.: COUNTLESS THANKS TO :.

Thursday, January 29, 2009

Amil Admitted…


Sedaya upaya dia cuba senyum, padahal susah juga nak bernapas tuh... Photographer nya pun jahat juga, lagi budak tu nak rehat, lagi dikacaunya...


Jumaat lepas, Amil, adik aku yg no. 5, masuk GH pasal dia ngadu yg dia sesak napas. Aku tau, dia batuk dah lama tak baik2… So, kemasukan dia ke spital tu barangkali memang menandakan yg dia memang dah takleh blah dgn keadaan diri dia sendiri… Bagus juga, aku pikir, pasal mungkin doktor bleh tau keadaan sebenar diri dia lepas doktor letak dia dalam pemerhatian dan seterusnya, berikan kitorang sekuarga updates yg memang latest tentang dia…


Dari makluman Leha yg bising2 kat Abah suh bawak Amil ke spital, dorang gi GH dalam lepas solat Jumaat dan Amil terus dimasukkan ke wad. Wad P2 (wad kayu) yg banyak menyimpan kenangan ramai orang, antaranya kenangan kami dalam melalui 2 hari terakhir arwah Abang yg amat memilukan. Sampai hari ni aku masih gagal menahan daripada menangis bila teringatkan dia dan hari2 terakhirnya. Bak kata Leha, aku sendiri yg terlalu susah nak melepaskan dia pergi. Tu punca aku masih terkesan sampai ari ni. Senangla ko cakap minah oi…


Anyway, aku memang jadi sangat2 risau pas aku tau apa yg terjadi. Maklum saja, arwah Abang pun masuk spital atas sebab yg sama… Dah tertulis, Amil sama nasib macam abang dia juga… Cuma kali ni aku rasa, dia agak bertuah juga, sbab Abah turutkan jugak kata2 Leha yg skarang dah amik alih tugas aku kat umah Mak pas aku kawin… Kalau Leha tak bising2 dan Abah tak turutkan bawak Amil ke spital, kalau la Amil pergi (hish aku nih…pikir bukan2 lak…), mesti Leha pun jadi cam aku - sampai sudah menyesal yg amat sangat sebab tak buat apa2 yg boleh membantu arwah Abang dulu… Untung la ko minah…


Dah macam baby kan, ada gelang kat tangan...


Pas aku amik hubby aku dari tmpat keje dia kat Dayabumi malam tuh, kitorang terus g sana. Hati aku tak keruan. Kpala aku rasa, cam serabut, tapi tah, rasa dalam masa sama, cam lapang je… Kami berdua dihambat rasa “takut tak sempat”, macam masa arwah dulu… Dia pun gelabah juga bila dengar citer Amil masuk spital…


Sampai2 sana, Amil tengah rehat… Tido2 ayam aku rasa… Seronok la dia kitorang datang… Tapi macam payah juga dia nak b’cakap sambil cuba nak b’nafas…Kitorang tunggu dia sampai kul 1 lbih ke, sempat la kasi dia ubat… Lepas dia da stoned pasal ubat batuk tu, kitorang perasan yg dia asik terbatuk2 (dalam penuh kepayahan), tapi bila kitorang nak balik, aku kejutkan dia, gtau nak balik, dia kata yg dia akan ok, masa tu dia cakap taklah sesusah mula2 tadi, elok juga ubat tu bagi kesan dah…


Kalo korang kene cucuk camni, apa korang rasa? Sakit kan? Ni pulak budak yg tak berdaya cam Amil... Kesiannya...Tapi nak wat cane, dah memang kene camtu kan...


Malam tu, atas motor, aku rasa sangat2 susah ati tiba2, sampai rumah, kitorang berdua terjelat kepenatan, lepas mandi terus tido tak sedar diri…

No comments: