.: COUNTLESS THANKS TO :.

Thursday, May 28, 2009

PINK ROSES WITH SWEET THOUGHTS...

Pagi2 lagi dah dapat sejambak bunga ros yang cantik dari Atiqah... Sweet...

Being idealistic, I prefer virtual flowers - they simply last like what, forever?

Ha3,...call me cheap - but at least Hubby doesn't have to cost his arm nor leg just to please me with fresh, vulnerable flowers.

If he wants to get me anything, he must bring me along and let me decide what I need most or what suits me best...

He learned the hardest way about me being so particular about what to give me as presents. Not that I was mean to him, but in the end he realized that I wasn't being difficult - I was just being honest & practical, as well as being real.

I have many problems regarding to almost, everything - not just any shoes to be worn or I'd ended up blistering all over or can't walk at all due to swelling, not just any blouse since my built is kinda masculine but I'm not that tall, not just any ladies pants since my thighs & back end are ehem, big but my waist are just not that wide for the biggest size available...
In short - before he regrets any of his purchase become just another additional to the "unwearable" list - it's best to bring me along...

Forget about the surprises factor - I just don't need one.

You can't wear "surprises" easily without having to be afraid of getting blisters, burns or cuts at your toes. Nor you can't fit "surprises" when you prefer custom-made dresses to suit your special body cut.

Besides - I hate surprises. Just doesn't help me through anything.

Monday, May 25, 2009

MONSTERS VS ALIENS

Ha3! Tanpa berhenti gelak, aku nak katakan yg cite neh, memang best!

Aku pegi tengok midnite hari Sabtu lepas, kane lagi, GSC MV lah... Tu yg paling dekat pon dgn umah heheheh...

Ternyata penantian aku selama ini tak menghampakan. Setiap sen yg dibelanjakan untuk tiket tu memang berbaloi...

Ceritanya mengisahkan seorang gadis yg sweet & bakal melangsungkan perkahwinannya, Susan Murphy [suara oleh Reese Witherspoon] telah dihentam sebuah meteor pada hari perkahwinannya. Tubuhnya meresap bahan [Quantonium] pada meteor itu dan mengakibatkan dia membesar menjadi raksasa setinggi hampir 50 kaki.

Ditangkap & dibawa ke satu kemudahan tentera yg sulit, dia diperkenalkan oleh General W.R. Monger kepada raksasa lain di dalam kemudahan tersebut yg memang ditangkap & ditahan. Raksasa lain yg sudah pun lama berada di dalam kemudahan tersebut adalah seperti The Missing Link, sejenis makhluk amfibia berupa hybrid ikan & mawas; B.O.B, sejenis gelatin yg tidak boleh dimusnahkan tetapi tidak boleh berfikir kerana tidak mempunyai otak; Dr. Cockroach, Ph.D, seorang doktor yg asalnya manusia yg telah membuat eksperimen ke atas dirinya sendiri tanpa memikirkan akibat sampingan yg menjadikan dirinya bertukar menjadi seekor lipas dengan kepala & sepasang mata yg sangat besar dan Insectosaurus, ulat beluncas yg termutasi menjadi seekor ulat beluncas gergasi.

Untuk mendapatkan Quantonium daripada Susan, Gallaxhar [suara oleh Rainn Wilson] telah merancang utk melaksanakan rancangan jahatnya di Bumi. Adakah dia akan berjaya? Bolehkah Susan a.k.a Ginormica mendapatkan kembali hidupnya seperti sebelum ini?

Reese Witherspoon (Sweet Home Alabama) as the voice of Susan Murphy/Ginormica

Will Arnett (Arrested Development) as the voice of The Missing Link

Seth Rogen (Knocked Up) as the voice of B.O.B

Hugh Laurie (House) as the voice of Dr. Cockroach, Ph.D

Rainn Wilson (The Office - U.S. Version) as the voice of Gallaxhar

Ha3,...memasing muka kontrol jek masa jumpa mak pak Susan... Memang lawak bangat!

[Source : www.rottentomatoes.com ]

Buat penggemar animasi Hollywood, filem ke-11 keluaran Dreamworks ini memang menghiburkan... Dengan kesan 3D yg mengagumkan ditambah pula dengan perincian yg sangat2 teliti pada setiap butiran yg dizahirkan, anda pasti kagum & terhibur bila menonton filem ini.

So, apa tunggu lagi?



KUR[US]SUS


Aiyaa,...salah angle la aku neh...


Tunggu K. Sherin punya pilot... Kat basement...

Aku pi kur[us]sus 25 - 27 Mei 2009 neh, kat Menara DBKL 3, Bandar Wawasan.
Eceli boring gak kene tinggal opis, pasal keje mesti akan bertambah2...

Dahla Jumaat [290509] & Isnin [010609] aku memang minta cuti...
Adeh serabut2... Meja tak kemas lagi...
Yg mana file2 tak masuk kabinet lagi...
Tensi...

Tapi kalau tak pegi rugi, inilah masanya kita nak lari dalam waktu bekerja, hehehe...
Bukanla camtu, maksud aku, melarikan diri dari suasana kerja tapi masih lagi berkisarkan kerja...

Yelah, kursus ni pun memang berkait rapat dgn kerja kitorang yg memang mencabar jiwa & raga... Since aku sendiri pun memang dah apply tu ari, dapat panggilan apa lagi, bedallah beb! Mana nak dapat peluang cani senang2? Bak kata Pn. Hamidah [fasi kitorang] - company swasta bayar RM1200-1500 for a course like this - and that is just for one day's fee!

Peghhh... Imagine if we really have to fork out that sum of money just because of this kinda course CHKL provided for free [the participants don't pay anything, k]... Ridiculous, aight?


Pas makan tengahari yg menjengkelkan aku, tapi Shida begitu gembira nampaknya selepas makeover oleh K. Sherin...


Bersama Avon cosmetic pouch yg diberikan oleh fasilitator, Pn Hamidah Hashim, yg memang cambest

Lagipon, ni la time nak tambah ilmu, jumpa kengkawan, jumpa orang baru [fasilitator tu, bleh kira la kan, sbagai orang baru, orang baru kenal?]

Takpe2... Sabar k... Lagi 2 hari jek...


Seblom balik... sempat lagik bergambar kat bilik2 berdekatan...

Ha3 jgn ingat time berkursus takleh amik gambar... Ni la dapatnya kalao geng pun suka amik gambar jugak... Thanks to K. Sherin & Shida - you guys really make my day!



KUCEN...


Ha ada pon gambar time dia nandung...











Ada satu kedai makan kitorang suka pegi... Aku suka mihun sup kat situ... Yg lain, bleh tahan la... Kira bleh blah la kat situ...

Ada satu kucen yg slalu datang kedai tu time kitorang makan. Biasala kucen, watpe lagi, minta makan la kan... Satu ari, yg datang neh rupanya2 kucen nandung... Kita bagi la makan, kesian kan...

Perut dia besar tu ari...

Tetiba datang baru2 neh, tengok2 dia dah dok dalam 1 kotak. Orang2 kedai tu buh dia kat dlm tuh... Dgn anak2nya yg cumelll... Geramnya tengok...


Aku cuma nak amik gambar dorang jek - sumpah tak tipu!

Takpelah kucen, aku bukan nak amik pon... Harap2 dorang sume berjaya besar jadi kucen dewasa yg kuat & sihat, serta mampu hidup dgn baik...


Jaga elok2 ye!

Sejak kematian & kehilangan kucen2 kat umah Mak & Abah dulu yg asalnya sampai berbelas ekor, kitorang jadi fobia habis kalau nak bawak balik kucen yg kitorang jumpa kat mana2... Lagi sedih kalao kucen tu pulak, jenis yg manja habis lah... Cam mintak2 je kita bawak dia balik...

Abah pun selalu akan letak balik kucen yg dia belai2 dah, padahal dah macam siap nak bawak nek kete/moto terus...

"Takut kao mati kalao kao ikut aku balik... Dok sini ye... Dah,...jangan ikut aku lagi..."

Tsk...



MARI MAIN MASAK2!

Jumaat lepas aku malas masak nasi. Tengok apa ada kat dapur, tu aku tibai jadi makanan...

Ha3! Resepi ngarut neh mujur Hubby suka... Roti goreng berinti & roti gulung frankfurter... Tetiba lak aku teringin makan roti inti hotdog, heheh... Ngarut tul lah aku neh...














Layan jugak benda2 cani sesekali... Nak buat slalu? Adeh,... letih...

Friday, May 22, 2009

MELELEH AIR LIURKU...


ToyWatch Pink Pave Dial Watch - cam semak dgn batu2 ni tapi aku suke pulak... Hurmm...


some of the ToyWatch


Serius... Tolak tepilah jam neh plastik...
[Ha2 kejinya akuh! The straps are polycarbonate la Kimi oi!]

Tapi memang kewl...
N most importantly, the watches are all with attitudes.
Not forgetting - the bling factor is so, wow...
I'd like to get one, when the rezeki comes...
Bleh ganti my old, loyal & real rugged yet elegant Swatch [perasan2]...

Aah I'm speechless... Not to mention, already drooling over these watches...

Uuuu...

Check this site out dude! http://www.toy-watch.it/ and drool yourself like crazy....



* TQ KazaKarina for sharing this maddening piece of info! Oh ya, honestly girl - don't you worry 'coz I'm not the kinda person who would blindly copy you in any way - be it your expensive, boutique-bought bling watches, or your pricey branded makeups, let alone your designer perfumes!






* VOULES VOUZ COUCHER AVEC MOI (CE SOIR)?


"The greatest thing you'll ever learn is just to love and be loved in return."
[ Source : www.wikipedia.org ]

Malam tadi, aku tengok cite neh, tuk kesekian kalinya... Kat Star Movies...

Tapi malam tadi aku tengok dari awal, sampai la habis... Bengang betul, banyak gila tapisan... [Baik takyah tayangkan kalo gitu, betul x? Bangang betul...]

Tak sangka ceritanya begitu,...sedih...

Kalau orang tak suka muzikal mebi susah nak terima filem cani... Aku? Aku memang suka hasil tangan Baz Luhrrman lepas aku tengok Romeo + Juliet [played by Leonardo diCaprio & Claire Danes] - masa tu tengok CD, pinjam member, terpaksa curi2 tengok pasal Mak tak bagi tengok cite2 omputeh yg banyak unsur tak baik tuh... He3,... tengok dgn arwah Abang ke masa tu, pas waktu sekolah, skali kul 4.30 Mak & Abah pun balik, nyaris kantoi!

K, berbalik pada Moulin Rouge [in English, Red Windmill] tadiks...

Kisahnya berlatarkan Paris pada tahun 1889, seorang penulis Inggeris yg miskin, tanpa wang & hanya bertemankan mesin taipnya sahaja, telah meninggalkan rumahnya utk membuktikan kepada bapanya bahawa dia boleh hidup sebagai penulis dan dengan melibatkan diri dalam bidang seni...

Percaya bahawa cinta adalah segala2nya dalam kehidupannya, Christian yg kacak telah terserempak dgn sekumpulan artis pementasan yg sedang buntu dalam menyiapkan pementasan dorang tuk dicadangkan kepada tuan punya kabaret Moulin Rouge, Harry Zidler [lakonan Jim Broadbent].

Bila Christian tiba2 menyanyikan baris lagu yg sesuai utk skrip pementasan mereka, ketua pementasan Toulouse-Lautrec [lakonan John Leguizamo] berpendapat yg Christian adalah orang yg paling sesuai utk membantu menjayakan pementasan mereka & dia memujuk Christian supaya pergi ke Moulin Rouge utk bertemu dgn bintang utama kabaret di situ, Satine dengan tujuan untuk meyakinkan Satine bahawa idea pementasan mereka akan boleh dijual di Moulin Rouge. Memandangkan Satine adalah buah hati Zidler, Toulouse yakin pasti dia boleh meyakinkan Zidler untuk mengangkat karya mereka ke pentas Moulin Rouge.

Malang bila pada malam yg sama, Zidler telah mengaturkan supaya Satine bermalam dengan seorang Duke yg kaya-raya [lakonan Richard Roxburgh] dengan tujuan supaya Duke tersebut bersetuju utk menjadi pembiaya kewangan Moulin Rouge. Duke bersetuju dengan syarat dia dibenarkan utk berjumpa dengan Satine pada bila2 masa dia mahu, tanpa sebarang halangan.

Keadaan jadi kucar-kacir bila Christian digoda Satine di dalam biliknya, sedangkan Christian di situ hanya untuk membacakan puisinya. Tambah kelam-kabut bila tiba2 Duke sebenar berada di luar pintu utk masuk & 'berurusan' dgn Satine, sepertimana yg Zidler janjikan kepada Duke.

Bila Duke dah dihalau keluar dari biliknya, Satine tiba2 rebah dalam pelukan Christian. Dia membaringkan Satine & tiba2, Duke masuk semula ke bilik Satine yg mula sedar dari pitamnya tadi. Dalam keadaan Christian sedang merangkul bahu Satine di atas katil, mereka tiba2 sedar yg mereka sudah mula jatuh cinta antara satu sama lain & mendapat akal utk mengaburi mata Duke dengan bantuan Toulouse [yg sedari awal sudah berada di bumbung bilik Satine utk melihat perkembangan usaha Christian utk meyakinkan tentang idea pementasannya].

Mereka pun membentangkan idea pementasan yg bertajuk 'Spectacular! Spectacular!' tu dan akhirnya Duke setuju, dengan syarat dia boleh berjumpa Satine bila2 masa yg dia suke, tapi Satine & Christian sering berjaya mencari alasan utk berjumpa & sentiasa bersama kerana masing2 sudah terlalu asyik dilamun cinta...

Bila Duke menyedari yg Satine semakin berusaha menjauhkan dirinya, dia meminta Zidler hak milik ke atas Moulin Rouge & mahu Satine jadi miliknya serta mengugut akan membunuh Christian sekiranya mereka berdegil. Utk keselamatan Christian, Zidler dgn berat hati menyampaikan perkara itu kepada Satine & memintanya supaya memutuskan perhubungan.

Satine dengan berat hatinya pergi memutuskan perhubungan dengan Christian. Dia mengatakan bahawa sebagai perempuan kabaret [courtesan], dia memang dibayar oleh lelaki utk mereka mempercayai yg dia mencintai mereka, menyukai mereka dsb. Christian yg tidak boleh menerima kata2 Satine [yg dia tahu, Satine berbohong] telah cuba mendekati Satine di Moulin Rouge tetapi ditumbuk oleh pengawal2 di situ & tak dibenarkan memasuki bangunan itu pun.

Pementasan sempena pembukaan Moulin Rouge yg baru diubahsuai & dipertingkatkan tu diteruskan dan Christian, selepas menggadaikan mesin taipnya telah menyelinap masuk ke dalam Moulin Rouge utk bertemu dgn Satine. Bila dia berjumpa dgn Satine, Satine berusaha melarikan dirinya dan bila dia dipegang kemas oleh Christian yg memintanya menerima duitnya, Satine sudah kelihatan agak lemah & sukar bernafas. Tiba2 pintu di tempat mereka berdiri terbuka, rupa2nya pintu itu adalah props pementasan itu. Semua penonton tercengang, termasuk Duke sendiri, yg memberi isyarat kepada pengawal peribadinya supaya menembak Christian, tetapi gagal kerana dihalang oleh para pelakon pementasan itu.

Paling memeritkan hati adalah bila Christian [lakonan Ewan McGregor] memaksa Satine [lakonan Nicole Kidman] tuk terima duit dia sebagai bayaran kerana buat dia percaya yg Satine benar2 cintakannya, dan bila Christian mengatakan yg dia sendiri dah tak cintakan Satine lagi selepas dia mengucapkan terima kasih kerana membuatkan dia berjaya lupakan obsesinya terhadap cinta...

Bagaimanapun, Satine yg sedar bahawa dia sendiri terlalu cintakan Christian, telah menyanyikan lagu cinta mereka utk menyatakan perasaan sebenarnya terhadap Christian yg sedang berlalu pergi dari pentas, selepas dia terdengar Toulouse menjeritkan kata2 "The greatest thing you'll ever learn is just to love and be loved in return."

Christian sedar yg Satine hanya menipu demi keselamatan dirinya & mereka kembali menyanyi bersama utk menamatkan pementasan tersebut. Zidler yg turut berlakon dalam pementasan tersebut terus improvisasi pementasan itu & berjaya menghalang Duke daripada membunuh Christian.

Tiba2 selepas pementasan tamat & penonton bersorak memberikan standing ovation, Satine rebah dalam pelukan Christian & terbatuk2, seolah2 tak mampu bernafas lagi. Christian mendakapnya dan Satine berpesan supaya dia meneruskan hidupnya utk bercerita tentang kisah cinta tragis mereka... Akhirnya Satine mati selepas lama mengidap TB & setahun kemudian, Moulin Rouge ditutup, Christian pun akhirnya menceritakan kisah mereka [dalam bentuk penulisan] sebagai menunaikan hajat terakhir Satine...

Wah, aku terus sentap... Gila ah... Paling sedih bila Christian paksa dia terima duit tu... Dan katakan yg dia berterima kasih sangat2 pada Satine kerana buat dia percaya yg dia tak cintakan lagi perempuan tuh... Serius sentap k...

Kena chari original version neh... Mau aku bengong kalau terpaksa puas ati tengok versi yg dah kena cincang 18 ribu bahagian neh...


Oh btw, it's pronounced as Mulan Ghuj, not Mowlin Rowgue...

* Do you want to sleep with me (tonight)?, in French...
Though the sentence is so, inappropriately provocative, somehow it sounded so sexy in French...

Nak blaja French la pulak pas tengok cite tuh...


SAJA DENGKI, TAK BLEH?

Ha3... Mari kita mendengkikan diri... Supaya orang bengang dengan kita [bleh camtu?]



Nasi kukus ayam goreng berempah D'Naim, Pantai Dalam RM4.50


Sarsi On The Rock, by Hubby...



* Mesti ko bengang dgn aku kan Shida - tengah lapa aku gi post neh pulak!

Heheheh...

[kriuk2] alamak perut aku pun bunyik?

Thursday, May 21, 2009

TALK TO THE...



Very well-said,...
and supposedly, understood...

Don't get me wrong...

This is strictly dedicated to whoever this may concern only...





TERFIKIR...

Pernah dulu aku tanya Mak,
Kenapa kita tak banyak duit?
Kenapa kita rumah kecik?
Kenapa kita tak jalan2?
Kenapa kita tak cantik?
Kenapa kita tak tinggi?

Jawab Mak, bersyukurlah dengan apa yg kita ada & jangan berhenti usaha utk dapatkan benda yg lebih baik utk diri kita...

Camna bersyukur tu?

Justify FullJawab Mak, yelah, kita solat 5 waktu jgn tinggal, sebagai tanda kita mensyukuri nikmatnya. Sentiasa bersangka baik kepada Allah. Berdoa selalu, supaya kita selalu dekat denganNya. Jangan pertikai kenapa kita tak dapat macam orang lain dapat, tapi, berusaha lebih lagi supaya kita pula yg akan dapat rezeki lebih baik di masa akan datang.

Habis, kalau semua pun kita dah buat,
solat tak tinggal,
doa tak putus,
berbaik2 dgn orang selalu,
berusaha jadi manusia yg baik selalu,
tapi masih juga tak dapat?

Jawab Mak, sabar... Orang banyak bersabar, Tuhan sayang... Bila Dia lambat memberikan kita sesuatu, tu kerana Dia suka mendengar doa kita, rintihan kita...

Sabar? Dapat apa dengan sabar? Ada penah orang hidup senang dengan semata2 sabar?

Jawab Mak, sabar... Adalah rezeki kita tu kat mana2, bila2 nanti... Dia kan Maha Kaya & Maha Adil...

Adil? Kalau betul adil, kenapa ada orang kaya makin kaya? Ada orang tak payah berusaha sangat pun dapat macam2? Adil camana tu?

Jawab Mak, sabar... Bukan semua yg best tu, nikmat... Bukan semua yg tak best tu, musibat...

Macamana bleh jadi tak best pulak? Dah banyak duit, lagi banyak duit, tak payah kerja sangat, pun senang je dapat Best Employee, kan best tu?

Jawab Mak, sabar... Tu namanya, ujian... Allah nak uji hambanya dengan segala kesenangan tu...

Uji dengan kesenangan?

Jawab Mak, ya, ujian...
Adakah hambaNya tu manusia yg bersyukur dan ingat pada Allah bila dah diberikan kesenangan?
Adakah hambaNya tu manusia yg akan merendah diri dan membantu memudahkan urusan orang lain di sekelilingnya?
Adakah hambaNya tu akan terus solat dengan penuh khusyuk sepanjang hari 5 waktu, dan sentiasa rendah hati dengan sedar yg kejayaan yg didapati hanyalah semata2 kerana Allah membenarkannya selepas berkata
kun fa ya kun?

Semua yg kita dapat, hanyalah dipinjamkan semata2. Dia tak pandang harta kita, duit kita, pangkat kita, gelaran kita, pelajaran kita, kelulusan kita, rumah kita, kereta kita, baju kita, rupa kita, yg diminta cuma adakah kita berjaya menjadi manusia yg menurut perintah2Nya & tinggalkan larangan2Nya...

Bila aku kenang balik, memang betul kata2 Mak...
Tapi aku tetap ralat dengan ketidakadilan yg banyak berlaku di keliling kita...
Seolah2, tak payahla nak berusaha sangat pun, orang tetap dapat pelbagai kesenangan...
Aku masih cam ni jugak, walau camana aku usaha, aku buat baik, tapi aku masih kat sini...
Perlu ke aku buat macam orang lain supaya aku dapat apa yg orang senang2 dapat?
Tak payah keje teruk2, tak payah usaha teruk2, tak payah macam2la,...senang2 je dapat...

Aku bukan manusia pendengki jauh sekali cemburu dengan apa orang lain ada...
Tu semua jadi pembakar semangat aku sebenarnya supaya jadi lebih baik...
Tapi yg ralat tu bila dalam banyak2 orang lain yg aku rasa jauh lebih berhak, tiba2 yg dapat adalah orang yg paling boleh dipersoalkan kelayakannya.

Ke,...aku kene jadi macam dorang baru aku dapat macam2 kebestan yg dorang dapat?



MANA ELOK PADA PENDAPAT KORANG?

Tadi masa tengah tunggu lif dekat2 dgn tempat K. Sherin, aku masuk jap office dia dan jumpa dia tengah bergayut kat tepon... Pasal katanya tak penah tengok aku pakai ensemble neh secara live,
cuma tengok kat post sebelum neh je (tajuk post: KINDA REGRET THIS)...

"Ok je tudung neh..."

"Ye ke kak... Asalnya saya tak yakin langsung... Tapi bila pikir2 balik, pakai je la benda dah ada... Malas nak pk banyak..."

"Why not pakai [sambil tangannya buat gaya tarik salah satu ekor tudung tu ke belakang kepala]? Nampak kembangla..."

"Tudung neh kecik la kak"

"Ye ke?" [muka tak percaya]

"K la kak, bye..."

"Laa, datang nak tunjuk tudung je ke?"

"Ha la,... tu ari kata tak tengok secara live... Ni dah kasi tengok la neh..."

[mengomel tak tentu butir] "K lah..." [sambung cakap kat tepon]

Lepas makan, aku kemaskan la tudung aku... Dari pakai semat kiri kanan, aku tukar cara yg K. Sherin cadangkan tuh... Dah lama tak buat gaya gini... Payah juga psal rasa kekok... Dulu2 aku slalu pakai cani... Bila 1 ari aku rasa rimas tengok muka sendiri macam ketat je bila pakai tudung cenggitu, aku tukar selepang kat bahu pulak... Tapi pasal tak cover langsung aku tukar cara pakai tudung... Selepang kiri kanan cover depan, ekor tudung ke bawah...

Pastu boring pulak, 2-3 minggu lepas aku pinjam style pakai tudung si Fizah - ekor tudung semat kat bahu kiri kanan dgn pin, so bahagian depan tu macam ada 'buaian' [kalau makan mesti ada je sisa makanan terjatuh kat situ, hahahaha!]...




Pandangan dari belakang, atas & dari depan, tepi


pe pandang2?

Masalah yg slalu dihadapi kalau pakai tudung gaya gini, bahagian tepi sebelah kiri aku [tengok gambar] mesti selekeh, pasal tudung tu akan jadi macam kembang2... Penat je nak kena kemaskan betul2, tapi still juga rope itu... Kalau semat pin pun sama juga...


Mana yg ok ek... Dan apa idea bernas yg bleh digunakan tuk aku selesaikan masalah yg aku asik hadapi tiap kali nak pakai tudung cara neh...



TRANSFORM!

Ek uk ek uk ek uk...

Ha3... Aku tukar background theme tuk sekian kalinya...
Tapi tah, rasa cam terlampau feminin sangat la pulak...
Pe pendapat korang?

Aku sebenarnya bukanlah peminat setia warna pink ni...
Cuma bila si Diba dulu suka sangat dengan warna pink, aku mula jadi terpengaruh pon ada...
Biasala minah tu, suka sangat dgn Barbie... Kuat berangan betullah minah tuh...

Kemudian bila aku dah berani guna warna pink dalam gaya aku, aku tukar pulak warna Windows Media Player aku, bukan warna pink, tapi lebih kepada macam,...warna pink keunguan [mauve], Mak kata warna belachan!...

Tapi lepas aku buat camtu, aku rasa mata aku lebih selesa berbanding dengan bila aku tengok warna lain... Terus aku tukar theme PC aku pun warna camtu... Warna mauve... Desktop aku guna hitam pekat ataupun warna deep maroon, supaya mata aku rileks sikit...

So kalau ada yg rasa pilihan warna tuk blog aku neh mengganggu/menyakitkan mata korang [secara fizikal k], bagila tau dan aku akan cuba tone down kan lagi warna pilihan aku neh...

Just for reading pleasure...



BOLEH PERCAYA KE?

Pernah aku terdengar orang memuji aku. Tapi aku sekadar diam, biasanya. Bergantung jugalah pada keadaan & konteks pujian, serta siapa yg melontarkan kata2 pujian tu. Kalau orang tu di kalangan kawan baik dan yg boleh dipercayai, aku terima dgn ucapan "Oh, TQ" & memulangkan pujiannya semula kpdnya...

Tapi kalau orang yg kita jarang jumpa? Atau yg tak pernah bermesra tetiba memuji?

Hati aku mesti terdetik, wah, pe maksud neh?

Ada yg pernah kata aku "terlalu memikirkan sangat tentang sesuatu - suka serabutkan kepala sendiri - kenapa?"

... Ha3... Sejujurnya orang tu tak kenal aku dengan rapat, malah aku sendiri pun tak begitu sukakan dia atau nak kenal jauh sekali nak rapat dengan dia...

Tapi aku rasa seolah2, bukan gembira, tapi macam,...senang dengan kata2 sejujur itu... Mebi dia tak kenal aku sangat, tapi ada kot benda yg dia lebih tau dari aku sendiri...

My point is, honesty may not always be the best policy, but it helps a lot...

Ada orang memang tak boleh terima kenyataan tentang dirinya bila ada yg berani dan sanggup utk berterus-terang, supaya dirinya sedar & berubah menjadi lebih baik.
[I used to be so like that when I was younger, but when I realized people were being brutally honest to me because they had faith in me & they wanted me to change for my own good, I slowly opened myself to realizing, admitting & accepting the bloody truths... And here I am now, still pretty much alive & kicking!]

Aku bukanlah sempurna mana pun. Tapi aku rasa sangat2 ralat bila orang tak boleh nak terima kenyataan yg dirinya taklah sebagus mana pun - jauh sekali nak sempurna, yg mana bila ada orang yg berlaku jujur kepadanya supaya dia sedar apa yg dia boleh perbaiki tentang dirinya, dia melatah... Silap haribulan dia akan menjauhkan dirinya daripada orang yg menegur tu, dan bersikap seolah2 seluruh dunia sedang melancarkan perang kepada dia...

Tapi yg lagi tak best, bila orang2 macam ni, akan sebarkan pulak kepada orang lain, sekaligus menjadikan kitalah antagonis yg cuba menjatuhkan dia, kitalah si jahat yg cuba nak menjahanamkan dia...

Mungkin pasal orang2 camnilah, aku jadi makin susah nak mempercayai sesiapa pun, walaupun mungkin pada masa tu, orang tu memang bercakap benar...

Mak aku pernah marah aku sebab aku terlalu berprasangka... Aku nafikan dengan mengatakan, aku cuma melindungi diri aku daripada sebarang kecederaan emosi parah yg mungkin berlaku bila tiba2 ada pulak spesis manusia yg boleh mengancam reputasi, macam yg aku sebut di atas tadi...

Hmmmm...




Wednesday, May 20, 2009

NAK TAMBAH RM

Beginilah nasib, diriku yg malang, oh Tuhan
Tak boleh bersenang-lenang
Walau kerja kuat, tanggung macam2
Rezeki masih juga belum lapang...


Rasa cam nak chari RM lebih je tuk raya tahun neh...

Erm,... ada sesapa minat nak beli kerepek2 tuk raya nanti?

Atuk sedara aku ada kilang buat kerepek, rempeyek, tumpi & macam2 lagi macam,...baulu, kuih bijan/buah redan dan macam2 lagi...

Sape2 nak, gitau k...

Aku akan letak senarai harga tuk kemudahan korang secepat mungkin... Don't worry k!

TAK PAHAM BETUL...

Pernah tak terima panggilan telefon: -

Tanpa sebarang ucapan Hello ataupun salam - anda disuruh menyambungkan panggilan tu seolah2 anda seorang operator sepenuh masa, kepada orang yg anda tak kenal pula tu?

Bila anda mencadangkan nombor yg boleh dipanggil jika panggilan terputus ataupun tak berjawab, yg call ni tak ambik peduli pun nak tau dan terus saja suruh juga anda sambungkan panggilan tu macam anda ni kuli batak dia?

Ada pula yg menelefon dan bercakap dengan anda tapi dalam masa sama, orang tu bercakap dgn orang lain di sekelilingnya - kadang2 siap terjerit lagi?

Ada juga yg telefon dan bila orang yg dipanggil tu tiada di pejabat kerana urusan di luar/bercuti, orang yg telefon ni tanpa sekurang2nya berbudi bahasa dengan mengatakan "OK, takpe, terima kasih" atau pun the simplest "Bye", dia terus letak gagang begitu saja?

I've got 2 words perfectly describing these kinda people - KURANG AJAR.

Baru je kena tadi... Yg paling ralat - orang kat organisasi ni juga...
Tu telefon aku staff sini, kalau dengan orang luar?



SWEENEY TODD:THE DEMON BARBER OF THE FLEET STREET

Siapa penah tengok filem muzikal neh?

Aku tengok kat Astro tu ari, lupa channel mana, rasanya HBO kot...

Jalan ceritanya mudah je, berkisarkan dendam kesumat yg menguasai diri seorang tukang gunting bernama Sweeney Todd sampai akhirnya, makan dirinya sendiri bila dia jadi 'buta' dengan kebenaran di depan mata dek terlalu hanyut dgn dendamnya...

Filem muzikal dark ini dibarisi oleh antaranya Johnny Depp sebagai Sweeney Todd; dibantu oleh Helena Bonham Carter sebagai Mrs. Lovett, Sasha Baron Cohen, Alan Rickman dan ramai lagi.

Yang menariknya ialah lagu2 dalam filem ni dinyanyikan sendiri oleh para pelakonnya... That is so much better than having to stand 3 hours of nonsensical, illogical storyline & miming actors in Bollywood films... These guys really sing ok...

Kebanyakan lagu dalam cerita ni memang aku suka... Utk post ni, aku letak lirik lagu By The Sea yg dinyanyikan sendiri oleh Helena Bonham Carter... Moh nyanyi sama!

BY THE SEA
Helena Bonham Carter & Johnny Depp

MRS. LOVETT:
(she kisses Todd)
Ooh, Mr. Todd! (kiss)
I'm so happy! (kiss)
I could (kiss)
Eat you up, I really could!
You know what I'd like to do, Mr. Todd? (kiss)
What I dream (kiss)
If the business stays as good?
Where I'd really like to go?
In a year or so?
Don't you want to know?

TODD: (spoken) of course.

LOVETT: Do you really want to know?

TODD: (spoken) Yes. I do.

LOVETT: By the sea, Mr. Todd, that's the life I covet,
By the sea, Mr. Todd, ooh, I know you'd love it!
You and me, Mr. T, we could be alone
In a house what we'd almost own,
Down by the sea!

TODD: Anything you say

LOVETT: Wouldn't that be smashing?

LOVETT:
Think how snug it'll be underneath our flannel
When it's just you and me and the English Channel!
In our cozy retreat kept all neat and tidy,
We'll have chums over ev'ry Friday!
By the sea!
Don'tcha love the weather?
By the sea!
We'll grow old together!
By the seaside,
Woahh
By the beautiful sea!

It'll be so quiet,
That who'll come by it,
Except a seagull
Hoo, hoo!
We shouldn't try it,
Though, 'til it's legal for two-hoo!
But a seaside wedding could be devised,
Me rumpled bedding legitimized!
Me eyelids'll flutter,
I'll turn into butter,
The moment I mutter I do-hoo!

Down by the sea,
Married nice and proper
By the sea
Bring along your chopper
To the seaside hoo hoo!
By the beautiful sea!


HANDBAGS -VS- BACKPACKS

Aku pon, cam orang lain juga. Ada handbag, dalam 2-3 saiz berbeza. Bergantung pada keadaan & kesesuaian majlis. Tapi hanya utk majlis2 sahaja. Aku jarang bawa handbag ke office, sebab aku slalu travel naik motor & perlu bawa baju kerja dalam beg, jadi beg tangan memang tak sesuai - mana muat letak baju?

Ada yg heran betul cane aku bleh bawa baju dalam beg. Tak kedut ke? Gosok kat opis ke? Tu la soalan yg slalu aku kena jawab.

Dulu2 aku selalu bawa backpack, atau nama mudahnya, beg skolah. Dalam beg tu, aku akan pastikan ada beg2 kecil utk fungsi yg berbeza supaya lebih teratur dan mudah tuk aku ingat, kat mana aku letak apa. So, akan ada :-

1. beg mekap
2. beg toiletries, ubat2, pen, buku nota kecil, thumbdrive
3. beg baju spare
4. beberapa beg plastik utk baju bersih/barang2 bersih@kering
5. beg plastik utk kasut [yg biasanya aku isikan dengan sepasang selipar getah], kalau2 hari hujan.

Ada yg takjub - wow, beg dalam beg? Ada juga orang penah tegur, satu rumah nak dibawaknya... Hahaha, masing2 la kan...

Ada kelebihannya bawak beg skolah neh... Nak2 pulak kalau kita kene banyak berjalan, pasal :-

1. Tak la sakit bahu kita pasal berat bebanan yg dibawa tersebar seimbang ke kedua2 bahu.

2. Keselamatan - bayangkan anda peragut/penjenayah - mana yg lebih menarik & membuatkan anda teringin sangat2 meragut - beg sekolah atau beg tangan? Mana yg lebih senang ditarik? Mana yg lebih senang utk mangsa terlepaskan begnya bila diragut?

3. Lebih banyak ruang utk bawa lebih banyak barang yg penting, so tangan kita akan bebas dari memegang apa2 barang, barang2 yg dibawa pun takla tercicir di sana sini kan? Terutamanya bila pegi shopping - mesti banyak beg plastik berasingan yg perlu dibawa & kecenderungan utk beg2 tu tercicir? Sangat2 tinggi. Jawapan terbaik? Beg sekolah - sumbat je semua dalam tu, abis cite.

4. Dulu aku rasa cam, tua sangat la aku neh yg nak pakai2 handbag neh... Ish tak sesuai langsung la dgn personaliti sebenar aku neh... Tu pasal aku susah nak pakai handbag...

Dulu memang ke mana pergi pun, memang aku akan bawa beg sekolah pasal senang, tak perlu bawa 2-3 beg di tangan hanya utk bawak semua yg perlu aku bawa... Tapi semenjak Leha pinjam beg sekolah aku & aku pun cam dah malas je nak bawak beg yg tu saja [nak juga tukar2 tapi tak sempat2 nak gi cari yg lain...] jadi sekarang aku bawa satu beg yg bersaiz sederhana yg muat utk 1 beg mekap, 1 beg ubat & baju kerja sahaja...


Lebih kurang gini lah, cuma kecik sket je beg yg aku bawak skang... pinjam gambar handbag Nine West, beg aku buruk sangat kalo nak tayang kat sini pon, heheheh...


So, korang bawa beg yg macamana?

Monday, May 18, 2009

MY FAVOURITE SCENTS

Sape tak suke berbau harum & segar sepanjang masa, betul tak?

Aku suka minyak wangi @ perfume. Cuma disebabkan aku bukanlah orang yg banyak sangat duit sampai bleh beli perfume yg berjenama, maka aku terpaksa cari alternatif yg sangat2 membantu dari segi penjimatan RM...

Rasanya One Drop Perfume ni dah tak perlu diperkenalkan lagi, memandangkan ramai yg dah tau pun pasal perfume neh...

Dijual pada harga lingkungan RM35-RM40, setiap kotak ada 10 botol [2ml setiap satu].
Yg aku beli ni bukan roll-on punye, tapi calit2, cam minyak atar...

Oh ya, kenapa aku tunjuk yg ini sedangkan botolnya packaging lama & takde la apa yg boleh dibanggakan sangat pun pasal bukannya perfume original yg beratus2 RM tu kan?

Saja nak share - yg ni bersifat rare collection. Hak2, ye ye je aku neh... Tadelah, asalnya aku takde la nak beli, tapi tukang jual kat opis ni lak kata kalau nak beli ni, dia offer RM30 instead of RM38... Aku tanyalah, pe kes turun harga?... Rupanya dia punya packaging ada kesilapan.

Pakej asal senarai perfume nya lain... Tapi pada pakej yg ni, perfume nya pun lain. Ada yg takde pun dalam pakej asal tu...

Pakej asal (Set 2):-

1. Inspired by Tresor, Lancome
2. Inspired by Ombre Rose, JC Brosseau
3. Inspired by Envy, Gucci
4. Inspired by Kenzo Flower, Kenzo
5. Inspired by Eternity, Calvin Klein
6. Inspired by Gloria, Cacharel
7. Inspired by Miracle, Lancome
8. Inspired by J'adore, Dior
9. Inspired by Intense, Hugo Boss
10. Inspired by Be Delicious, DKNY

Yg aku punya neh:-

1. Inspired by Rose Blush, Calvin Klein
2. Inspired by Sexy, Carolina Herrara
3. Inspired by Envy, Gucci
4. Inspired by Tommy Girl, Tommy Hilfiger
5. Inspired by Yippy, Escada
6. Inspired by Amore, Cacharel
7. Inspired by Contradiction, Calvin Klein
8. Inspired by True Love, Elizabeth Arden
9. Inspired by Intention, Hugo Boss
10. Inspired by Scrumptious [Be Delicious], DKNY


label2 pada botol tu, aku yg buat sndiri k, pasal tanak kompius, heheh...


ni yg paling aku suka...

Yg sebenarnya aku takleh pakai perfume neh sebab aku mesti akan kene allergic pasal concentration of the perfume is so high, tapi pakai jugak, tak kira!

Cakap pasal minyak wangi ni kan, aku teringat satu kisah dgn K. Sherin. Dulu first time aku jadik rapat dgn dia pasal kitorang dok sebilik masa kursus kat PD... Masa tu aku bukanla jenis yg style sangat, tak pandai lagilah kira2nya, heheh... Pastu ada satu ari dia tegur aku supaya jgn pakai perfume yg aku tak sedar, menyakitkan idong orang bila bau pasal baunya yg agak pengit & menusuk idong, maklumla perfume murah, cap Avon...

Nak tau yg mana 1 supaya korang pun takkan pakai perfume tu? Hehehe, apa daa aku neh ngasut orang lak... Avon Vanilla Soft Musk - memang bau haram...

La ni pulak ada yg pakai kat opis aku - nak aku tegur tak kuasa pulak, pasal budak yg pakai neh jenis yg perasan dia je betul sampai org takleh tegur dia (or at least, ada orang tertentu saja yg dia bleh terima)... Tapi serius, asal nak kuar je dia akan pakai perfume tu bukan sikit2, tapi ke seluruh genap pelusuk badannya dia semburkan, pastu baru la aku tau apa K. Sherin rasa masa aku pakai perfume tu dulu...

Takle blah ar... Serius...

Inilah K. Sherin, yg banyak bantu aku perbaiki diri sendiri especially dalam kancah penggayaan pakaian2 dgn tudung2 yg sesuai, serta mekap & perfume... Kalo tak kerana dia, mebi sampai arini aku masih lagi pakai perfume muroh tu & menambahkan mangsa kepengitan perfume tu, hehehee... By the way, she used to use Tommy's True Star, which I'm so like, dying to have... Wangi sesangat, cam di awang2an jek pas try kat Sogo tu ari, ahaks!


LAPARNYA...


Sirap On The Rock -VS- Instant Seafood Mihun


Ni makanan kitorang ari Sabtu lepas... Abes satu umah bau cam bacin belacan lepas goreng mihun neh, pasal aku guna udang kering sbagai rencah utamanya... Hehehe... Tapi jenuh la pastu idung rasa cam bau2 stokiiin je pasal bau udang kering tu cam kuat sangat pulak...

Hubby balik keje kul 5ptg je dah terbau2 benda masak masa nak bukak pintu umah... Bila dia jenguk dapur, dicadangkannya supaya aku masukkan crab stick (yg kaler merah2 tu) dlm mihun tu, saja tambah fishball & telur yg jadi penambah rasa...

Lamanya tak buat mihun, laju je Hubby makan, dah la baru balik keje, dapat makan mihun panas2, huh layannnnn...

Ish lapar pulak nengok... Dahla pagi tadi tak makan... Togok air masak pas jenuh kunyah kepek bawang jek...




KASUT2 PELIK YG AKU PELIK


tak sure cap apa...yg pasti bukan cap Ayam!
[ayam manade pakai kasut?]


Kenapa aku pelik?

Bukan apa pun, pelik je kenapa aku bleh suka dgn kasut2 pelik neh...

Tapi sekadar suka tengok je la, nak pakai? Tak mungkin...

Kaki aku chubby & pendek, kalo aku pakai, alamatnya nampak macam,... ultra-bulky la rupa kaki aku nanti jawabnya...

Baikla pakai kasut seksi2 kan, seksi sket, hehehe...

Apa2pon, cuci la mata korang k dgn kasut2 yg unik neh...

Align Center
SW Hartfort Gray Flannel
- rupa skema sungguh...


SW Bandura Black
- uuu scorching hot...


SW Coventry Sable Antique Viper


SW Coventry Steel Antique Viper
- rupa ganas cam namanya jugak


Gabriella Rocha Kellie Black Patent-White
- cam kasut lelaki zaman dulu2, time 50-an


Naturalizer Prevail Nickel Leather
- rupa cam serabut pasal buckle dia besar sangat kan?

[ Source : www.zappos.com ]

Ishhh bila tengok selalu cantik pulak nampaknya...
Tapi kalo pakai lawa dgn sepasang seluar & suit kan...Or at least a pencil skirt...
But I strongly think pants & suit would be much more appropriate with these kinda shoes...
Hot...


Sunday, May 17, 2009

MALAIKAT & SETAN


not an angel, certainly not a demon either...


Malam tadik kitorang pi tengok Angels & Demons midnight kat GSC, kul 12.30. Cite abih mebi dlm kul 2.30 pagi kot...[pastu takleh tdo sampai kol 7 pagi, hampeh... Nasib baik ari Ahad...]

Antara yg terbabit dalam filem ini adalah Tom Hanks yg mengulang wataknya sebagai Prof. Robert Langdon, pakar simbol yg dipanggil oleh pihak gereja Vatican utk membantu menyiasat kes penculikan 4 orang cardinal Vatican selepas kematian Pope, dibantu oleh Ayelet Zurer yg jelita & bijak wataknya [Vittoria Vetra, saintis], Ewan McGregor, [Camerlengo Patrick McKenna], Stellan Skaarsgard [Commander Richter, Head of The Swiss Guard] dan ramai lagi...

Cite dia eceli best, tapi kitorang tengok tade translate, pasal tengok yg 2D (Digital) punye... Hampeh tol... Gambar memang cantiklah, tapi memandangkan banyak terminologi sejarah, agama & saintifik, agak payah la nak faham betul2 apa yg dorang repekkan. Secara asasnya, bleh la faham jalan cite dia sedikit sebanyak, kenapa & apa yg berlaku & sape org jahatnya...

Tapi still takleh lawan The Da Vinci Code lagi - tu lagi best.

Mebi ada yg akan menjauhkan diri dari filem2 sebegini sebab ia bertemakan agama Kristian - but trust me, it was plain, pure entertainment and nothing else... So jgn la risau akidah dipesongkan ke hape ke - I know sometimes there are people who believes too much, that this kinda thing is one of the ways for making Muslim people's aqidah corrupted...

Dari skala 5 bintang, aku kasik 2 jek, pasal penceritaannya agak mudah diagak serta plot yg sedikit menghairankan - sape funder penjahat tu? Sape bunuh penjahat tu? Apa kaitan penjahat yg jahat, menculik, menyeksa & membunuh semua preferatii (the preferred, in Italian, calon2 yg bakal diundi utk dipilih menjadi the next Pope, mengikut tradisi geraja Vatican) tu, dgn orang jahat dalam gereja Vatican sendiri? Penjalinan longgar camnilah yg buat aku agak hampa dgn hasil kerja Ron Howard yg biasanya dipandang tinggi & cemerlang...

Sayang buku tulisan Dan Brown ni kurang berjaya diolah dgn baik, berbanding dgn filem sebelum ini, yg juga olahan dari buku karyawan yg sama.

Bosan2 tu, layan je la cite neh... Rasanya takde la pening kepala sangat nak banding kalo tengok yg first tu...