.: COUNTLESS THANKS TO :.

Thursday, May 7, 2009

TAK SESETIA DISANGKA

Kadang-kadang kita terlupa
Ada benda ada perkara
Tak boleh disebut tak boleh dicerita
Tapi masih juga kita terlepas kata

Sampaikan dalam hati tertanya juga
Mana kurang, mana silapnya
Sementelah jawatan bergelar setiausaha
Tapi rahsia masih terbocor jua

Mungkin kerana dah sedap bercerita
Habis semua benda pun dijaja
Padahal mesti ada sebab kukuh lagi nyata
Secret-ary jawatan diberi nama

Kalau semua pun nak dicerita
Tahap kerahsiaan tah diletak mana
Mesti tunggang-langgang opis jadinya
Tak malu ke kalau setiausaha jadi puncanya

Bukan mengata bukan buruk sangka
Bukan semuanya bagai dikata
Tak salah jadi ingatan pada kita semua
Mana tau kadang2 kita terlupa

Yang salah jangan diikutkan
Yang tak betul jangan dicontohkan
Yang kurang jangan dibiarkan
Takut nanti huru-hara jabatan

Apa salahpun menyimpan rahsia
Atau biarkan saja cerita, setidak-tidaknya
Tak perlulah suka sangat bercerita
Sedarlah, bukan semua pun suka pada kita

Mungkin kita cuma nak berkongsi gembira
Tapi tak sedar dalam pada bercerita
Orang yang mendengar pun menyampah juga
Macam dorang dah takde sangat kerja

Tak kurang juga yang melayan saja
Pasal tak nak orang kecil hati pula
Dapat kawan yang sama suka berpura-pura
Jangan marah kalau di belakang lain pula ceritanya

Bukan semua berita gembira tu, rezeki
Malah kalau difikirkan sedalamnya, beratnya Allah nak uji
Sebelum dapat macam2 diceritakan ke sana sini
Bila dah dapat, tak rasa malu ke orang dok gelakkan dalam ati?

Bukan perasan bagus atau meninggi diri yg memang tak tinggi
Macam biasa, masih sedar diri walau ke mana pergi
Hidup bukan panjang sangat untuk terus lupa diri
Doaku pada Tuhan, mudah-mudahan aku selalu begini

Bukan begini maksudnya, selamanya di sini
Teringin juga berada di peringkat lebih tinggi
Bukan untuk eksyen, cuma nak perbaik diri sendiri
Juga untuk tambah rezeki famili tuk bekal di kemudian hari...

No comments: