.: COUNTLESS THANKS TO :.

Friday, February 13, 2009

Signs & Numb3rs

Aku bukan jenis orang yg terlalu mudah percaya pada horoskop dan zodiak, walaupun aku sentiasa tertarik utk baca & amik tau fakta2 remeh (trivia) neh. Pernah pulak aku terbaca, sesiapa yg baca ramalan horoskop, amal ibadatnya tak diterima 40 hari... Wallahualam bissawab, takpat aku nak jawab...

Sejujurnya, aku tertarik utk tau benda2 camni (a case of curiosity, as always), tapi takdelah sampai ke tahap aku nak hidup pun sampai kene berpandukan ramalan horoskop kat akhbar setiap hari... Tu dah mengarut namanya... Tak masuk akal... Bodoh tak pasal2... Pandai yg bukan2... Buat apa?

Jadi aku cuba pikir positif - ambil benda2 yg dinyatakan sebagai kelemahan kita dan kita betulkan/buangkan dari dalam diri kita supaya diri kita akan dapat menjadi seseorang yg jauh lebih baik dari sebelumnya.

Oh ya, lebih tepat lagi, aku bukan baca ramalan horoskop yg dalam sokaba tiap2 hari tu, aku suka baca pasal zodiak dari segi astronomi, amalan2 & kepercayaan orang di seluruh dunia. Contoh macam yg aku dapat dari wikipedia pasal tahun Ayam (dlm entri sebelum ni)...

Ni pasal tarikh lahir aku plak...

Aku lahir pada 4 Oktober 1981. Hari Isnin, jam 10.14 malam.

Penah tak korang terpikir, banyak benda dalam idup korang ni, ada yg nampak sangat kait-mengait nya, mungkin ada yg anggap tu kebetulan, tapi aku tetap rasa semua perkara pasti ada kaitan dgn perkara lain...

Contohnya:

1. Tarikh lahir aku = waktu lahir aku

-- 10 (bulan Oktober), 1 (hari pertama dlm minggu adalah Isnin) dan 4 (tarikh aku lahir) = 10.14 mlm

2. Tarikh lahir aku = nickname aku

-- 4 (tarikh lahir aku) = Kimi (4 abjad)

3. Tarikh lahir aku =no MyKad aku

--
4 (tarikh lahir aku) = 811004-10-5010 (5010 = 5-0-1-0 = 4)

4. Tarikh lahir aku = nickname Hubby

-- 4 = Epul (kan 4 abjad tuh...)

5. Tarikh lahir aku = initial nama Hubby

-- 4 = Shaiful Mohamad Lizam Shahidan (SMLS - kan 4 abjad tuh?)

6. Tarikh lahir aku = posisi Hubby dlm family (tak ambil kira saudara yg dah meninggal masa kecik)

-- 4 = 1. Along, 2. K. Yang, 3. A. Yan, 4. Hubby, 5. Lin, 6. Ida

7. Tarikh lahir aku = nombor motor aku

-- 4 = 5021 (5-2+1=4)

dan macam2 lagi lah, kalau aku present kang korang nyampah lak ngan haku, heheh...

Apapun, no 4 banyak kaitan dgn idup aku. Mungkin orang Cina takut dgn nombor 4 pasal sebutannya dalam bahasa Cina adalah si (macam sebut se - nyum), bunyi sama dgn perkataan sei (mati) tapi aku tetap suka dgn nombor tersebut...

So, what's your number?


Ayam Jantan (Rooster)

Kenapa ayam jantan? Aku pun tak paham kenapa orang Cina pilih ayam jantan, kenapa tak amik ayam sahaja tanpa mengira jantina (jantan + betina = jantina?) utk dijadikan salah satu haiwan dalam sistem zodiak mereka... Mungkin masa sejarah 12 haiwan tu berkumpul (aku ada baca tapi kat mana aku dah lupa...), yg datang ayam jantan je kot... Atau dorang rasa ayam jantan jauh lebih baik daripada ayam betina... Pasal haiwan pun nak jadik chauvinist & sexist kan dorang neh... Hai lantak lah...

So berbalik pada citer ayam jantan tadik, kenapa entri ni aku cite pasal ayam jantan? Aku & Hubby lahir pd tahun 1981, tahun Ayam, kata orang Cina. Kalendar Cina (ada org panggil kalendar kuda pasal selalu ada gambar kuda dan tarikh lumba kuda kan?) pun ada nyatakan (tak caya cuba cek...) Jadi apa yg menarik sangat dgn tahun Ayam ni? Apa pulak personaliti orang yg lahir dlm tahun Ayam? Jom cekedaut!

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Rooster_(zodiac)

Rooster (zodiac)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Jump to: navigation, search
The twelve animals

of Chinese zodiac:

Rat Ox
Tiger Rabbit
Dragon Snake
Horse Sheep
Monkey Rooster
Dog Pig

The Rooster or Cock ( ) is one of the 12-year cycle of animals which appear in the Chinese zodiac related to the Chinese calendar. The Year of the Rooster is represented by the earthly branch character .


Years and associated five elements

Persons born within these date ranges can be said to have been born in the "year of the Rooster," while also bearing the following elemental sign:


Attributes

People born in the year of the Rooster are usually very observant. They are brave, resilient and tenacious but can also be quite self-absorbed, pretentious, and overly romantic. Most of the time, they are very accurate and precise with their observation.


These people certainly love to find themselves in the spotlight, they love entertaining friends and adore meeting new people, and even unexpected and uncertain circumstances are not a barrier for them.


It is almost impossible to find someone born in this year looking dowdy or untidy. The fact is that these people are usually the best dressed and groomed of all other people. They are actively interested in clothes, colors, and accessories, and are usually very critical of their own appearance as well as of the appearance of those around them. People born in the year of the Rooster like to be noticed and flattered. Such a person might dress a little flashy with this in mind, but in his/her heart, he/she is completely conservative. Roosters always appear attractive and beautifully turned out. They are sociable and love to receive attention. Others may criticize them for being exhibitionists but the fact that they are compassionate, wise, and have a brave nature which comes to the fore when others need their help, makes up for that deficiency.


Roosters are very loyal individuals. They do not like dishonesty or mockery of any sort. They are blunt, up front and honest people and expect those around them to be the same. Roosters are happiest when they are surrounded by others, at a party or just a social gathering. They even enjoy the spotlight and will exhibit their charisma and wit in a minute. This star quality can be overbearing, for a Rooster expects you to listen to him/her while he/she speaks and can become agitated if you don't. Roosters do have a tendency to brag about themselves and their achievements and demand an attentive audience when doing so.


It is difficult for these people to accept advice because of their strong independent spirit. These people are often confident in their own judgment and choices. There are times when these people may be too straight-forward which can cause some problems in relationships with others. So it would be wise sometimes not to express their opinions in order to keep the peace. Roosters can drive people away with their need to be right if they cannot relax and let the other person have a say.


They are most compatible with a Pig, Ox or Snake and incompatible with a Rabbit and Goat.


A Rooster's ideal careers might be newsreader, salesperson, restaurateur, historian or archeologist, public relations officer, farmer, athlete, teacher, writer, journalist, dentist, surgeon, soldier, actor, security guard, police officer, or artist.

Traditional Rooster Attributes/Associations

Attribute
Zodiac Location 10th

Ruling hours

5pm-7pm

Direction

West

Season and month

Autumn, September

Lunar Month Dates

September 8-October 7

Gemstone

Jasper

Color

White, black

Roughly equivalent western sign
Virgo

Polarity

Yin

Element

Metal
Positive Traits
Brave, enthusiastic, witty, loyal, hardworking, intelligent, meticulous, generous, talented
Negative Traits


Self-Involved, materialistic, overly-romantic, pretentious, vain, bossy, fussy, blunt


Blog 2 Az

Baru2 ni aku sempat cek blog Azwan Ali dgn Aznil Hj Nawawi. Sumenye berpunca daripada sorang forumer kat jiwang.org yg biasa aku lepak (Glory Glory Jiwang.Org! hahahah...), katanya kalo tengok blog Azwan Ali beza sangat dgn blog Aznil Hj Nawawi, cam langit dgn bumi... Sekali pikir memang la tak sama kan, pasal org yg buat tu berbeza sgt personaliti masing2 kan, (even twins have their own very different personalities, ni pulak org yg tak de kene ngena kan...), tapi bila aku cek betul2, seriuslah, memang macam langit dgn bumi...

Azwan Ali (AA) memang laser tahap petala tujuh punya... Background theme color pink wooo... Nyah habis nok! Ahaksss... Baca blog dia memang pening pasalnya dah la bahasa yg woo, tak leh blah...pastu ditaip dgn tak kemas... Seolah2 masa dia taip luahan perasaan dia tu sambil tu jugak dia buat muka menyampah sambil mulut herot2 pasal benci sangat2 kat org2 yg dia nak kutuk/laserkan cukup2 tuh... Langsung tak cover2 bahasa... Habis hilang tatasusila segala... Sume orang yg dia tak suka akan dihanjingkan cukup dan diberi gelaran macam2, daripada Anjing-Anjing Jalanan (AAJ) sampai lah hish,...macam2lah... Teringat lak aku kat blog aku lagi satu, kui3... Apolah aku ni kan, suke sangat emo...

Yg Aznil Hj Nawawi (AHN) lak, blog yg simple, kemas dan menceritakan dgn baik, sederhana tapi still straight to the point tanpa perlu ayat poyo2... Aku bukan la minat sangat dgn dia, tapi dlm beberapa perkara, aku respek kat dia. Ayat2 dia, bahasanya, intonasi percakapannya, masih boleh aku terima baik la... Bezanya kalo aku tengok tv dan kebetulan ada lak si AA kat tv harus aku terus tukar cenel... Hiiii azab nok nak dengar cecehan dia yg laser tak beragak2 tuh...

Tapi pada aku, kedua2 blog aku suka baca, pasal ada kelebihan sendiri... AA's not a person shy of telling the hurtful truths, just that his language's is just sooo unbearable... Kalo dia tone down sket tahap laser tuh, mungkin la best... Yg aku tak paham, kenapa dia masih tak mention nama org yg dilaser nya tuh. Macam baca ruangan gosip plak, kita kene berteka-teki-tekuk sapekah artis/org yg dihanjingkan tuh... So dia takde la berani mati macam yg aku sangka... Kiranya laser dia masih di tahap terkawal gitu... Memang ramai yg tak suka blog dia... Tapi aku rasa terhibur plak... Kah3, jgn tanya kenapa... Aku pun tak reti nak explain tang mana yg aku suka tuh...

Blog AHN lak, aku suke sebab banyak unsur positif. Walaupun sejujurnya aku memang tak penah suka dia dengan kanak2 (pasal aku rasa semacam pun ada, macam kes Maikel Jeksen la plak hahahah) dan aku memang cukup2 anti dgn Tom Tom Bak & Macam2 Aznil (sebab aku benci rancangan huru-hara kecoh2, lainla kalo rancangan game show, memang kene bising2 kan), tapi blog dia memang penuh dgn unsur positif dan semacam ada aura positif yg membuatkan aku sedikit sebanyak terpengaruh... Terpengaruh hapa?

Hahahaha... Meh kita tengok apa aku jumpa kat Google, lepas aku baca profile AHN yg menceritakan personal traits dia yg aku rasa, mengikut zodiak Cina.

Tuesday, February 3, 2009

All's Well Ends Well

Cite neh cite Cina Hong Kong... Aku suka gak layan cite Cina pasal ada gak yg memang betul aku suka layan cam Stephen Chow Sing Chi - serius kelakar... Dulu2 aku suka Aaron Kwok, Any Lau Tak Wah, Jet Li, Jackie Chan masa cite2 kungfu terbang2 neh tengah meletup... Tapi all-time favourite - mestilah Stephen Chow Sing Chi...

Aku ingat lagi betapa sakitnya perut aku pasal asik gelak je masa tengok cite Kungfu Hustle... Dan betapa tersentuhnya ati aku bila tengok adegan kematian bapak Dicky Chow dalam cite CJ7...

Apapun, All's Well Ends Well tak mengecewakan. Dibarisi otai2 lawak tahun '80 dan '90-an spt Sandra Ng, Roland Cheng dan yg latest sikit 'Cina itam' bernama Louis Koo (antaranyalah, tak semua pun aku kenal dalam citer neh), tapi citernya dalam kategori bleh layan lah...

Kitorang gi tengok citer ni kul 11.40 malam, 1 Februari 2009 kane lagi, GSC MV lah... Kali ni orang2 yg tengok tuh takde la yg kuang haja sangat, cuma kitorang je kot yg Melayu kat situh... Majoriti Chinese, maybe dlm 2-3 kerat orang India. Tapi bab ketawa, sume sama je sehati sejiwa... Kah3...

Aku paling takleh lupa bab bila watak adik Sandra Ng (oleh Roland Cheng) yg nak couple ngan sorang pempuan yg tak kurang huduh (tapi dah ati dia dah sayang kan...), masa lepas pempuan tu eksiden bola boling jatuh atas muka dia, dia kene operate lah kan kat spital, masa nak bukak balutan tuh, tetiba lak ada stokin jarang tersarung kat kepala dia, terus la mamat ni tanya doktor, tu stokin tu berfungsi utk bentukkan smula muka dia ke, doktor tu cakap, alamak salah orang, ni perompak yg tercedera masa nak rompak bank, polis tak bagi bukak stokin tu dari muka dia pasal tu bahan bukti... kah3... Takleh blah ar...

Apapun macam tajuknya, last2 sume pun ok... Kitorang tinggalkan panggung dgn rahang yg agak lenguh pasal asik ketawa je sbelum tuh...

Da Tengok Ong Bak 2?

31 Januari 2009, aku gi tengok Ong Bak 2 kat GSC Mid Valley dgn Hubby. Kitorang memang suka tengok mid-night show, so kitorang pun pegila layan cite Siam neh tengah2 malam minggu tuh... Masa ngah beratur nak beli popcorn & softdrinks, Hubby dok senggol2 siku aku... Pelik gak, pehal... Then dia tunjuk dengan muncung je ke satu arah. Aku toleh, dan aku nampak orang yg macam biasa je aku tengok...

Rupa-rupanya si Shuib dari kumpulan Sepah, peserta Raja Lawak Musim 3 yg baru je kitorang tengok kat Astro Ria Jumaat malam sebelum tuh... Hak3! Memang cam mat gian rupa dia - kesian dia tak baik kan aku ngata dia...

So apa lagi, bleh plak Hubby dok bantai borak dgn dia... Aku senyap je, dan kuarkan N78 aku. "Bleh amik?" aku tanya. "Eh, eh..." konon2 Hubby terkujat konon tengok aku dah standby ngan N78 aku... Tau2 je dia dah paut bahu member tu, standby nak amik gambar... Cet... Purak2 je tadi ek... Rupanya dia nak tengok Underworld 3... Tak tau lak dia kuar dgn sape, pasal beli air je sampai 3... Tapi dia cakap dia kuar sorang je... Hak2... Biarlah dia...

Pas amik gambar tu, kitorang terus beratur la, kebetulan malam tu ramai lak orang... Pas je berjaya dapatkan kombo biasa kitorang - terus ar masuk panggung...

Fuh... Dari awal sampai habis, Ong Bak 2 takde lain - lawan, gaduh, blasah, bunuh, ganas, tak kesian skit pun, bleh dikatakan 90% cerita memang lawan sesaje lah... Tapi citer dia pun bleh tahan juga best... Kira dalam kategori tak rugi la tengok...

Cuma aku ralat pasal gangguan2 yg sangat2 menyakitkan ati aku dan Hubby... Rasa nak Ong Bak plak dorang neh...

1. Ada sorang mamat neh, umo mungkin lewat 30, awal 40 ke, siot betul... Dahla masuk panggung lambat, pastu tak abis2 pulak dok mesej2 kat henpon bodoh dia tuh... Aku dok paling blakang skali kat twin seat sebelah kiri panggung, so aku bleh nampak kebanyakan sudut dalam panggung tu lah... Serius mamat tu kurang ajar, kitorang dah berdehem2 utk warning cara baik la konon, tak jalan... Kalau tau aku sound je direct... Cet... Dia ingat dia pakai cam polis yg pakai baju biasa tu orang takut la? Poyo...

2. Pintu masuk panggung yg sederet dgn kitorang kat bahagian kanan panggung asik dibukak, ditutup. Ramai sangat yg terkincit cirit-birit kot malam tuh sampai asik ngulang ke tandas... Sungguh siolll...

3. Staf GSC nak tumpang tengok wayang tu skali - nak tengok, tengok je lah, ni kejap kuar kejap masuk, jalan2 kat alley blakang tuh, siap tak matikan/slowkan walkie-talkie dorang, bleh bercakap sama dorang lak tanpa sebarang rasa menyesal... Bengang tak bengang? Aku slambe je toleh pandang dorang, dan SHHHH!... Nak marah, marah la... Kalo nak sangat merasa kakiku di bibirmu, ha meh2...

Malam tuh, ikutkan dah best dah citer tuh tapi disebabkan mangkuk2 hayun bodoh yg tak reti hormat orang ikut keperluan tempat cam dorang2 kat atas neh, aku jadi bengang gila...