sebab ini benar2 kali pertama aku alami secara fizikal...

Terima kasih kerana membaca luahan hati aku ini...




KO TAK SEDAR KE, BUAT2 TAK SEDAR?

SUARA KAO DAH MACAM HALILINTAR MEMBELAH BUMI?
BUNYI RINGTONE KAO YANG BODOH TU TAK HABIS-HABIS MEMBUATKAN ORANG SAKIT HATI?
BUNYI SERET2 & KELEPEK2 SELIPAR KAO TU MENAMPAKKAN SANGAT KAO TU TERLAMPAU BERAT NAK BAWAK DIRI SENDIRI?

Pagi2 lagi dah sakitkan ati orang lain - memang MB betul la mangkuk neh...

[Marah neh - kalu boleh aku flying kick memang aku flying kick je... Nasib baik aku pakai baju baru arini - mood aku baik sket - kalao tak,... huh!]

APSAL SEMALAM AKU TENGOK OK JEK?

Malam tadi aku pi Segambut, umah tukang jahit yang jahitkan baju-baju aku kebelakangan ni...

Nak try tempat lain di Sg. Besi, tak sempat2 lagi - lain kali jek - jangan marah ye dik Collin!

Aku ada 4 baju yang dah siap, tapi tak dapat nak amik semua bulan neh - puncanya pasal aku tak dapat nak amik 2 pasang yang dah siap dari bulan lepas lagi... Ekono-money melanda diri... Adeh!

Pehtu malam tadi aku pi la amik 2 pasang yang memang aku nantikan dengan penuh perasaan teruja... Satunya warna pink gelap, bunga kecik2 warna maroon & daun hijau penuh all over the fabric, kain cotton - aku buat baju kurung pesak gantung. Satu lagi kain warna hijau pucuk pisang yang striking sangat2, kain sari yg murah2 jek - aku buat kurung Kedah - bajunya plain, kainnya pulak kain sari sulam bunga halus2.

Huh... So pagi neh aku pakai la yang pink gelap tuh... Rasa comel je baju neh... Tak sia2 la aku beli kainnya di Kamdar beberapa bulan lepas dan berjalan kaki sampai lenguh2... Huhuhuhu... Kalo dah gemuk tu jalan sikit pun rasa cam adeh!

Tapi kenapa pagi neh bila aku pakai, aku rasa cam,... tak cantik je?
Ke pasal aku gi pakai dengan tudung kaler krim [pasal aku tadek kaler yg sesuai tuk baju tuh]?


Ke,... perasarana aku jek?

Terima kasih kerana membaca & [kalo sudi beri] pendapat anda!


Thursday, June 25, 2009

KAER AZAMI - IZINKU PERGI

Sinaran mata cerita segalanya
Duka lara terpendam memori semalam

Tinggal segala cinta tiada kembalinya
Abadi kasih kita kau bawa bersama

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya...

Pergilah rindu ku hilangkan diri mu
Tak sanggup menanggung derita di kalbu ku
Pergilah sayang ku bermula semula
Semangat cinta ku membara
Kerana dia tiada niat ku...

Pergilah sayang ku...
Bermula semula...
Semangat cinta ku membara
Kerana dia tiada niat ku...

Maafkan daku
Duhai kasih
Izinkan ku pergi...


Salah satu yang menyentuh perasaan aku selama ini...

Dendangan Kaer Azami yang memang sungguh-sungguh feeling - suara dia memang best!

Terima kasih kerana sudi layan sama...


THE TRUTH ABOUT FACEBOOK

Wow it really hits me this morning about one thing...

I've been social-networking using Facebook - yeah I know you guys are well aware of its existence by now right?

The truth about Facebook just hit me right in the face when I got an email this morning stating about the real facts about the social network and I was just, dumbfounded...

'Nuff said - I'm just so outta words - just read the highlighted words and see if you can handle the truth yourself!

Wednesday, June 24, 2009

:`(

Rela ku menunggu mu, seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku kan selama ini?

Rela ku mengejar mu, seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki, ku kan tahan sepanjang jalan ini?

- Seribu Tahun, Imran Ajmain

Pergilah rindu ku, hilangkan diri mu
Tak sanggup menanggung, derita di kalbu ku

Pergilah sayang ku, bermula semula
Semangat cinta ku, membara, kerana dia
Tiada niat ku...

- Izinku Pergi, Kaer Azami

Puas sudah ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah...

Jangan khuatir tentang diri ku

Ku janji takkan merindui mu...

- Jika Engkau Pergi, Imran Ajmain

[Isi hati yang kecamuk di petang hari yang meremukkan perasaan...]

LINKIN PARK - NEW DIVIDE

I remember black skies
And lightning all around me
I remembered each flash
As time began to burn
Like a startling sign
The feint had finally found me
And your voice was all I heard
That I get what I deserve

So give me reason
To prove me wrong
To wash this memory clean
Let the thoughts cross
The distance in your eyes
Give me reason
To fill this hole
Ignite the space between
Let it be enough to reach the truth and lies
Across this new divide

There is nothing inside
The memories left abandoned
There was nowhere to hide
The ashes fell like snow
And the ground caved in
Between where we were standing
And your voice was all I heard
That I get what I deserve

So give me reason
To prove me wrong
To wash this memory clean
Let the thoughts cross
The distance in your mind
Across this new divide

And every loss
And every lie
And every truth that you deny
And each regret
And each divide
Are some mistakes you pray to hide
And your voice was all I heard
But I get what I deserve

So give me reason
To prove me wrong
To wash this memory clean
Let the thoughts cross
The distance in your eyes
Give me reason
To fill this hole
Connect the space between
Let it be enough to reach the truth and lies
Across this new divide
Across this new divide
Across this new divide

[Album : OST Transformers : Revenge Of The Fallen]



Thanks to the source for the lyrics and the album cover!


Mari layan band Linkin Park inih - they really ROCK!



AKU DAH TENGOK CERITA TUH WALAUPUN PATUTNYA KELUAR 24 JUN 2009 - JANGAN BENCI AKU OK?

Pasal aku dah tengok dah cerita yang satu tu...

Malas nak cerita banyaklah - aku kasi hint ok...

1. Sekuel satu blockbuster movie yang difilemkan daripada sebuah animasi tahun 80-an. Justify Full

2. Filem yang segala-galanya besar - bajet besar, mesin besar2, aksi besar2, letupan besar2, lawak pun besar-besaran juga...


3. Macam biasa - mesti ada pasal dendam kesumat yang membara sejak zaman tuk kaduk lagi...


4. Pun macam biasa gak - walaupun arahan Michael Bay ni dah cukup hebat dengan aksi-aksi dan kesan-kesan khas yang extravaganza - tapi masih nak pakai perempuan seksi tak beragak2...


5. Kenormalan lagi satu untuk sekuel - plot yang agak boleh dijangka dan mestilah menggunakan kemengarutan yang agak tinggi supaya orang tak tumpukan sangat pada jalan cerita sebaliknya ternganga je dengan aksi-aksi animasi 'live' di skrin...


Aku pi tengok petang Selasa 23 Jun 2009 [tayangan 6.30 petang] dengan Hubby dan bawa Amil sekali, memandangkan dia pun salah sorang kipas-susah-mati filem ni semenjak tayangan filemnya yang pertama dulu dalam tahun 2007.

Mak pun heran juga, bukan ke 24 haribulan baru keluar? [Hoh Mak pun tau ke benda2 gini? Dasat...]

"Kat Jepun lagi awal taw - 15 haribulan hari tu dah kuar!"

Uuuu... Mak & Abah berterima kasih kami bawa Amil keluar. Sesekali kan?

Soundtrack utamanya oleh Linkin Park, New Divide pun aku dah gunakan sebagai ringtone aku mulai minggu lepas, sebaik saja dapat aku sambar daripada *ehem* takleh gitau...

So jangan benci aku ok - aku tak bersalah dalam hal ini - Hubby yang beli tiket tu last week - aku pi tengok je k - menunaikan hasrat dia & Amil je...

Salah ke aku? Tak kan? [senyum jahat...]

Tapi sejujurnya pada pandangan aku - kalau kipas-susah-mati kartun yang difilemkan nih mungkin boleh kot suka gila babas kat cite neh,... tapi aku?

Hm,...kureng lah... Cam ada yg sangat2 kureng dari segi plot & jalinan ceritanya yang banyak sangat ditutup dengan aksi2 serta animatronik dan kesan2 khas yang memang hebat lah...

Apapun terima kasih kerana membaca...



Tuesday, June 23, 2009

SIRI BERCAKAP DENGAN DIRI SENDIRI


"Kenapa kao suka blog Mi?"

Aku selalu ditanya soalan ini oleh beberapa orang yang berkesempatan untuk bertanyakan minat terbaru aku neh...

Jawapan aku mudah & dorang dah tau pun [tengok soalan meka betul2]...

Sebab aku SUKA. Kalau TAK SUKA, TAK BOLEH BUAT benda2 macam ni...

Sebelum aku mulakan blogging sebagai salah satu aktiviti harian yang wajib dan rutin, aku pernah tanyakan diri aku sendiri soalan2 yang jauh lebih mengarut supaya aku betul2 tahu apa yang aku buat sebenarnya...

#1 - Pasal apa ko nak blog? Kalau setakat nak ikut2 orang lain buat - TAK PAYAH... Jangan mulakan benda yang ko takkan boleh habiskan... Jangan menggatal buat benda kalau tak nak buat dengan baik & betul2.

- Aku tengok cambest jek orang lain buat... Pe salahnya aku cuba kan? Bak kata Zizan Raja Lawak - tawakal innahu, tok terai tok tahu... Lagipun tak salah kalau bercerita pasal diri kita - bukan semua orang tau pasal diri aku kan?

#2 - Apa benda yang ko nak sangat bagitahu orang?

- Pasal life aku - apa minat aku, apa yang aku tak suka, apa yang aku gemar...

#3 - Apa kejadahnya yang ko gemar sangat tuh? Ngaku jelah,... ko cuma terpengaruh je dengan blog orang lain neh...

- Ye, aku memang terpengaruh dengan blog2 lain yang jauh lebih hebat & lebih menarik daripada aku... Tapi aku percaya - blog aku akan jauh BERBEZA daripada orang lain punya...

#4 - Ok, ok... Kalau ada orang kata yang ko ni PENIRU @ TAKDE IDEA/KREATIVITI SENDIRI, camne? Ada bran?

- Well, orang bleh kata apa je dorang nak... Tapi yang aku tau aku bukan spesis2 tu... Aku mungkin tak inisiatif tapi aku inovatif... Aku takkan amik bulat2 idea orang lain dan tampal kat blog aku neh... Aku akan olah semula dalam ayat & konteks penyampaian aku... Tapi aku takkan lupa letak kredit & link kan kepada tuan punya karya asal sebagai tanda menghargai kerja2 mereka.

[Dan banyak lagi soalan yang tak kuasa pulak rasanya aku taipkan satu2 di sini - pasal aku tau korang pun takkan larat nak baca kan - tak baek tipu - ngaku jelah! :D) ]

- End Of Discussion -


So selepas siri bercakap dengan diri sendiri yang telah berlaku beberapa kali sehingga aku terpaksa benar2 mempertimbang segala pro & kontranya untuk memulakan aktiviti blogging, aku pun beranikan diri memulakan 2 blog berbeza yang aku bahagikan mengikut keperluan aku - blog melepaskan kemarahan terpendam yang tak boleh diceritakan menggunakan kata2 lisan dan blog yang menceritakan selain daripada kemarahan...

Hasilnya aku selalu berada di blog yang kedua [yang korang tengah dok adap skarang ni lah...] sebab aku cuba untuk membanyakkan perkara-perkara positif yang boleh aku hasilkan bila berada di sini... Sebab orang ramai tau aku punya blog yang ini saja - jadi baik aku tumpukan kepada menghasilkan benda2 yang berfaedah atau setidaknya baik untuk dijadikan bahan bacaan kan, daripada asik tumpukan pada perasaan2 negatif yang melanda diri aku selalu tuh?

Jadi TERIMA KASIH kerana sudi membaca hasil nukilan aku di sini...

It means a lot to me, really...

So let us talk on why do you blog at the first place, ok tak?

Looking forward to read your reply/ies soon!



PERNAH TAK?

Korang terpikirkan tentang seseorang yang terkenal melalui hasil kerjanya dan memang korang mengagumi orang tersebut, dan tah macamana, korang cam terasa yang orang itu macam ada kene-ngena dgn korang dalam apa2 aspek lah, cam,... latar belakang pendidikan ke, salasilah keturunan ke...

Hari tu tah kenapa aku boleh pulak terfikir yang Imran Ajmain ni cam,... ada darah Jawa jek... Tah camne aku boleh dapat idea yang orang Jawa suara best2lah, pandai nyanyi lah, pandai berbahasa lah, dan sebagainya... Kah3 - gelakku kepada diriku sendiri... Kalau dah perasan tu perasanlah juga ya?

Tau2 hari ni aku sendiri macam tak percaya dengan apa yang aku baca neh... Ada masa korang beleklah yang aku dah highlight tu... Baca perenggan ke-6 [yang menceritakan tentang latar belakang keluarganya]

Kalau ada yang kurang faham dengan Bahasa Inggeris [Mr. Imran's English is very good just as his Bahasa Melayu], bagitahu aku dan aku akan cuba bantu, ok?

Terima kasih kerana sudi membaca pernyataan penuh peras[a]an aku ini...

:) senyum lebar ke telinga!


THE ENDLESS DILEMMA TOWARDS BLOGGER-ing, FB-ing, FS-ing, TAGGED-ing, ZORPIA-ing AND ,...

And the list could just goes on and on, endlessly.

I've been socializing via the Net by using the Facebook, the Friendster, Yahoo! Groups & 360 degrees and, the Blogger too - these days, who just doesn't, right?

By far, I must say that I'm more of a Blogger than a Facebooker, or a Friendster-addict, [and I'm just sooooo] not interested at all in using Tagged let alone finding out what the hell that Zorpia is...

Maybe because I prefer spilling my heart out [in structured words], rather than just uploading my photos with shorter stories or longer captions for each photographs, or maybe I'm just too not-that-IT-savvy-type to be using my FB & FS religiously and I'm just so not into things like Tagged, which seemed to me as a cyberspace for the desperate ones in getting *ehem*, laid [I put it in a simpler words lah, don't take the meaning too figuratively!]

So,... which do you prefer the most? Or, shall I rephrase - which one do you use more & less, according to your needs, preferances & wants?

My list of the so-called Net-socializing:-

1. Blogger - a MUST, every day... Can be dangerously hooked up even in times like having that writer's block or just too damn busy with my work - it's still a MUST and I just can't explain why - so don't ask me why, ok? :)

2. Friendster - I only use it like,...2 or 3 times a week - not a huge fan but it seems to be one of the most used methods a lot of my former schoolmates have been using in looking up for their long lost friends...

3. Facebook - same like no. 2 - only lesser frequency of use... Like,... once in a fortnight. Something like that...

4. Fotopages - I used to be so avid in Fotopages till I realized one day that I must make myself different from the rest of the users' pages I'd been surfing, especially when I realize that I wasn't that 'ngam' with Fotopages... After months of stopping myself from using the Fotopages, I happened to reach to one of the most avid photographers there who's annouced that he's quitting his Fotopages since the website has something to do with the Jews [it was that controversial times, during the Israel's occupation in Palestine, so on and so forth] and that he didn't want anything to do with it again - I am thankful I didn't get too dependant on using Fotopages from the very first place!

5. Wordpress - Actually, this very blog of mine was created in the Wordpress, before I decided it was so difficult for my understanding & using Wordpress comparing to using the Blogger. Lucky thing I did, indeed...

And for the rest like MySpace, Tagged [I heard someone in my office mentioned it as Taget - like,... using the Malay's pronunciation and I almost fell off my chair after that, trying too hard not to laugh too loud at that person's pronunciation!], Zorpia and anything else like it is just,... so out of my understandings, knowledge & most importantly, interest...

What about you guys?

Thanks for the time & reading!




Monday, June 22, 2009

ADIBAH NOOR - TERLALU ISTIMEWA

Ku tatap gambar wajah mu
Sinar mata itu
Lirik senyuman mu
Pesona yang membelai

Wajah mu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

Kau,... terlalu istimewa
Kasih dan sayang mu terpancar
Seikhlas, tiada batasan
Terus membara

Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangi mu...

Ku,... pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNya
Mendengar cerita
Segala rahsia

Kau,... terlalu istimewa
Kasih dan sayang mu terpancar
Seikhlas, tiada batasan
Terus membara

Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu...

Tak tertanggung rindu
Mendengar suara mu
Tawa mengusik jiwa,... ohh...

Terpancar, seikhlas
Tiada batasan terus
Membara,... oh oh...

Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu...

Lagu yang memang istimewa ini adalah karya Adibah Noor...
Aku memang suka lagu ni sangat2...
Meremang bulu roma aku dengar dia nyanyi di Juara Lagu beberapa tahun lepas...
Menitis air mata juga sebab aku dapat rasakan segala emosi & perasaannya yang disalurkan melalui lagu ini...

Kak Deeb memang seorang yang benar-benar berbakat & berilmu...
Bukan calang-calang artis tau dia neh?

Kalo tak caya, gi la blog dia dan baca catatannya...
Nilaikan sendiri dia macamana orangnya...

Terima kasih kerana membaca...


TELL ME MY FRIEND

Looking back to the days we've passed, things seem to be wild
Looking back to the things we've done, things seem to be insane
Looking back to the words we've spit out, things seem to be loud
But now my friend, tell me why
We are in this kind of music
Tell me my friend, tell me why
Just tell me the truth, on why did you cry
Tell me my friend, tell me what's wrong
Just spit it out, or I might as well be gone
Tell me my friend, tell me how
Just to blurt this bizarre thoughts
That keeps me thinking
and changed me now
I wonder my friend, I wonder and wonder
Yet I have found the answer
So tell me my friend, just tell me
do we really have to live life this way?
I tell you my friend, don't cry for the past
don't even let your time wasted on things that's done,
said, and gone...

Copyright ©2006 Kamelia Mohamad Salim

"This is my poetry that i wrote back in UiTM (I've forgotten the year actually) n i posted it to www.poetry.com (please feel free to click the domain name, in case of any disbelief or doubts about the authenticity of this poetry...) to enter the competition. i was accepted and invited to the semi-final of the competition in the united states but i didn't go coz i couldn't afford it man,...if only there was someone i could approach to help me to get there, i'd be able to experience it myself...

But no regrets,...at least, i did it, didn't i?"


I found this post of mine in my Yahoo! 360 degrees - it's some sort of Yahoo blog... It's been like, forever forgotten... All of sudden this very evening all the memories came back to me - I used to write a lot of poetry back in my studying days...

I used to channel my anger, sadness and negativity in my poems... And it's been so long now...

Let me know what you think, ok?


Thanks for the time & the reading...


BEING IN THE DARK

I want to break myself free from all of these craps
Keep haunting and lurking behind my very back
Just waiting for any given chances at any snaps
To make me fall, stumble or simply be in any slack

I've been there, and done all that
But I can't seem to be able to do it just yet
To be able to not to let myself being upset
By all the terror and being in my darkest

Engulfed in this smothering blanket
I see myself being regularly suffocated and slowly slain
By all the stupidities and the same old disconcert
I'd be left helpless and drowned over & over again

Can't anyone just help me out?
Why can't anyone seem to hear me scream in pain?
Can't anyone be able to pull me now?
To let me out of these predicaments now and again?


It's been quite a while that I haven't been writing poetry like I used to before...
I'm getting rusty nowadays eh?

MUKA BABI

Hahahah...

Malam semalam aku tengok cerita sorang budak pempuan yang dikisahkan sebagai dilahirkan dengan wajah iras2 babi...

Saspen tak korang?

Jangan marah k - siapa yang ada channel Movie di Astro pasti tau apa aku cakapkan ni...

Tajuk cerita tu adalah PENELOPE [sebut betul2,... peh-ne-low-pee]... Lakonan Christina Ricci, James McAvoy, Reese Witherspoon dan ramai lagi yang menjayakan filem pasal seorang gadis yang dilahirkan dengan hidung & telinga seperti seekor babi akibat sumpahan yang telah dikenakan oleh seorang ahli sihir akibat marahkan nenek moyangnya dulu...

Memang kesian bila tengok cerita tu, betapa manusia ni sering saja bersikap prejudis terhadap sesuatu yang tidak menepati 'garis panduan' dalam sosial mereka - hanya kerana orang tu dilahirkan tak sempurna, terus dipandang hina, jijik & disisihkan, macamlah yang lahir sempurna tu elok sangat akalnya...

Walaupun cerita tu cuma fiksyen, tapi aku rasa ia memang sarat dengan mesej kemanusiaan yang sepatutnya kita fikirkan. Mungkin dengan cara tu, kita boleh nampak apa salah/silap/kurangnya kita ni dalam memperbaiki diri kita - seterusnya boleh kita kongsi bersama ahli keluarga kita & mereka pula menyebarkannya kepada orang2 lain...

Mungkin dengan cara tu baru boleh masyarakat kita yang sedang sakit macam2 sekarang ni [sakit selsema babi ada, sakit gila babi ada, sihat cukup sifat tapi perangai babi pun ramai, nampak baik tapi hati babi pun tak kurang...] boleh nampak apa yang patut dibetulkan supaya masyarakat kita tak terus-terusan sakit hingga bertukar jadi b.a.b.i sebab dah lupa adab2 yang sepatutnya mereka amalkan dalam menjadi seorang manusia yang Tuhan dah ciptakan dengan akal fikiran yang tak ada pada haiwan, jauh sekali b.a.b.i...

Aduh apa sajalah aku repekkan ni?

Hahaha... Oklah, sambung keje balik seblum bos balik opis!

Terima kasih kerana membaca pernyataan pendapat aku ini...


MAROON 5 - BETTER THAT WE BREAK

I never knew perfection til
I heard you speak, and now it kills me
Just to hear you say the simple things

Now waking up is hard to do
And sleeping is impossible too
Everything is reminding me of you
What can I do?

It’s not right, not OK
Say the words that you say
Maybe we’re better off this way?
I’m not fine, I’m in pain
It’s harder everyday
Maybe we’re better off this way?
It’s better that we break…

A fool to let you slip away
I chase you just to hear you say
You’re scared and that you think that I’m insane

The city look so nice from here
Pity I can’t see it clearly
While you’re standing there, it disappears
It disappears

It’s not right, not OK
Say the word it should say

Maybe we’re better off this way?
I’m not fine, I’m in pain
It’s harder everyday
Maybe we’re better off this way?
It’s better that we break

Saw you sitting all alone
You’re fragile and you’re cold, but that’s all right
Life these days is getting rough
They’ve knocked you down and beat you up
But it’s just a roller coaster anyway, yeah

It’s not right, not OK
Say the words that you say
Maybe we’re better off this way?
I’m not fine, I’m in pain
It’s harder everyday
Maybe we’re better off this way?

I’m not fine, not OK
Say the words that you say
Maybe we’re better off this way?

I’m not fine, I’m in pain
It’s harder everyday
Maybe we’re better off this way?
It’s better that we break, baby


[Album : It Won't Be Soon Before Long]

more Maroon 5 lyrics thanks to this great site!



This is another great song from Maroon 5. The melody is soothing to make you relax if you want to wind up after a hectic day - trust me - you really should give this song a listen or two and you'd be wanting to hear more of Maroon 5 after that!

Yeah - I'm a Maroon 5 fan - don't hate me for being one!

Thanks for your reading & the time...



Saturday, June 20, 2009

GOODBYE!

To the previous template by blogger.com...

And welcome to the ones I'm using now - titled 'Flowers', featuring pink flowers against black background...

[Yes I've changed my blog's theme & background, yet again...]

I really hope that you guys enjoy reading this blog now even more - I believe you would be fan of this lovely website I found my background from!

Kudos to Sharnee for this pretty yet elegant background - I really appreciate your work of great arts!

To you guys - just let me know what you think about the look of my blog now, ok?

Thanks a million for your reading & responds!


IMRAN AJMAIN - GHAIBMU

Biar ghaibmu suatu misteri
Tiadaku mencari, sebarang pembayang lagi
Biar ia bertanya-tanya saja
Hatiku dah lama bertitik noktah

Biar,... biarlah berlalu
Biar,... biarlah begitu

Biar waktu mengubat rindu
Tiadaku mencari, sebarang penawar pilu
Biarlah mereka bertanya-tanya
Hatiku dah lama berganti arah

Biar,... biarlah berlalu
Biar,... biarlah begitu

Mana pergi janji?
Setia di sisi
Hanya aku yang tertunggu-tunggu

Waktu pun berjalan
Tak berkesempatan
Kau,... hilang tanpa pesanan!

Biar,... biarlah berlalu, oh...
Biar,... biarlah begitu

Biar ghaibmu suatu misteri
Tiada ku mencari, sebarang pembayang lagi...

[Album : Dengan Secara Kebetulan]

Sebuah lagi lagu Imran Ajmain [IA] yang cukup-cukup menghantui aku... Dengan intro piano dan suara gemersiknya yang cukup menusuk qalbu [kalau kalbu dalam Bahasa Arab maksudnya anjen @ dog, ye kawan2...], lagu ni pun salah satu favourite aku sebab IA memang boleh meninggalkan impak yang cukup dalam pada sanubari aku neh...

Tak cukup dengan itu, lenggok suara yang unik dan berbagai range juga membuatkan aku takjub habis dengan beliau... Cubalah korang layan dan nilaikan sendiri - betul atau tidak apa yang aku cakapkan neh...

Yang buat aku makin respek sama ini penyanyi, dia nampak benar-benar berilmu - cuba korang semak blog atau website nya dan nilaikanlah sendiri dari ayat-ayat yang dia gunakan dalam menyampaikan isi hati dan buah fikirannya...

Kalau malas sangat, layan je lagu-lagunya dan cuba teliti setiap liriknya - memang unik dan makan dalam punya maksud - sesuatu yang agak sukar dicari dalam kebanyakan lagu pada zaman moden ni dan sesuatu yang agak superb di kalangan artis muda sepertinya...

Pendekata, IA bukannya artis tipikal anda k - yang hanya mengharapkan muka saja cantik/lawa/marketable tapi dalam? Hampeh perut. Tong kosong. Otak cikai. Akal rendah.

And for the non-believers - he does sounded good when performing LIVE, too...



Terima kasih kerana membaca hasil pemikiran aku ini...


p/s: Kalau ada pembetulan pada lirik jangan lupa bagitau aku - pasal aku taip lirik tu by heart je, bukannya merujuk kepada mana-mana website jadi kalau ada kesilapan, harap dapat maklumkan supaya aku boleh betulkan dan maafkan aku ya!




GEMBIRA RASANYA HATI

Coklat cair dinikmati
Choki Choki enak sekali
Choki Choki adik gemari

Hahahah... Saja pinjam lagu iklan coklat Choki-Choki yang memang melekat di ingatan aku walaupun iklan tu sekejap-sekejap je disiarkan antara tayangan kartun-kartun di TV dulu masa aku masih budak...

Sekarang tiap kali rasa gembira je, aku pasti akan nyanyikan lagu ini. Ataupun bila aku nak kurangkan tekanan yang aku hadapi, dengan pura-pura rasa gembira manalah tau kan, aku betul-betul boleh gembira ke...

Hehehe, pathetic kah aku?


Apapun aku ada banyak sebab untuk rasa gembira pada hari Sabtu ini...

Pertama sekali, aku boleh bangun lambat pasal hari ni cuti... Lagipun semalam aku tidur pukul 5 pagi pasal aku terlalu payah untuk tidur.

Walaupun aku lega lepas dapat meluahkan perasaan aku semalam dan melepaskan semua perasaan negatif yang melanda & menjatuhkan aku 2-3 kebelakangan ini, masih ada rasa sakit di dada... Sakit yang terasa begitu, fizikal & nyata... Tu yang buat aku payah nak tidur...

Ke-2, aku rasa begitu bertuah kerana kejutan yang aku terima hari ini... Kejutan yang sangat-sangat manis & mengharukan... Kerana ada orang yang bukan dari kalangan aku telah singgah di blog ini dan menyampaikan ucapan Terima Kasih kerana aku menyokong hasil kerjanya... Terima kasih kembali kepada anda - Imran Ajmain - kerana sudi singgah di blog saya yang sangat-sangat tidak seberapa & tidak begitu signifikan kalau nak dibandingkan dengan blog-blog lain yang jauh lebih hebat... You really rocked at the Konsert R&B in DBKL last year - me & my youngest sister Adiba really appreciate the fact that you were so nice to us backstage, despite of your fame!

Ke-3, aku rasa begitu terharu dengan keprihatinan yang K. Sherin tunjukkan kepada masalah tekanan perasaan aku. Good friend is so hard to come by nowadays, so thanks to you sis, for the concern...

Ke-4, aku berjaya dapatkan mp3 Imran Ajmain - Jika Engkau Pergi, bluetooth daripada Azza PDB semalam petang... Thanks a lot babe - puas aku cuba cari sebelum ni rupanya di Tkt. 27 dia 'menyorok' ek...

Ke-5, pencarian aku berhasil juga akhirnya - bila aku dapat download lagu dari filem Kill Bill : Vol. 1 yang menghantui fikiran aku selepas aku tonton cerita tu tahun lepas... Lagu yang disiulkan oleh watak Elle Driver [codename : Deadly Viper], lakonan Daryl Hannah, masa dia cuba nak bunuh The Bride [lakonan Uma Thurman]. Boleh pulak lagu tu sampai sekarang melekat kat pikiran aku...

Sekarang boleh la aku gelak orang jahat bila tiap kali ada call masuk - lagu tu dah jadi ringtone aku skarang! MUAHAHAHAHAHAHAHAH... Hemoh hemoh hemoh...

Aduh,... sakit lagi dada aku neh... Berat je rasanya...

*sigh*

Terima kasih kerana sudi membaca pernyataan perasaan aku nih...


IMRAN AJMAIN - SERIBU TAHUN

Rela ku menunggu mu
Seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup
Aku kan selama ini...

Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia...

Rela ku mengejar mu
Seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku
Kan tahan sepanjang jalan ini...


Biar membisu burung bersiulan
Tenanglah gelombang lautan
Ku masih setia...

Adakah engkau yakin,... ini cinta?
Adakah engkau pasti,... ini untuk selama-lamanya?

Rela ku menunggu mu
Seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup
Aku kan selama, ini...
Yeah

Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

Jangan putus harapan
Sedia setia...

Kelip-kelip ku sangka api
Kalau api, mana puntungnya?
Hilang ghaib ku sangka mati
Kalau mati, mana kuburnya?

[Album : Dengan Secara Kebetulan]


Pertama kali aku dengar lagu ni masa tu aku tengok iklan cerita Melayu di TV3 yang bertajuk Kerana Cintaku Saerah. Asalnya aku tak rasa tertarik pun nak tengok cerita Melayu pasal aku arif sangat dengan jalan-jalan cerita Melayu yang makin lama makin menyakitkan hati je kalau ditonton lama-lama.

Bukannya aku nak burukkan hasil karya bangsa sendiri, tapi aku kesal sebab dah tak ada rupa Melayu betul - dah banyak sangat tiru sinetron Indonesia, ataupun telenovela Latin, kadang-kadang ada unsur filem Tamil & kerap sangat berunsurkan cerita Hindustan...

Tapi bila family aku pun sampai terpaku depan TV tengok cerita ne, aku jadi musykil - apa yang membuatkan Mak tertunggu-tunggu cerita ni, apa yang buat Diba suka sangat tengok cerita ni, apa yang membuatkan ramai orang opis aku balik awal tiap hari - kalau terpaksa OT pulak, bleh benti kejap janji dapat layan cerita tu di TV yang memang ada di opis...

Lantas satu hari, aku layanlah...

Dan terus aku 'terlekat'.

Bukan saja ceritanya meruntun perasaan, malah menyentuh jiwa aku sangat-sangat bila tiba bab petikan piano intro lagu Seribu Tahun tu berkumandang... Itu yang paling mengesankan aku bila intro lagu tu dilatarbelakangkan pulak dengan gambar-gambar & petikan-petikan cerita tu... Macamana aku boleh lupa watak Jibek [lakonan Khaeryl Benjamin - lu memang best la bro - salute!] yang berlari dalam serba kepayahan cuba untuk mengejar Saerah [lakonan Umie Aida yang aku rasa ralat sangat-sangat pasal mukanya dah 'lain macam' sangat-sangat]...

Aku memang takkan boleh lupa gambaran tu... Sampai sekarang pun aku masih ingat dengan jelas betapa menyayat hatinya imej tu... Betapa kejamnya Saerah yang sampai hati meninggalkan ibu tunggalnya [lakonan yang superb oleh Wan Maimunah - no surprise at all kan?] di kampung halamannya begitu saja walaupun dihalang keras oleh Jibek yang ikhlas memperisterikannya setelah dia terpedaya & ternoda dengan 'cinta' yang dibawa oleh watak lakonan Ezany Nizariff [aku lupa nama wataknya...]

Pastu aku ingat lagi betapa sakitnya hati aku bila tengokkan watak yang dibawa oleh Sharifah Shahora yang jadi kawan baik tapi rupa-rupanya jenis tikam belakang dan makan kawan, Isma Yusoof yang jadi adik Sh. Shahora - budak kampung yang takde kerja tetap tapi jadi tukang kutip 'hutang' mak dia [lakonan Engku Faridah] yang kononnya mempunyai begitu banyak tanah yang disewakan kepada penduduk kampung... Anak-beranak kejam ilang2 akal la kaedahnya...

Sape boleh lupa watak yang Noorkhiriah bawakan tu - apa namanya ek - tapi lebih kurang cam insan kurang upaya jugalah... Tapi pada aku lakonannya tu agak over sangat... Tapi takpelah - aku tetap rasa dia comel!

Huh,...tak sangka aku bleh minat cerita neh... Semuanya hanya kerana lagu Seribu Tahun yang betul-betul meninggalkan kesan kat hati aku...

Ditambah pula dengan suara Imran Ajmain yang sememangnya unik dan teknik vokal yang hebat, aku jadi tertarik nak cari lagu-lagunya yang lain... Ternyata dia memang artis yang buat aku kagum kerana unsur-unsur Melayu lama & klasik sangat tebal dalam penulisannya yang diadun dengan baik dengan pengaruh muzik R&B yang membuatkan dia stands out from the rest...

He's a total package - memang bertuah sangat-sangat la empunya badan!


Terima kasih kerana sudi baca catatan perasaan aku inih...


'KAWAN'


ku mati2 ingat dia dah mati!

Aku terjumpa gambar2 neh dalam telefon aku... Lupa pulak nak upload seblum ni...

Selalunya bila aku amik gambar apa2, aku dah bayangkan dulu dah nak post entry yang macamana nanti - kisahnya berkisarkan apa, pendapat aku tentang benda2 yang aku jumpa sampai aku bleh nak amik gambarnya dan sebagainya lah...

Tapi tulah, kadang masa kita ingat, kita tade masa...
Bila ada masa, kita lupa pulak apa nak diceritakan...


Mulanya aku ternampak kucen oren tuh... Dok sorang2 kat tangga...



Dalam perjalanan menujuk ke arah kucen yang aku nampak tadi, aku perasan ada sekor burung yang sedang bertenggek diam2 kat hujung paip tuh...



Bila kucen tu perasan aku datang nak amik gambar dia, dia pun bukan main gelinjang lagi!
Terus meloncat pegi kat aku... Macamla aku tak tau dia tengah lapa!
[Cuba tengok, besar kan kaki kucen yang kurus neh?]

Tu yang dia rela je aku dok usap2 dagu dia tuh... Padahalnya manja pasal nak mintak makan je... Macam la aku tak tau ek...


Siap gesel2 lagi tuh! Bleh cair la ati dengan kemanjaannya tuh!

Masa kejadian neh, aku baru pas tolong mak mertua aku pindah ke PPR yang berdekatan... Bila dah siap aku pi amik angin dengan bersidai2 kat depan umah... Tetiba abang ipar aku kata yang 'kawan' aku dah tunggu dah...

'Kawan'?

Bila dia tunjuk arah tangga tempat kucen tu duduk diam2, baru aku paham apa maksud 'kawan' nya tuh...

Hehehehehe... Rupanya ada gak yang perasan fakta tuh...


Oh ya, bila aku ceritakan pada Mak yang kucen tu kurus jek, tapi kaki dia [bahagian yang omputeh sebut 'paw' tu] bukan main besar lagi cam tak padan je dengan dia - Mak kata kucen tu jenis yang boleh gemuk lagi tu...

Ish,...ingat orang je yang macam itu... Kucen pun boleh juga?


Terima kasihlah kerana sudi membaca kegilaan kucen ku inih...

PATUT KE TAK...


Kalau aku create satu blog khas tuk gambar2 aku saja,
untuk separate kan daripada blog aku yang ini?

Tolong bantu aku kawan2...



Bukannya aku takleh nak wat keputusan sendiri...
[Statement cover line - nampak sangat...]



Cumanya aku rasa dengan keadaan server di opis *ehem*,...kalau banyak gambar aku gi campak semuanya kat sini mungkin akan menyusahkan kawan2 seperjuangan yang selalu buka blog aku neh [selalu ke? ke perasarana aku jek?] ni kan nanti - tak letak gambar banyak2 pun memang connection dah slow...

Kalau aku letak jugak banyak2 sure lagi slow - harus K. Som bebelkan aku nanti! [Jangan marah ek kak... Ekekek...]


Terima kasih atas kesudian korang membaca dan [sudi] bagi pendapat korang...