.: COUNTLESS THANKS TO :.

Friday, May 22, 2009

* VOULES VOUZ COUCHER AVEC MOI (CE SOIR)?


"The greatest thing you'll ever learn is just to love and be loved in return."
[ Source : www.wikipedia.org ]

Malam tadi, aku tengok cite neh, tuk kesekian kalinya... Kat Star Movies...

Tapi malam tadi aku tengok dari awal, sampai la habis... Bengang betul, banyak gila tapisan... [Baik takyah tayangkan kalo gitu, betul x? Bangang betul...]

Tak sangka ceritanya begitu,...sedih...

Kalau orang tak suka muzikal mebi susah nak terima filem cani... Aku? Aku memang suka hasil tangan Baz Luhrrman lepas aku tengok Romeo + Juliet [played by Leonardo diCaprio & Claire Danes] - masa tu tengok CD, pinjam member, terpaksa curi2 tengok pasal Mak tak bagi tengok cite2 omputeh yg banyak unsur tak baik tuh... He3,... tengok dgn arwah Abang ke masa tu, pas waktu sekolah, skali kul 4.30 Mak & Abah pun balik, nyaris kantoi!

K, berbalik pada Moulin Rouge [in English, Red Windmill] tadiks...

Kisahnya berlatarkan Paris pada tahun 1889, seorang penulis Inggeris yg miskin, tanpa wang & hanya bertemankan mesin taipnya sahaja, telah meninggalkan rumahnya utk membuktikan kepada bapanya bahawa dia boleh hidup sebagai penulis dan dengan melibatkan diri dalam bidang seni...

Percaya bahawa cinta adalah segala2nya dalam kehidupannya, Christian yg kacak telah terserempak dgn sekumpulan artis pementasan yg sedang buntu dalam menyiapkan pementasan dorang tuk dicadangkan kepada tuan punya kabaret Moulin Rouge, Harry Zidler [lakonan Jim Broadbent].

Bila Christian tiba2 menyanyikan baris lagu yg sesuai utk skrip pementasan mereka, ketua pementasan Toulouse-Lautrec [lakonan John Leguizamo] berpendapat yg Christian adalah orang yg paling sesuai utk membantu menjayakan pementasan mereka & dia memujuk Christian supaya pergi ke Moulin Rouge utk bertemu dgn bintang utama kabaret di situ, Satine dengan tujuan untuk meyakinkan Satine bahawa idea pementasan mereka akan boleh dijual di Moulin Rouge. Memandangkan Satine adalah buah hati Zidler, Toulouse yakin pasti dia boleh meyakinkan Zidler untuk mengangkat karya mereka ke pentas Moulin Rouge.

Malang bila pada malam yg sama, Zidler telah mengaturkan supaya Satine bermalam dengan seorang Duke yg kaya-raya [lakonan Richard Roxburgh] dengan tujuan supaya Duke tersebut bersetuju utk menjadi pembiaya kewangan Moulin Rouge. Duke bersetuju dengan syarat dia dibenarkan utk berjumpa dengan Satine pada bila2 masa dia mahu, tanpa sebarang halangan.

Keadaan jadi kucar-kacir bila Christian digoda Satine di dalam biliknya, sedangkan Christian di situ hanya untuk membacakan puisinya. Tambah kelam-kabut bila tiba2 Duke sebenar berada di luar pintu utk masuk & 'berurusan' dgn Satine, sepertimana yg Zidler janjikan kepada Duke.

Bila Duke dah dihalau keluar dari biliknya, Satine tiba2 rebah dalam pelukan Christian. Dia membaringkan Satine & tiba2, Duke masuk semula ke bilik Satine yg mula sedar dari pitamnya tadi. Dalam keadaan Christian sedang merangkul bahu Satine di atas katil, mereka tiba2 sedar yg mereka sudah mula jatuh cinta antara satu sama lain & mendapat akal utk mengaburi mata Duke dengan bantuan Toulouse [yg sedari awal sudah berada di bumbung bilik Satine utk melihat perkembangan usaha Christian utk meyakinkan tentang idea pementasannya].

Mereka pun membentangkan idea pementasan yg bertajuk 'Spectacular! Spectacular!' tu dan akhirnya Duke setuju, dengan syarat dia boleh berjumpa Satine bila2 masa yg dia suke, tapi Satine & Christian sering berjaya mencari alasan utk berjumpa & sentiasa bersama kerana masing2 sudah terlalu asyik dilamun cinta...

Bila Duke menyedari yg Satine semakin berusaha menjauhkan dirinya, dia meminta Zidler hak milik ke atas Moulin Rouge & mahu Satine jadi miliknya serta mengugut akan membunuh Christian sekiranya mereka berdegil. Utk keselamatan Christian, Zidler dgn berat hati menyampaikan perkara itu kepada Satine & memintanya supaya memutuskan perhubungan.

Satine dengan berat hatinya pergi memutuskan perhubungan dengan Christian. Dia mengatakan bahawa sebagai perempuan kabaret [courtesan], dia memang dibayar oleh lelaki utk mereka mempercayai yg dia mencintai mereka, menyukai mereka dsb. Christian yg tidak boleh menerima kata2 Satine [yg dia tahu, Satine berbohong] telah cuba mendekati Satine di Moulin Rouge tetapi ditumbuk oleh pengawal2 di situ & tak dibenarkan memasuki bangunan itu pun.

Pementasan sempena pembukaan Moulin Rouge yg baru diubahsuai & dipertingkatkan tu diteruskan dan Christian, selepas menggadaikan mesin taipnya telah menyelinap masuk ke dalam Moulin Rouge utk bertemu dgn Satine. Bila dia berjumpa dgn Satine, Satine berusaha melarikan dirinya dan bila dia dipegang kemas oleh Christian yg memintanya menerima duitnya, Satine sudah kelihatan agak lemah & sukar bernafas. Tiba2 pintu di tempat mereka berdiri terbuka, rupa2nya pintu itu adalah props pementasan itu. Semua penonton tercengang, termasuk Duke sendiri, yg memberi isyarat kepada pengawal peribadinya supaya menembak Christian, tetapi gagal kerana dihalang oleh para pelakon pementasan itu.

Paling memeritkan hati adalah bila Christian [lakonan Ewan McGregor] memaksa Satine [lakonan Nicole Kidman] tuk terima duit dia sebagai bayaran kerana buat dia percaya yg Satine benar2 cintakannya, dan bila Christian mengatakan yg dia sendiri dah tak cintakan Satine lagi selepas dia mengucapkan terima kasih kerana membuatkan dia berjaya lupakan obsesinya terhadap cinta...

Bagaimanapun, Satine yg sedar bahawa dia sendiri terlalu cintakan Christian, telah menyanyikan lagu cinta mereka utk menyatakan perasaan sebenarnya terhadap Christian yg sedang berlalu pergi dari pentas, selepas dia terdengar Toulouse menjeritkan kata2 "The greatest thing you'll ever learn is just to love and be loved in return."

Christian sedar yg Satine hanya menipu demi keselamatan dirinya & mereka kembali menyanyi bersama utk menamatkan pementasan tersebut. Zidler yg turut berlakon dalam pementasan tersebut terus improvisasi pementasan itu & berjaya menghalang Duke daripada membunuh Christian.

Tiba2 selepas pementasan tamat & penonton bersorak memberikan standing ovation, Satine rebah dalam pelukan Christian & terbatuk2, seolah2 tak mampu bernafas lagi. Christian mendakapnya dan Satine berpesan supaya dia meneruskan hidupnya utk bercerita tentang kisah cinta tragis mereka... Akhirnya Satine mati selepas lama mengidap TB & setahun kemudian, Moulin Rouge ditutup, Christian pun akhirnya menceritakan kisah mereka [dalam bentuk penulisan] sebagai menunaikan hajat terakhir Satine...

Wah, aku terus sentap... Gila ah... Paling sedih bila Christian paksa dia terima duit tu... Dan katakan yg dia berterima kasih sangat2 pada Satine kerana buat dia percaya yg dia tak cintakan lagi perempuan tuh... Serius sentap k...

Kena chari original version neh... Mau aku bengong kalau terpaksa puas ati tengok versi yg dah kena cincang 18 ribu bahagian neh...


Oh btw, it's pronounced as Mulan Ghuj, not Mowlin Rowgue...

* Do you want to sleep with me (tonight)?, in French...
Though the sentence is so, inappropriately provocative, somehow it sounded so sexy in French...

Nak blaja French la pulak pas tengok cite tuh...


2 comments:

kaza jelita said...

in french,

voulez-vous dormir avec moi ce soir ?

hehehe den kat itm x blajo french den amik mandarin jer huhu

k1m1_KaeMoS said...

ha3...
samela aku...
kene paksa blaja mandarin
asal kelas mandarin jek mesti aku ngantuk & tetido
asal aku ngantuk & tetido jek mesti kelas mandarin
kekekek

anyway thanks for the info
aku dapat dari gugel je asalnya
tak tengok lak sumber lain