.: COUNTLESS THANKS TO :.

Thursday, May 14, 2009

WHAT I HAVE NOW - NOT SWs!

Aha!

Tadi pagi aku cite sdikit sbnyak pasal kasut kan?
Yes, I'm a sucker for Stuart Weitzman (SW)...
Blom pnah pakai lagi, tapi dari feedback peminat setia SW, sume pun suka sangat dgn kasut2nya yg super sexy, beautiful yet unbelievably comfortable...

Nak beli mesti mahal kan? Kalo dalam US $ pun dah sampai 300-400 lebih, convert RM mau mati aku nak bayar kalau beli sepasang je pun...Demmit...

So aku terima je la hakikat, wat masa ni aku cuma mampu beli kasut2 comel & seksi dari Vincci dan yg sewaktu dengannya...

So let me share with y'all about these 2 cuties I got from Vincci last February...

Vincci #1 SP4013 Black


Fizah kata kasut ni "lucah sungguh!"...
Tang mana lucah pon aku tak paham...

Pros:
  • Membuatkan kaki nampak bersih (pasal perincian plastik tu)
  • Membuatkan anda nampak & rasa seksi!
  • Membuatkan anda nampak lebih tinggi [a bonus for a person like me]
  • Can turn heads... People around you would compliment you for it!
  • Harga affordable, dlm RM55.00 jek
Cons:
  • Tumitnya agak kurang stabil, cenderung utk mengalami ketergolekan/ketergelinciran
  • Paling menyampah - BUNYI KELEPEK2 bila berjalan atas kapet, pasal bahagian dlam kaki akan berlaga dgn tapak kaki
  • Menyampah gila bila berjalan atas lantai marble pasal bunyi KLONG2!, tah mebi pasal tumit tinggi tebal sangat
  • Bila hujan susah nak berjalan pasal licin bahagian dalam (insole) nya!
  • Bahagian plastik cenderung/mudah comot dgn daki2 yg terhasil akibat habuk
  • Takde back sling (tali kat bahagian blakang) utk support kasut supaya stay/melekat pada kaki - menjadikan kasut ni senang sangat tertanggal
  • Bahagian tapak takde bunga - so hati2 jalan kat tempat lichin...
  • Design kasut membuatkan anda sakit di tumit/pinggang - so takleh pakai lama2 & banyak berjalan/berdiri kalo pakai kasut neh
Keputusannya?
  • Bukan kasut tuk jalan2 chari pasal keliling kota...
  • Kalo nak gi kenduri kendara yg kejap2 tu boleh le...
  • Balik kampung? Tak sesuai... Nak2 plak kalo tanah gambut, huh!
  • Kalo pakai kat opis make sure atas carpeted area sahaja pasal anda sendiri akan rasa rimas/annoyed dengan bunyi yg terhasil [unless you're a publicity-hunger person that needs constant people attention, this one's definitely for you]

Vincci #2 SP3969 Pink




nak banding dgn yg paling atas, yg ni lebih selesa cuma orang banyak tak perasan masa aku pakai kasut neh, mebi pasal rupa yg sederhana gitu...
[aku interview tetap tu ari pakai kasut ni la, slamba kodok tol la aku neh!]


Pros:
  • Simple tapi kemas & masih elegan dengan perincian anyaman pink lembut pada wedges
  • Sesuai dipakai dengan seluar ataupun kain
  • Tapak wedges yg rata di tengah, tak mudah terjatuh/terpeleot bila pakai
  • Takde hiasan karut-marut pada kasut neh, humble je rupa dia kan?
  • Perincian plastik yg sedikit di bahagian hadapan memberikan ilusi kaki anda bersih
  • Tali tambahan yg memegang bahagian tengah kaki anda - kasut tak mudah tertanggal
  • Bila berjalan TIADA BUNYI KLEPEK2 @ KLONG2 yg menyakitkan ati!
  • Sesuai utk majlis separa rasmi [kenduri kawin] & casual outings
  • Selesa walaupun tumit agak tinggi, sebab tapak wedges
  • Harga pun murah - RM49.00
Cons:
  • Agak susah nak ditanggalkan - so kalau nak terkencing seblum masuk umah, kene tahan napas dulu, kalo tak sure terkencing masa nak tanggal kasut
  • Perincian plastik tu agak, menyakitkan sedikit - nak2 pulak kalo banyak berjalan bila pakai kasut neh - boleh membuatkan kaki sensentap melecet dgn mudah
  • Insole ala2 baldu - memang tak sesuai kalo nak jalan2 naik motor - time ujan NAHAS! jahanam la kasut tuh!
  • Bahagian baldu tu akan menyimpan kesan bentuk jari-jemari kaki anda - so,...dgn kaler coklat mudanya, lagi cepatla nampak buruk kasut tuh...
Keputusannya?
  • Kalo balik kampung tanah gambut/lecak, memang takle pakai
  • Takat ni aku hepi jek pakai kasut neh kalau nak gi mana2 tempat kat opis
  • Tapi kalau setakat berada dalam opis, aku takkan pakai pasal nanti susah time nak gi tandas
  • Setakat neh, aku biasa pakai kasut neh dengan seluar khaki, cumelll...[ceh perasan!]
  • Oh ye, aku dapat tetap pun lepas pakai kasut ni kat interview, does that make it a lucky pair? [poyo la aku neh]

Teringinnya nak pakai SW... kalau la aku mampu...
Ni tak, kalau beli alamatnya mampu(s) la aku nanti nak makan apa?
Vincci 2 pasang neh, Hubby yg belikan... TQ Hubby!


No comments: