.: COUNTLESS THANKS TO :.

Thursday, January 29, 2009

Family Punye Pasal…

Sumer orang dalam dunia nih ada famili bukan? Aku nak citer sket pasal famili aku… Takla menarik sangat, tapi cukup utk orang tau serba sdikit…

Yg baju pink tu Mak, yg belang2 tu takde kene ngena dgn kitorang... keh3... yg baju kuning2 tu Abah... Garang2 pun suka kucing...


Tanpa Mak & Abah, sapelah aku dan adik2 kan… Mak aku adalah idola aku (ayat maneeesss takleh blah dowh...) - serius k, Mak aku memang idola aku… Banyak ilmu tentang kehidupan aku dapat daripada dia… Tapi sebagai anak yg tak kurang bebal, kebanyakan masa memang aku tak paham banyak perkara… Well, kita manusia memang sentiasa berada dalam pembelajaran kan?


Nama wanita gigih yg tak penah putus asa dalam menjadikan kami adik bradik sebagai manusia nih, Jaharah binti Ali. Lahir pada 15 Ogos 1960 kat Selangor. Kalo kitorang jalan bersama, pasti ramai yg kata kami nampak cam adik badik… Cis… Nak kata aku nampak tua la tuh… Padahal kitorang beza 20 tahun k… Adik badik menda? Mongok tol orang2 neh…


Bapak aku plak, Mohamad Salim bin Bawok. Jgn tanya aku kenapa nama atuk aku sepelik itu… Setidaknya bukan nama yg lagi pelik/jelik daripada tu, ok… Jejaka berambut Afro dalam tahun 70an yg berjaya memikat ari mak aku nih, sama baya dgn mak aku, bezanya Abah lahir 3 bulan lagi awal daripada Mak - 6 Mei 1960, kat Selangor jugak…


Kalo org tengok aku dgn Abah, org akan rasa cam kitorang ni macam takde kene-ngena je… Pasal takde rupa Abah sangat aku neh… Tapi kawan2 rapat Mak & Abah akan cakap, aku sebenarnya rupa abah, tapi nampak macam Mak pasal kulit aku yg agak cerah berbanding Abah yg nampak cam David Arumugam (penyanyi kumpulan Alleycats) masa dia muda2 dulu le…


Aku lak? Anak sulung dari 6 beradik. Dilahirkan pada 4 Oktober 1981, setahun selepas mak pak aku nikah. Nama aku yang sebenarnya, Kamelia. Sebutannya - macam sebut Amelia (E-mi-li-ya) tapi orang selalu sangat suka2 ati tuka sebutan nama aku… Kalau tak jadi Kamala, jadilah Kamaliah. Ada jugak yg slamba kodok je sbut Kamilah. Nak kata tak skolah, skolah… Tapi tah…


Ada jugak yg slamba badak kata, aku sengaja tuka nama aku pada nametag masa aku keje 7E dulu… Bodo hape… Susah payah mak pak aku pikir nak letak nama apa, korang sedap cakap aku malu dgn nama aku lantas aku menukarkan dari Kamariah barangkali, kpada Kamelia yg lebih glemer pada pandangan dorang… Suka2 je beranggapan bodoh camtu…


Dulu aku skola kat SK Sultan Hishamuddin Alam Shah, KL (ye, skolah tu blakang tempat keje aku je skarang...) dari tahun 1988 hingga 1993. Skola menengah kejap kat SM Puteri Wilayah, Kg Bharu KL, tapi tak sampai 2 bulan pun, bapak aku tukarkan aku ke sekolah yg lebih dekat dgn umah kitorang - SM (Perempuan) Methodist, KL. Yaaa,…aku dulu budak MGSKL…. Walaupun aku tak la suka benar dikelilingi perempuan tapi, aku bersyukur skola kat situ… Banyak membantu aku dalam sosial dgn anak2 orang kaya dan bijak pandai… Malah, bahasa Inggeris aku juga berada di tahap yg baik sebab skola tu memang slalu menekankan penggunaan bahasa Inggeris. Keputusan SPM aku pn utk B.I, aku dapat 2… Hampeh kan aku, B.M aku dapat 3… Mak ejek aku “omputih celop…” Well, nak wat cane?


Aku dah pun jadi isteri seorang lelaki yg bernama Shaiful Mohamad Lizam bin Shahidan pada 30 Jun 2006. Dilahirkan pada 1 Julai 1981, menjadikan dia tua 3 bulan daripada aku (macam mak pak aku jugak kan?)…Aku gelarkan dia Hubby saje dlm blog nih… Nama betulnya pun dah panjang kan… Skarang dia bekerja di Pejabat Pos Besar KL… Kami berdua menetap di Kg Kerinchi KL, buat masa ini… Sape2 tau ada rumah murah yg bleh kami beli, tolong la gitau kami k!…


K, adik aku yg no. 2, namanya Ahmad Munir, lahir pada 15 Januari 1984 tetapi dah pun kembali ke rahmatullah pada 1 Februari 2006 setelah bertahun menderita akibat penyakit Duchenne Muscular Dystrophy (DMD). Dia meninggal kerana komplikasi akibat DMD - severe lung failure (kegagalan paru2), sehari selepas dimasukkan ke wad dan diberikan bantuan pernafasan… Walaupun terbatas dek penyakit tu, dia sempat menamatkan persekolahan dan ambil SPM (aku tunggu dia kat skolah sepanjang exam tu k!)…


Seorang yg berjiwa halus & berseni - suka melukis di waktu lapang, penat melukis, dia akan menonton rancangan dokumentari/perlumbaan F1 yg dia sangat sukai di kaca TV. Berjaya mempengaruhi aku dalam muzik yg dia gemari - Linkin Park, Eminem, U2. Peminat setia komik APO?, Gempak, Hype! dan Starz… Kalau dia masih ada lagi, pasti takkan ketinggalan filem2 Transformers, Spiderman 1-3 sebagaimana dia meminati X-Men… Sayang, masa kita bersama terlalu sekejap…(Sedihnya aku rasa…) Takpelah dik, apa je yg tak dapat kau rasa masa hidup, insyaAllah Dia berikan pada kau di sana… Mudah2an rohnya dicucuri rahmat Allah selalu - Al Fatihah!


Yg ke-3, Saleha. Adik pempuan aku yg lahir pada 30 Jun 1985. Skarang dah bekerja dan masih bergelut bahagikan masa bekerja dengan memenuhi tuntutan2 di rumah selepas aku dah tak dok lagi dgn orang tua aku. Seorang yg agak ekstrem - hak2, bukan la ekstrem apa, sebenarnya aku agak kagum dgn dia pasal bab2 mengemas, aku pun kalah… Dia memang bagus bab2 mengemas umah dsb… Walaupun dia sorang minah yg agak ganas, tapi ati dia baik jugak… Oh ya, ramai jugak minat kat dia dalam garang2 dia tuh… Kah3… Gelak ku sendiri sambil tak henti2 rasa heran.

Leha tersengih2 cam kerang busuk, atas motor pinjam... Kui3...


Yg ke-4, namanya Hanis. 14 Mac ni genapla dia 19 tahun. Dah pun bekerja kat Dunkin Donuts Mid Valley MegaMall - aku dah suruh dia benti tapi tak benti2 jugak - watpe nak kayakan yahudi laknat kan? (Ceh ye ye je aku)… Bukanlah apa, pada aku, muda2 ni la paling sesuai kalo dia nak sambung blaja ke, ni dah seronok keje, dah sedap pegang duit, mana nak blaja?


Amil, atau nama sebenarnya Ahmad Nazeem akan menyambut birthdaynya pada 17 Mac nih… Tahun ni cukup lah umo dia 16 tahun… Kesian adik aku yg sorang nih, menderita sakit cam arwah abangnya… Aku doakan kau mudah2an hidup kau gembira dik, walaupun kau sakit macam tu… Seorang yg sangat suka tengok TV dan main game kat laptop Abah… Oh ye, macam arwah Abang, juga sukakan seni - cuma dia tak sehalus Abang yg gemar melukis - Amil lebih senang mewarnakan gambar2 robot2 Transformers yg aku suka bagi padanya…

Amil yg slalu shy shy cat bila nak diamik gambarnya... Yg pakai spek tuh la Anis, yg rambut krinting tu la Diba atau pun Leha slalu panggil, kucing kurus krinting... Tah mana rupa kucing pun tak tau la aku...


Last sekali, si kerinting yg bertelinga capang (marah gila woo kalau orang usik dia pasal telinga dia!), si kurus yg bernama Adiba. Lahir pada 15 Disember 2000, adik aku ni skang skola kat SK TTDI (2). Kejap je dah Darjah 3 dah… Walaupun paling kecik, tapi pada aku, dia agak matang, mungkin sebab ada 2 abang yg sakit, dia cepat faham keadaan. Masa arwah Abang nazak pun, dia ikut sama ke hospital dan tengok sendiri keadaan arwah masa tu… Memang mengharukan la bila dia naik ambulan sama dgn mak aku (masa tu bawak arwah Abang dari GH balik ke umah utk diuruskan kat masjid dekat umah kitorang), dia bleh tanya kat mak aku, “Umi, Umi bawak tak baju Abang? Kesian abang kat hospital takde baju bersih…” Pemandu ambulan dan Mak saling terpandang dan terpaku, tak tau nak jawab apa… Hai lah Diba!


So, tu la serba sedikit pasal famili aku… Harap korang pun sudi nak share citer family korang kat sini k!



No comments: