.: COUNTLESS THANKS TO :.

Wednesday, May 13, 2009

PAGI YANG TENSI

Telefon berbunyi. Seorang wanita lewat 20-an, berkasut tumit tinggi, berkain belah sedikit ketat di peha, berbaju kurung pesak gantung, wajah bermekap lengkap dan tudung sederhana dipakai kemas, berlari2 anak dari bilik fotokopi ke mejanya. Turun naik perut bulatnya, mengah sedikit, walaupun sekadar lari-lari anak.

Wanita perut bulat (WPB): Hello?

Pemanggil : ......

WPB : Hello? Hello selamat pagi... [dalam nada paling lembut yg boleh dibuat dalam keadaan sedikit mengah)

Pemanggil : Klik, tuut, tuut, tuut, tuut...

WPB : !#@*&^!X?!!



Kalau tak nak cakap, kenapa telefon?
Buat orang kelam-kabut je...
Kalau salah nombor ke, atau terlupa tiba2 apa nak cakap,
kenapa tak cakap "SORI", paling2 kurang pun?

Kurang ajar atau kurang diajar?

No comments: