.: COUNTLESS THANKS TO :.

Tuesday, April 28, 2009

Berita Baik, Rasanya...

Jumaat lepas (240409), aku terima satu surat masa tengah sedap bersarapan. Surat tu bukannya bersifat mengancam nyawa/keselamatan jiwa raga, tapi bagi aku ia tetap agak menggusarkan, mengganggu perasaan dan pendek kata, nasi lemak yang aku cuba habiskan pagi tu terasa begitu,...kesat melalui tekak...
Justify Full
Aku hanya pandang saja sampul surat tu tanpa membukanya. Sebab tangan aku tak rasa macam nak buka, walaupun hati aku kecamuk suruh buka. Aku fikir, terus hantar pada bos lah, biar dia tengok dulu, aku tak nak tengok. Nasi lemak makin rasa susah tuk aku telan & habiskan...

Panggilan telefon daripada seseorang yg agak seronok bagi pihak aku (yg mana aku rasa agak heran juga, pasal mana dia tau?), akhirnya membuatkan aku buka juga sampul tersebut dan memberanikan diri membaca isi suratnya.

Kalau aku ni orang lain, pasti aku terkinja-kinja keseronokan. Atau barangkali, terpekik ala2 budak pempuan yg perasan dirinya comel. Tak pun, terus tersengih sampai ke telinga dan terus pukul canang kat seluruh isi pejabat. Tapi, aku bukan orang lain.

Menjadi seorang aku, aku duduk saja terbodoh, seolah2 surat tu, susah sangat nak aku fahamkan isinya. Nasi lemak yg tinggal seciput, aku bungkus kemas & terus buang. Aku hirup Nescafe panas. Mata masih lagi tengok isi surat tu...

Apa yg susah sangat?, aku terpikir. Kenapa mesti aku rasa berat ati, ketar lutut, serabut otak, jiwa kacaw, pasal surat tu? Kenapa aku masih rasa seolah2, aku "terpenjara" dlm keseronokan yg sepatutnya dibawa oleh isi surat tu? Aku duduk diam lagi, melayan keterbodohan aku...

Pikir punya pikir, aku pun blah dari tempat duduk aku tuk buat keje sket. Dan2 pulak orang yg call aku tadi, tersengih2 gembira bagi pihak aku. Orang yg kat sebelahnya pulak, dan2 kata nak merasa sarapan aku belikan, tanpa sebarang segan silu. Aku pulak yg merah muka, sebab berita dlm surat yg "sulit" tu, dah diketahui dek orang yg lokasinya jauh melaut daripada tempat aku.

Orang lain yg dapat surat yg sama, tersengih lebar hingga ke telinga, mungkin rasa puas & berjaya.

Tapi aku?

Berhakkah aku?
Layakkah aku?
Mampukah aku?

Yg lebih penting,

itukah yg aku betul2 mau?...

No comments: