.: COUNTLESS THANKS TO :.

Monday, May 25, 2009

MONSTERS VS ALIENS

Ha3! Tanpa berhenti gelak, aku nak katakan yg cite neh, memang best!

Aku pegi tengok midnite hari Sabtu lepas, kane lagi, GSC MV lah... Tu yg paling dekat pon dgn umah heheheh...

Ternyata penantian aku selama ini tak menghampakan. Setiap sen yg dibelanjakan untuk tiket tu memang berbaloi...

Ceritanya mengisahkan seorang gadis yg sweet & bakal melangsungkan perkahwinannya, Susan Murphy [suara oleh Reese Witherspoon] telah dihentam sebuah meteor pada hari perkahwinannya. Tubuhnya meresap bahan [Quantonium] pada meteor itu dan mengakibatkan dia membesar menjadi raksasa setinggi hampir 50 kaki.

Ditangkap & dibawa ke satu kemudahan tentera yg sulit, dia diperkenalkan oleh General W.R. Monger kepada raksasa lain di dalam kemudahan tersebut yg memang ditangkap & ditahan. Raksasa lain yg sudah pun lama berada di dalam kemudahan tersebut adalah seperti The Missing Link, sejenis makhluk amfibia berupa hybrid ikan & mawas; B.O.B, sejenis gelatin yg tidak boleh dimusnahkan tetapi tidak boleh berfikir kerana tidak mempunyai otak; Dr. Cockroach, Ph.D, seorang doktor yg asalnya manusia yg telah membuat eksperimen ke atas dirinya sendiri tanpa memikirkan akibat sampingan yg menjadikan dirinya bertukar menjadi seekor lipas dengan kepala & sepasang mata yg sangat besar dan Insectosaurus, ulat beluncas yg termutasi menjadi seekor ulat beluncas gergasi.

Untuk mendapatkan Quantonium daripada Susan, Gallaxhar [suara oleh Rainn Wilson] telah merancang utk melaksanakan rancangan jahatnya di Bumi. Adakah dia akan berjaya? Bolehkah Susan a.k.a Ginormica mendapatkan kembali hidupnya seperti sebelum ini?

Reese Witherspoon (Sweet Home Alabama) as the voice of Susan Murphy/Ginormica

Will Arnett (Arrested Development) as the voice of The Missing Link

Seth Rogen (Knocked Up) as the voice of B.O.B

Hugh Laurie (House) as the voice of Dr. Cockroach, Ph.D

Rainn Wilson (The Office - U.S. Version) as the voice of Gallaxhar

Ha3,...memasing muka kontrol jek masa jumpa mak pak Susan... Memang lawak bangat!

[Source : www.rottentomatoes.com ]

Buat penggemar animasi Hollywood, filem ke-11 keluaran Dreamworks ini memang menghiburkan... Dengan kesan 3D yg mengagumkan ditambah pula dengan perincian yg sangat2 teliti pada setiap butiran yg dizahirkan, anda pasti kagum & terhibur bila menonton filem ini.

So, apa tunggu lagi?



1 comment:

Collin said...

kak!
out of topic jap
p web LPPKN
ada byk job kosong!
tutup 1 jun ni
cepat tau!