.: COUNTLESS THANKS TO :.

Friday, February 13, 2009

Signs & Numb3rs

Aku bukan jenis orang yg terlalu mudah percaya pada horoskop dan zodiak, walaupun aku sentiasa tertarik utk baca & amik tau fakta2 remeh (trivia) neh. Pernah pulak aku terbaca, sesiapa yg baca ramalan horoskop, amal ibadatnya tak diterima 40 hari... Wallahualam bissawab, takpat aku nak jawab...

Sejujurnya, aku tertarik utk tau benda2 camni (a case of curiosity, as always), tapi takdelah sampai ke tahap aku nak hidup pun sampai kene berpandukan ramalan horoskop kat akhbar setiap hari... Tu dah mengarut namanya... Tak masuk akal... Bodoh tak pasal2... Pandai yg bukan2... Buat apa?

Jadi aku cuba pikir positif - ambil benda2 yg dinyatakan sebagai kelemahan kita dan kita betulkan/buangkan dari dalam diri kita supaya diri kita akan dapat menjadi seseorang yg jauh lebih baik dari sebelumnya.

Oh ya, lebih tepat lagi, aku bukan baca ramalan horoskop yg dalam sokaba tiap2 hari tu, aku suka baca pasal zodiak dari segi astronomi, amalan2 & kepercayaan orang di seluruh dunia. Contoh macam yg aku dapat dari wikipedia pasal tahun Ayam (dlm entri sebelum ni)...

Ni pasal tarikh lahir aku plak...

Aku lahir pada 4 Oktober 1981. Hari Isnin, jam 10.14 malam.

Penah tak korang terpikir, banyak benda dalam idup korang ni, ada yg nampak sangat kait-mengait nya, mungkin ada yg anggap tu kebetulan, tapi aku tetap rasa semua perkara pasti ada kaitan dgn perkara lain...

Contohnya:

1. Tarikh lahir aku = waktu lahir aku

-- 10 (bulan Oktober), 1 (hari pertama dlm minggu adalah Isnin) dan 4 (tarikh aku lahir) = 10.14 mlm

2. Tarikh lahir aku = nickname aku

-- 4 (tarikh lahir aku) = Kimi (4 abjad)

3. Tarikh lahir aku =no MyKad aku

--
4 (tarikh lahir aku) = 811004-10-5010 (5010 = 5-0-1-0 = 4)

4. Tarikh lahir aku = nickname Hubby

-- 4 = Epul (kan 4 abjad tuh...)

5. Tarikh lahir aku = initial nama Hubby

-- 4 = Shaiful Mohamad Lizam Shahidan (SMLS - kan 4 abjad tuh?)

6. Tarikh lahir aku = posisi Hubby dlm family (tak ambil kira saudara yg dah meninggal masa kecik)

-- 4 = 1. Along, 2. K. Yang, 3. A. Yan, 4. Hubby, 5. Lin, 6. Ida

7. Tarikh lahir aku = nombor motor aku

-- 4 = 5021 (5-2+1=4)

dan macam2 lagi lah, kalau aku present kang korang nyampah lak ngan haku, heheh...

Apapun, no 4 banyak kaitan dgn idup aku. Mungkin orang Cina takut dgn nombor 4 pasal sebutannya dalam bahasa Cina adalah si (macam sebut se - nyum), bunyi sama dgn perkataan sei (mati) tapi aku tetap suka dgn nombor tersebut...

So, what's your number?


No comments: