.: COUNTLESS THANKS TO :.

Thursday, May 21, 2009

BOLEH PERCAYA KE?

Pernah aku terdengar orang memuji aku. Tapi aku sekadar diam, biasanya. Bergantung jugalah pada keadaan & konteks pujian, serta siapa yg melontarkan kata2 pujian tu. Kalau orang tu di kalangan kawan baik dan yg boleh dipercayai, aku terima dgn ucapan "Oh, TQ" & memulangkan pujiannya semula kpdnya...

Tapi kalau orang yg kita jarang jumpa? Atau yg tak pernah bermesra tetiba memuji?

Hati aku mesti terdetik, wah, pe maksud neh?

Ada yg pernah kata aku "terlalu memikirkan sangat tentang sesuatu - suka serabutkan kepala sendiri - kenapa?"

... Ha3... Sejujurnya orang tu tak kenal aku dengan rapat, malah aku sendiri pun tak begitu sukakan dia atau nak kenal jauh sekali nak rapat dengan dia...

Tapi aku rasa seolah2, bukan gembira, tapi macam,...senang dengan kata2 sejujur itu... Mebi dia tak kenal aku sangat, tapi ada kot benda yg dia lebih tau dari aku sendiri...

My point is, honesty may not always be the best policy, but it helps a lot...

Ada orang memang tak boleh terima kenyataan tentang dirinya bila ada yg berani dan sanggup utk berterus-terang, supaya dirinya sedar & berubah menjadi lebih baik.
[I used to be so like that when I was younger, but when I realized people were being brutally honest to me because they had faith in me & they wanted me to change for my own good, I slowly opened myself to realizing, admitting & accepting the bloody truths... And here I am now, still pretty much alive & kicking!]

Aku bukanlah sempurna mana pun. Tapi aku rasa sangat2 ralat bila orang tak boleh nak terima kenyataan yg dirinya taklah sebagus mana pun - jauh sekali nak sempurna, yg mana bila ada orang yg berlaku jujur kepadanya supaya dia sedar apa yg dia boleh perbaiki tentang dirinya, dia melatah... Silap haribulan dia akan menjauhkan dirinya daripada orang yg menegur tu, dan bersikap seolah2 seluruh dunia sedang melancarkan perang kepada dia...

Tapi yg lagi tak best, bila orang2 macam ni, akan sebarkan pulak kepada orang lain, sekaligus menjadikan kitalah antagonis yg cuba menjatuhkan dia, kitalah si jahat yg cuba nak menjahanamkan dia...

Mungkin pasal orang2 camnilah, aku jadi makin susah nak mempercayai sesiapa pun, walaupun mungkin pada masa tu, orang tu memang bercakap benar...

Mak aku pernah marah aku sebab aku terlalu berprasangka... Aku nafikan dengan mengatakan, aku cuma melindungi diri aku daripada sebarang kecederaan emosi parah yg mungkin berlaku bila tiba2 ada pulak spesis manusia yg boleh mengancam reputasi, macam yg aku sebut di atas tadi...

Hmmmm...




No comments: