.: COUNTLESS THANKS TO :.

Sunday, May 17, 2009

MALAIKAT & SETAN


not an angel, certainly not a demon either...


Malam tadik kitorang pi tengok Angels & Demons midnight kat GSC, kul 12.30. Cite abih mebi dlm kul 2.30 pagi kot...[pastu takleh tdo sampai kol 7 pagi, hampeh... Nasib baik ari Ahad...]

Antara yg terbabit dalam filem ini adalah Tom Hanks yg mengulang wataknya sebagai Prof. Robert Langdon, pakar simbol yg dipanggil oleh pihak gereja Vatican utk membantu menyiasat kes penculikan 4 orang cardinal Vatican selepas kematian Pope, dibantu oleh Ayelet Zurer yg jelita & bijak wataknya [Vittoria Vetra, saintis], Ewan McGregor, [Camerlengo Patrick McKenna], Stellan Skaarsgard [Commander Richter, Head of The Swiss Guard] dan ramai lagi...

Cite dia eceli best, tapi kitorang tengok tade translate, pasal tengok yg 2D (Digital) punye... Hampeh tol... Gambar memang cantiklah, tapi memandangkan banyak terminologi sejarah, agama & saintifik, agak payah la nak faham betul2 apa yg dorang repekkan. Secara asasnya, bleh la faham jalan cite dia sedikit sebanyak, kenapa & apa yg berlaku & sape org jahatnya...

Tapi still takleh lawan The Da Vinci Code lagi - tu lagi best.

Mebi ada yg akan menjauhkan diri dari filem2 sebegini sebab ia bertemakan agama Kristian - but trust me, it was plain, pure entertainment and nothing else... So jgn la risau akidah dipesongkan ke hape ke - I know sometimes there are people who believes too much, that this kinda thing is one of the ways for making Muslim people's aqidah corrupted...

Dari skala 5 bintang, aku kasik 2 jek, pasal penceritaannya agak mudah diagak serta plot yg sedikit menghairankan - sape funder penjahat tu? Sape bunuh penjahat tu? Apa kaitan penjahat yg jahat, menculik, menyeksa & membunuh semua preferatii (the preferred, in Italian, calon2 yg bakal diundi utk dipilih menjadi the next Pope, mengikut tradisi geraja Vatican) tu, dgn orang jahat dalam gereja Vatican sendiri? Penjalinan longgar camnilah yg buat aku agak hampa dgn hasil kerja Ron Howard yg biasanya dipandang tinggi & cemerlang...

Sayang buku tulisan Dan Brown ni kurang berjaya diolah dgn baik, berbanding dgn filem sebelum ini, yg juga olahan dari buku karyawan yg sama.

Bosan2 tu, layan je la cite neh... Rasanya takde la pening kepala sangat nak banding kalo tengok yg first tu...



No comments: