.: COUNTLESS THANKS TO :.

Thursday, January 29, 2009

Amil admitted - Part Two

Sehari selepas dimasukkan ke spital, dalam kul 7 pagi Sabtu tuh, kitorang pun kuar umah naik 2 motor - dia naik RXZ, aku lak Honda Wave tuh…Benti jap isi minyak kat Shell Bangsar. Tak kuasa lak aku nak menolak kalo minyak abis tengah jalan nanti… Memandangkan aku yg leading, aku ikut jalan yg aku rasa mudah nak ke GH (ikut suka hak2, takdelah, ikut Kg Bharu la senang sket, ilang akal woo kalo ikut Bulatan Pahang…), dalam 7.30 pagi kitorang sampai wad tu…


Amil tengah tdo masa kitorang sampai, tapi baju dia dah pun bertukar ke seragam hospital (yg kaler ijau tuh…)… Kelakar pun ada, dia badan kecik je, baju tu kemain besar lagi, kah3…Kesian adik aku…


Seluar pun dah tukar, semalam pakai suar pendek, ari Sabtu tu dia pakai suar panjang lak, pelik gak aku, tapi mungkin Mak & Abah datang lagi awal dari kitorang kot…Puas aku cuba mesej Mak & call Abah, hampeh tak berjawab… Bz kot masing2…


Dalam kul 8.20, hubby aku chargas nak gi keje (dia masuk kul 9 pagi aritu, balik kul 9 mlm… apa daa tempat keje dia ni pun…) So, tinggal la aku dok temankan Amil yg tido tak hengat dunia, stoned betul budak tuh… Takpela Mil, janji ko cukup rehat, biar cepat skit ko sihat…


Dalam kul 10, doktor datang cek keadaan dia… Memandangkan dia tengah stoned kaw2 punye, dan dia pun memang dah tak mampu nak duduk sendiri, doktor tu cek je dia dalam keadaan dia baring mengiring. So doktor tu pun explain kat aku yg Amil cuma kene jangkitan virus tak bahaya pada bahagian atas dada nya, tak sampai pada paru2 dia lagi… Lega juga aku dengar penerangan dia. Tambah pulak, dia explain memang detailed. Tak macam doktor2 yg biasa2 aku jumpa dulu2… Aku ingat lagi betapa marahnya Mak bila ada doktor yg dia jumpa dulu kata, Abang (masa tu skola rendah lagi) sakit pasal keturunan sebelah Mak ni ada yg sakit camtuh, padahalnya menurut kata Mak, tak penah lagi ada keturunan dia yg sakit macam tu… Doktor tu pun bangang jugak, terangkan kat orang dah la takde perasaan je cara dia bercakap tu, dengan tak guna cara paling baik, dia ingat sumer orang paham kot dgn medical terms/jargons yg dia paham… Mujur Mak dapat terima penerangan aku beberapa tahun pastu, bila aku baca information pasal Muscular Dystrophy dalam ensiklopedia yg Mak beli tuk kitorang adik bradik…


Berbalik kpd cerita tadi, doktor kata daripada biarkan dia kat wad yg penuh dgn org yg mcam2 penyakit yg boleh disebarkan ikut udara, baik lagi dia berehat kat umah…


So petang tu kami bawak dia balik umah, alhamdulillah selamat... Mudah2an dia akan beransur pulih...


No comments: